Thursday, September 6, 2007

50 Tahun Merdeka

Salam Pekasam semua semoga berada dalam lindungan Allah selalu.

Sedaq tak sedaq, kita baghu saja merayakan kemerdekaan negara kita yang ke-50, jubli perak ka jubli emas? Bukan jubli Emas tu 100 tahun ka? Jubli Perak tu 50 tahun ka? Betoi tak betoi, tak tau. Lantak pi.

Bila dok check balik apa aku buat sebelum 31 Ogos untuk menunjukkan aku menanti saat-saat 31 Ogos tu. Mula-mula, aku memang malaih dah nak beli bendera pacak ataih cermin keta sebab, memang selalu tercabut. Kualiti kain yang digunakan tiada nilainya dengan bendera yang nak aku pacakkan ataih cermin keta aku. Satgi bila aku letak, bawak keta laju skit, kain bendera terkoyak, terbang tatau pi mana dan yang pastinya jatuh atas jalanraya dipijak dan digilis berpuluh malahan beribu tayar kenderaan.

Dari aku menghina bendera dengan perbuatan yang tak disedari, baik aku tak payah pacak bendera ataih cermin keta, letak ja dalam hati. Pacak dalam hati sampai bila pun tak tercabut.

Cuti 3 hari sempena merdeka pun aku tak pi mana. Relax serelax relaxnya sampai kepala naik pusin. Sabtu ja aku keluaq sat pi ghumah mak cik aku di Johan Setia Klang. Dia semelih sekoq lembu. Tu pun aku pi lambat sebab aku budget nak pi kemaih. Ada la jugak exercise dari dok pi awai melantak sakan.

Hikmah pi lambat ni, makanan memang ada banyak lagi sebab bukan kenduri kawin, kenduri doa selamat ja, jadi, nasik, lauk termasuk ayaq teh dengan jus mangga pun ada banyak lagi. Itu kelebihan majlis doa selamat ni.

Hari sebelumnya jumaat, memang tak pi mana, bangkit, tunggu jumaat, lepaih tu balun tengok TV, melayari internet sampai kepala pusin.

AKu stay sampai malam ghumah mak cik aku, tolong dia kemaih bersama dengan soghang lagi mak cik aku. Kira baguih jugakla aku pi lambat, bulih jugakla ringankan beban mak cik aku walaupun tak dihargai sangat. Biasala mak cik aku tu. Bagi dia, aku ni tiada kepentingan, buat apa hargai sangat. Oghang lain takpa la, sebab ada kepentingan. Biaq pi, benda kecik.

Ahad, pun tak pi mana. Duk ghumah.

Bila pikiaq balik, baguih sebenaqnya duk ghumah dari duk pi keluaq berjalan sana sini time cuti merdeka ni. Dah la KL dipenuhi bangla, pakistani, india hey, nepal, indon dan macam-macam lagi PATI. Duk ghumah tak penin kepala sangat dok layan bau haprak depa dan boleh tengok TV atau baca buku.

Terpikiaq jugak, 50 tahun merdeka apa yang kita semua dapat? Cukup ka kemerdekaan dengan saudara kita di Melaka diancam pengusaha babi haram kuasa dua. Sebab apa kuasa dua? Sebab babi tu memang haram, tambah pulak dengan ladang ternakan depa tu pun, ladang haram, jadi la babi haram kuasa dua. Apa la nasib depa. Sampai la ni, tak settle-settle lagi.

Mangsa Tsunami yang sudah berapa tahun duk di ghumah sementara yang tak nampak macam rumah sementara walaupun flat depa dah lama siap. Oghang tak masuk lagi, nyamuk dah 10 keturunan duk berleluasa kat flat tu. Apa la nasib depa.

Kes bunuh, rogol berleluasa sampaikan aku baca pun naik takut. Memang la tak dak sapa nak rogol aku tapi kesian la dengan mangsa-mangsa rogol tu. Apa nasib depa? Masa depan depa.

Ketegangan antara kaum memuncak walaupun dinafikan kerajaan. Tak percaya? Cuba tengok kes babi haram kuasa dua di Melaka tu. Pengusahanya kaum mana? Yang buat komplen kaum mana? Masa pihak berkuasa nak pi lupus babi tu pun pengusaha babi haram kuasa dua pi halang depa dengan sangkaq bekaih babi. Yang buat tu cina, yang kena buat tu ada melayu, ada india. Cuba pikiaq apa perasaan oghang melayu di sana? Tak tegang ka lagu tu? Bukannya baghu 2,3 tahun berlaku, dah 50 tahun berlaku dah benda ni.

Yang peliknya, nak kurang lagi sampai 48K babi? Nak kurang pejadah hapa kalau ladang depa tu ladang haram? Lupus semua ja la! Simpan buat hapa kalau dah betoi depa tu pengusaha ladang haram. Pasai apa dok bagi muka?

50 tahun merdeka ni bila pikiaq balik, kat negara kita ni ada 2 benda haram disisi Islam iaitu arak dan babi merupakan yang terbesar di Asia Tenggara. Kilang Carlsberg + Guiness dan ladang babi haram terbesar di rantau Asia.

Syabas Malaysia!

p/s: Ceghita Langkawi trip sambung kemudian, ada sikit lagi.

3 comments:

Anonymous said...

Salam,

Isk gamak adik kata PATI tu haprak. Depa pun manusia, insan macam kita jugak. Tak tau la dgn adik, tapi keturunan Kak Non dulu mai dari Palembang (....hmm ala ala lagu ooooh fatimah gadis palembang, pinggangnya ramping, leher jinjang....). Jadi pada Kak Non kita terpisah sebab masa. Depa mai ke semenanjung bertuah ni lambat dari tok nenek Kak Non, tapi tujuan sama, mencari secebis kebahgiaan hidup buat diri sendiri dan anak cucu.

Sekian adanya.

tokasid said...

salam maknesia pekasam:

Masaalah dgn pihak berkuasa Malaysia(bagi aku itu masaalah) ialah:

1- Suka nak menunjuk-nunjuk kehebatan kat orang luaq.

2-Bila buat sesuatau, pertimbangan mereka ialah bukan keadilan tetapi apakah tindakan ini menguntungkan undi utk mereka pila PRU nanti.

3- Selalunya tindakan -tindakan 'berani mati' FRU adalah terhadap pembangkang( pelbagai kaum) dan terutama orang Melayu sendiri. kalau nak pi roboh ghumah stinggang mesti FRU ikut sama. Ghumah stinggan ni Melayu ngan India yg ramai, jadi FRU cukup berani dan bertegas membedai dgn rotan cota depa( Kawan baik aku dah kena belasah masa Reformasi dulu). Bila kes2 yg akan mengundang kerugian undi pihak kerajaan( mcm kes babi di Alor Gajah), FRU tetiba 'mendarai/memondan dan membapokkan' diri dan pasukan mereka.

4-Hang kena ingat, segala kilang arak dan kasino dan rumah urut/pelacuran itu adalah utk menjana ekonomi negara( aku kata: Poooodddaaahhhh....!!)

tetapi selagi majoriti rakyat Malaysia kekal bacul tak berteloq( walaupun jantan) selagi itu kita akan di "layan" secara begini.

Manusia Pekasam said...

Salam Pekasam Nona Azizah & tokasid,

Pn Nona Azizah,
Yg tok, tok wan kita dulu beradab dan baik, yg mai kebelakangan ni kurang adab dan kuwang ajaq.

Nasib baik saya takdak darah palembang, hehehehe.

tokasid,
cemplang, gelembung dan terbarai