Thursday, September 27, 2007

Perihal Meniaga Larut Malam (MLM) Bhgn 2

Salam Pekasam semua....pahabaq?

Aku sebenaqnya bukannya nak sangat makan minum ni tapi salah satu cara nak pikat oghang dengan benda yang kita nak iklankan ni, ialah jamuan. Dalam jamuan tu la kita boleh pikat oghang, sambil makan depa dengaq kita ceghita, lambat bangat mesti sangkut punya. Itu kira salah satu dari strategi pemasaran yang berkesan. Nak pikat oghang, kena pikat perut depa dulu, insyaAllah bulih sangkut.

Tetapi, kalau benda macam tu tak bulih nak buat macam mana oghang nak percaya hangpa ni jutawan, macam mana oghang nak percaya hangpa bulih cek tiap bulan RM40, 50 ribu? Nak berniaga ni kena pandai pikat hati oghang dan dari situ kita bulih senang nak sembang. Macam mana oghang nak terpikat kalau duit minum ayaq pun oghang lain yang bayaq?

Aku mungkin paham, mungkin kawan aku tu nak hormat oghang lama MLM tu, sebab tu dia bayaq kot? Tapi kalau kita pikiaq balik, patut ka oghang susah macam kawan aku tu, baru masuk MLM, nak kenai oghang kena bayaq ayaq minum? Bukan masalah jumlah kecik ka besaq tapi nak impress oghang, kena la tunjuk sikit yang kita ni kaya kan? Bukannya niat aku nak sughuh dia menunjuk ka atau riak tapi sebagai soghang yang banyak duit, awat kedekut sangat nak huluq RM10!!????

Inilah bahananya kalau hidup berlandaskan duit. Kita jadi hamba duit sebab hari-hari dok sembang duit. Sini duit sana duit, kiri duit kanan duit, atas duit bawah duit, utara selatan timur barat semua duit! Bahaya sungguh.

Aku pernah dengaq satu ustaz bagi kuliah. Dia kata, oghang cinta duit atau hamba duit ni takut ceghita pasai mati sebab depa hidup kerana duit. Takut depa mati tak dan nak guna duit depa. Tak dan nak pi melancong, makan angin, beli ghumah besaq-besaq, keta besaq dan segala macam besaq. Bini pun nak tukaq mana yang *toot* kecik tu jadi besaq! Sampai tangga tu pun ada. Ingat Cina saja ka yang nak tengok bini dia ada *toot* besaq, melayu pun reti jugak apa?

Aku tak mau la jadi hamba duit ni, biaq la aku papa pun janji aku bulih settle hutang aku sikit-sikit. Lambat ka cepat ka, itu ikhtiar aku, ada rezeki lebih sikit, aku bayaq advance.

Pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian ni kena pakai sampai bila-bila. Buat hapa senang, kaya raya dalam sekelip mata tapi susah di kemudian hari dan alam barzakh? Yang penting rezeki tu biaq la halal!

6 comments:

tokasid said...

Salam maknesia pekasam:

Wah sampai 2 hari berturut2 ada entri kali ni no...

Aku pun ramai kawan2 yang dah janji melener(millionaire) pasai buat MLM. memang kalu tengok gheta depa meleleh ayaq lior yg tak basi hang tau ka?
Ada yg pakai BMW dan Eztima, ada pakai Jaguar, ada yg pakai Marino( eja aku ni salah kot..hat Nissan tu..)...silap2..Murano! Mercedes ni depa kata chokia'. Mercedes chokia??Kalau gheta aku tak tau la apa depa nak gelaq. Serabai kot.

Aku pernah pi dengaq depa talk...yang bagi talk pun canggih2. Ada doktor ada lawyer..ada juga yg kerani,staff nurse dan ex budak kilang. Tapi semua dah berjaya dgn MLM.

Satu yang aku perasan org buat MLM dan nak berjaya ni. Yang ni aku cukup tak setuju sangat2 tapi depa kata kalau nak berjaya kena buat lagu tu. Buat lagu mana?
Lagu ni: Hang kena convincekan orang baru atau pelanggan (yg hang pi ghumah depa) untuk join dan beli product MLM. Start dengan yg paling terbaru(dan termahal).Kurang2 hang kena push water filter. Kalau tak muleh..suggest barang lain pula...sampai lah sebelum hang balik, makcik tu akan amek dan join.

