Monday, January 28, 2008

Di Mana Sharlinie? Bahagian Kedua

Salam pekasam semua, pahabaq?

Haghi ni tak pi keja, ambik book off sebab weekend lepaih pi team building di Impiana Cherating. Bertolak dari pejabat pagi jumaat dalam pukoi 8, sampai dalam pukoi 12.30 di Impiana disambut kompang.

Badan habih sakit-sakit, sengal, sendi ghasa macam nak tercabut, dahi benjol kena peluru sesat paintball, tepi dahi luka kena peluru paintball pecah. Sakit tu toksah dok habaq la, memang takleh bayang.

Saya hairan sebenaqnya, mana dia berita pasal adik Sharlinie? Apa dah jadi dengan kesungguhan beberapa NGO hendak membantu, apa sudah jadi? Adakah kes ini diadakan oleh sesetengah pihak untuk menutup kes Chua Soi Lek yang kebetulan hangat diperkatakan ketika adik Sharlinie disedari diculik?

Adakah ini semua propaganda pihak tertentu yang kita tau sapa, untuk menutup kes CSL berlakon dalam DVD lucah?

Saya ada terpikiaq benda dan bila pi sembang dengan budak-budak office, depa pun cakap, biasa la tu nak tutup kes.

Persoalannya, betul ke adik Sharlinie diculik? Atau dia disembunyikan di mana-mana untuk meredakan kes CSL dahulu?

Saya hairan, mula-mula kes adik Sharlinie ni keluaq TV, macam-macam oghang mai nak tolong. Ada huloq duit, ada huloq tenaga nak caghi dan ada keluar duit buat poster tampal kat satu malaya mintak bantuan oghang ghamai.

TV tiap-tiap malam dok hingaq pasai kes ni.

Tapi la ni, macam mana? Apa jadi? TV sengap, NGO sengap, website pasai kes adik Sharlinie yang dibuat Utusan Meloya pun takdak apa-apa, dok benda sama ja. Apa ceghita sebenaqnya ni?

Patutnya, bila kes seperti adik Nurin Jazlin ni berlaku, usaha semakin hebat, TV kenala laporkan berita pasai kes adik Sharlinie ni tiap malam supaya oghang ghamai tak lupa. Ni dak, sengap teruih!

Apa sudah jadi?