Tu diaaaaaaaaaaaaaaa!
Lama sungguh aku tak tulis entri untuk blog pekasam ni. Bukan apa, tiba-tiba mai malaih nak menulih, teruih tinggai. Tiba-tiba pulak mai ghasa rajin nak menulih, hujung-hujung tahun 2008 ni pulak aku rajin nak menulih. Hahahaha!
Kali ni aku nak sentuh bab pakaian wanita Islam zaman sekarang la. Bukan nak sentuh banyak, sikit ja. Tang yang paling aku tak berkenan sangat. Aku ghasa mungkin ramai boleh agak kot kalau tengok tajuk tu.
Ya betoi! Tajuk dia mudah saja, hukum atau fesyen. Apa maksud aku hukum atau fesyen ni? Maksud dia mudah saja, hang pakai tudung ni ikut hukum ka atau ikut fesyen?
Tepuk dada, tanya pala hotak hangpa sendiri.
Yang bab tudung singkat ka pendek ka aku takmo sentuh lagi tapi yang paling aku tak berkenan ni, bab baju/seluaq. Pakai tudung tapi baju/seluaq, tu dia! Ketat mengalahkan Supermodel Tyra Banks! Macam baju/seluaq nak masuk gim pun ada, macam baju/seluaq nak masuk senaman aerobik pun ada. Ketat, sendat sana sini dan apa lagi, sudah tentu la terbonjol sana dan sini jugak.
Bab terbonjol tu, hangpa pikiaq sendiri la, aku malaih nak habaq tapi kalau hang dah pakai tudung tu, sekughangnya, hormat la sikit agama Islam. Hang pakai tudung tapi hang pakai baju, pakai seluaq ketat sendat buat menatang hapa?
Ada jugak yang jenih baju tak cukup labuh. Bila duduk boleh nampak seluaq dalam jenih apa yang hangpa pakai. Color apa seluaq dalam hangpa. 1 aku nak tanya; hangpa tak malu ka?
Pakai tudung tapi baju sendar, seluar ketat, baju singkat nampak lurah dendam. Lurah idaman lain, lurah dendam lain tu hangpa kena ingat. Hahaha!
Buat apa pakai tudung kalau pakaian mengalahkan oghang yang tak pakai tudung? Tak boleh hangpa pakai baju sopan banyak? (Takleh kata sopan sikit, satgi hangpa pi pakai baju labuh sikit ja dari hat singkat tu)
Pelik sungguh aku tengok wanita-wanita Islam zaman sekarang. Pi opis, pi shopping complex, pakai baju ketat, nipis, seluaq ketat, nipis nampak garis seluaq dalam hangpa besar mana.
Minta maaf la cakap sebab lelaki memang tajam dia punya observations. Hangpa takleh nak maghah kami, oghang lelaki sebab, mata lelaki memang macam tu. Dah nampak depan mata, kami tengok la. Hahaha!
Banyak lagi sebenaqnya aku nak sentuh tapi buat masa ni cukup la aku tulis pasai baju/seluaq ketat ni dulu.
Ok noo? Chow! (Bukan Chow Yuen Fatt)
Wednesday, November 5, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)