Aku kata kat depa: kadang2 tu barang terlalu mahal dan kita tahu depa tak mampu. Kan tak elok macam tu, macam kita paksa depa berhutang lah.
Hang tau apa kebanyakan depa jawab: Kita kalau nak berjaya tak boleh fikir sangat orang tu mampu atau tidak. Kita kena yakinkan dia bahawa produk kita terbaik utk dia.
Kalau kita fikir dok nak kesian ttg dia nak beli susu anak ka apa ka...kita ni sapa nak kesiankan??

Sebab hati aku ni senang kesian dan empati dgn situasi orang kebanyakkan, maka aku dengan sendirinya telah tidak melayakkan diri menceburi MLM. Kerana bagi aku, kita boleh nak berniaga tapi jangan sampai kita menyusahkan orang lain membeli product kita yang dia mungkin perlu dan mungkin tak perlu gunakan.

Bagi aku, rezeki aku bukan dengan cara tu. Aku setuju ngan hang, kalau sampai kita nak kena berhutang dan lepaih tu nak kena cari orang lain supaya berhutang jugak...tak payah senangpun tak pa. Kalau ajak orang lain dan depa nak kena berhutang, kalu jadi apa2 tak memasai kita kita sumpah seranah maki hamun berbakoi-bakoi buat apa?

Orang kalu dah jadi hamba duit, memang kedekut taik idung masin. Kalu boleh dah minum hang bayaq, depa nanti nak tapau apa2 kat anak2 depa pun hang bayaq....

Manusia Pekasam said...

Salam Pekasam tokasid,

Tu la beberapa perkara yang buat aku cukup tak setuju dengan MLM ni. Kena plak ada soghang kawan baik aku kat office jenis anti gila dgn MLM. Benda MLM ni memang aku selalu discuss dgn dia sbb dia ni mmg expert MLM.

Dia tak pernah join MLM tapi tahu sgt la dgn selok belok MLM ni.

Atas nasihat dia jugak la yang memperkukuhkan pendirian aku pd MLM ni.

Sebut bab hutang bila nak join MLM ni pun aku tak setuju sgt. Buat apa nak buat hutang yg dah sedia ada? Bukankah baik kalau nak buat amak jariah, buat personal loan, bagi separuh kat anak yatim atau keluarga miskin kan? Lagi berkat? Kat syurga Allah dah ready sebijih istana dah kat sana. Buat hapa banglo kat dunia.

Tang paksa oghang tu pun aku tak suka, ada ka sughuh oghang buat loan? Hangpa kata hangpa kaya, awat takleh tolong, kata nak buat amal jariah? Tolongla sedara kita nak join MLM tu tapi sikit pun takdak tolong.

Bahay sungguh kalau jadi hamba duit ni. Masjid jadi jarang nak pi sbb sibuk MLM. Bahaya ooOOOo.

tokasid,
Mcm sama ja MLM hang dgn aku. Aku pun water filter jugak. MLM yg mula dgn huruf H ka?

tokasid said...

Aku rasa kan mana-mana MLM pun MO depa sama. Depa kejan punya kejan sampai oghang beli atau join depa.

Kalau dah menega larut malam nak pi semejid lagu mana? Kot nak pi pun pi subuh saja la...kot nak pi lah.

Hat kawan2 aku dok kejan aku masuk start dgn huruf Z.

Manusia Pekasam said...

Salam Pekasam tokasid,

Motif sebenaq MLM ni nak pekena oghang. Aku kasian tgk kawan office aku yg ajak aku tu. Dia kata dia byk hutang, nak settle hutang tapi dok masuk MLM buat hapa? Jenih nak kaya cepat kot?

Oghang melayu ni mana bleh jadi jutawan, kebanyakkannya lingkup sbb lupa daratan, tak reti bersyukuq dgn nikmat dan rezeki, tu yg Allah tarik balik tu.

Dari dia dok tambah hutang, baik dia buat personal loan bayaq hutang dia mana yg ada tu. Gali 1 lubang tutup 2,3 lubang lain ok la dari dok gali 1 lagi lubang.

Harap dia berjaya la. Aku nak tgk dia berjaya dulu, lepaih tu aku mungkin consider la nak masuk ka dak. Hehehehe

Mak Su said...

rezeki biar halal, maut jangan dicari, rezeki jangan ditolak, mati jangan dilupa

Manusia Pekasam said...

Salam Pekasam mak su,

Betoi tu, rezeki biar halal, mati jgn lupa...

Tapi kalau sayang duit mmg takut mati...