Monday, January 28, 2008

Di Mana Sharlinie? Bahagian Kedua

Salam pekasam semua, pahabaq?

Haghi ni tak pi keja, ambik book off sebab weekend lepaih pi team building di Impiana Cherating. Bertolak dari pejabat pagi jumaat dalam pukoi 8, sampai dalam pukoi 12.30 di Impiana disambut kompang.

Badan habih sakit-sakit, sengal, sendi ghasa macam nak tercabut, dahi benjol kena peluru sesat paintball, tepi dahi luka kena peluru paintball pecah. Sakit tu toksah dok habaq la, memang takleh bayang.

Saya hairan sebenaqnya, mana dia berita pasal adik Sharlinie? Apa dah jadi dengan kesungguhan beberapa NGO hendak membantu, apa sudah jadi? Adakah kes ini diadakan oleh sesetengah pihak untuk menutup kes Chua Soi Lek yang kebetulan hangat diperkatakan ketika adik Sharlinie disedari diculik?

Adakah ini semua propaganda pihak tertentu yang kita tau sapa, untuk menutup kes CSL berlakon dalam DVD lucah?

Saya ada terpikiaq benda dan bila pi sembang dengan budak-budak office, depa pun cakap, biasa la tu nak tutup kes.

Persoalannya, betul ke adik Sharlinie diculik? Atau dia disembunyikan di mana-mana untuk meredakan kes CSL dahulu?

Saya hairan, mula-mula kes adik Sharlinie ni keluaq TV, macam-macam oghang mai nak tolong. Ada huloq duit, ada huloq tenaga nak caghi dan ada keluar duit buat poster tampal kat satu malaya mintak bantuan oghang ghamai.

TV tiap-tiap malam dok hingaq pasai kes ni.

Tapi la ni, macam mana? Apa jadi? TV sengap, NGO sengap, website pasai kes adik Sharlinie yang dibuat Utusan Meloya pun takdak apa-apa, dok benda sama ja. Apa ceghita sebenaqnya ni?

Patutnya, bila kes seperti adik Nurin Jazlin ni berlaku, usaha semakin hebat, TV kenala laporkan berita pasai kes adik Sharlinie ni tiap malam supaya oghang ghamai tak lupa. Ni dak, sengap teruih!

Apa sudah jadi?

Saturday, January 12, 2008

Di Mana Sharlinie?

Assalamualaikum semua, pahabaq?

Terkejut gak la bila baca berita pasai Sharlinie ni, memang mengejutkan. Dalam masa beberapa bulan, kes macam ni bulih berlaku. Dalam keadaan kita masih lagi dok ingat kat Nurin, satu lagi kes baghu berlaku.

Terkedu jugak saya bila baca berita ni. Haghi ni beli NST, bila baca dalam tu takleh nak bayang macam mana perasaan mak bapak dia. Ada pulak gambaq ayah Nurin, Jazimin Abd Jalil mai ziarah keluarga Sharlinie.

Saya pelik sungguh, apa jadi kes Nurin? Semua oghang dah lupa ka sampai benda macam ni boleh berlaku. Inilah masyarakat kita. Mudah lupa.

Saya setiap saat selalu dok peringat anak perempuan saya yang 6 tahun ni supaya jangan ikut oghang. Kalau oghang tak kenai jangan bukak pintu kalau umi dan abi tidoq.

Jangan ikut oghang pi mana-mana. Bila berjalan kat shopping complex, pegang tangan jangan lepaih. Bercakap pasai jaga anak kat shopping complex, teringat masa dok makan kat Rasamas Alamanda beberapa haghi lepaih.

Dengaq suara soghang mak panggil anak perempuan dia, kecik lagi, baghu belajaq berjalan. Mak dia dok order makanan kat kaunter, bulih pi biaq anak dia berjalan sampai keluaq kedai? Hilang dari pandangan mata pun, mak dia bulih relax. Makanan lagi penting dari anak?

Bayangkan kalau oghang mai sambaq, bawak laghi naik moto? Apa nak buat?

Saya hairan. Polis dah tak bekerja dah ka? Polis dah dapat bonus ka sampai kes macam ni bulih berlaku lagi? Kes Nurin tu takkan habih lagu tu ja?

Takleh nak tulih apa dah. Sayu.

Ya Allah peliharalah keselamatan Sharlinie. Amin.

Friday, January 4, 2008

Selamat Tahun Baru 2008

Selamat Tahun Baghu diucapkan pada semua...

Pahabaq semua? Lama no tak menulih ni. Tangan jadi kasaq, keraih. Nak menulih pun jadi keraih.

Apa azam tahun baghu?