Saturday, October 27, 2007

Comfort Zone

Sama Pekasam semua,

Masa bulan posa haghi tu saya ada ikut kursus yang dikelolakan oleh LMI ( Leadership Management International) di East Inn Hotel. Lepaih ghaya baghu ni ada pi lagi kelas dia. Kelas ni depa buat dalam 5 sesi. Sesi pertama, penerangan diikuti dengan 4 sesi kelas berpandukan kepada buku yang diberikan.

Dalam kursus tu, ada satu perkataan yang saya cukup suka iaitu Comfort Zone. Bila kita duduk dalam Comfort Zone ni, kita akan buat apa yang kita biasa buat dan dapat apa yang kita biasa dapat.

Maknanya, kalau kita dok buat kerja tu 5, 10 tahun, kita akan kekal dok buat benda tu sampai 15, 20 tahun akan datang.

Bila kita dah selesa, gaji dah semakin besaq, pendapatan bertambah tahun ke tahun, kita tak akan pikiaq benda lain dah. Kita selesa dengan apa yang kita ada, oghang kata cukup la banyak tu, nak apa lagi, syukurlah sedangkan kita sebenaqnya menggunakan potensi kita hanya 20% SAHAJA!

Cuba kita bayangkan bungkah ais yang Titanic langgaq tu. Kita nampak ataih ja dah besaq padahal bahagian bawah bungkah ais tu lagi besaq, mewakili 80% lagi. Itulah potensi sebenaq kita.

Sebab tu dalam kes politik ni pun, terlalu ramai rakyat Malaysia yang berada dalam Comfort Zone sebab tu depa tak kisah kalau kerajaan naikkan tol, minyak, harga barang, ayam dan macam-macam lagi.

Depa pikiaq depa bulih survive, buat apa nak kecoh sangat. Kalau kecoh sangat pun, sat ja la, lepaih tu diam.

Bagi depa, duit bukan masalah, sebab tu depa tak kisah harga barang naik. Padahal depa tak tau yang satu hari nanti depa juga akan menjadi mangsa kenaikkan harga barang ni.

Bila taraf kehidupan melampau tinggi banyak kes sosial akan berlaku, contohnya, rompakan atau kecurian. Kereta, rumah malahan fizikal kita juga akan mengalaminya. Taraf kehidupan tinggi akan mengundang banyak masalah. Lambat laun kita yang selama ni yang duduk dalam Comfort Zone akan juga terkesan.

Rakyat di Kelantan sudah lama sedaq dengan masalah ni tapi masyarakat di bandar besar sukar memahami masalah ini kerana depa mabuk dengan hiburan murah hidangan kerajaan sehinggakan Hari Raya pun penuh dengan hiburan melampau sampaikan nak ziarah saudara mara pun jadi malas sebab nak pulun tengok TV.

Sampai bila kita nak tunggu? Sampai harga minyak naik sampai RM3.00 seliter ka?

3 comments:

Mak Su said...

tang ni tak rasa comfortable langsung

tokasid said...

Salam Maknesia Pekasam:

Memang betoi hang kata. majoriti rakyat kita dok lena dalam comfort zone. dan depa takut nak keluaq dari comfort zone tersebut kerana sering di risau-risaukan oleh KERAjaan.

Selagi minda kecut teloq bersarang dalam diri kita selagi tu lah kita tak berani keluaq dari comfort zone kerana takut mengambil risiko.

Manusia Pekasam said...

Salam Pekasam mak su dan tokasid,

Sudah sampai masa rakyat bertindak! Sapa turun 10 nov ni kat Dataran?