Friday, July 13, 2007

Pasai Apa Letak Gambaq Oghang Lain?

Salam Pekasam semua, pahabaq?

Pagi tadi masa dok lepak lepaih semayang Jumaat, ada soghang member habaq, bini dia maghah dia pasai dok letak gambaq artis Korea sebagai wallpaper kat laptop di ghumah. Kebetulan artis Korea tu bini dia pun suka tengok drama dia. Bini dia siap beli DVD lagi. Member ni habaq, dia kenai artis Korea ni pun sebab bini dia yang sughuh dia tengok drama Korea tu.

Dia kata bini dia jeles kot, tu yang merajuk sakan sampai malam tu dia peluk bantai, malam jumaat plak tu, kata member tu.

Dia ada gak la try pujuk bini dia:

"Nasib baik saya letak gambaq artis Korea perempuan, kalau saya letak gambaq artis lelaki, awak tak risau ka? Nanti awak fikir saya gay pulak kalau letak gambaq artis lelaki."

Bini dia sambung: "Letak la gambaq saya."

" Gambaq awak saya tak letak kat laptop sebagai wallpaper, saya letak kat sini dan di sini." Sambil dia tunjuk kat kepala dan dada dia. Bini dia senyap tapi merajuk susah nak pujuk. Tarik muncung panjang, lepaih tu member tidoq peluk bantai.

Bila aku pikiaq balik, betoi jugak pujukan member tu sebab gambaq oghang yang kita sayang bukan untuk tayangan sapa-sapa tapi untuk diri kita soghang la kan? Letak kat kepala dan hati supaya ingat setiap masa, sedangkan artis korea tu letak kat laptop, ingat pun masa bukak laptop. Bila laptop tutup mana nak ingat pun. Sebut nama artis Korea tu pun susah.

Pelik jugak perempuan ni kan? Gambaq artis Korea, apa nak susah hati? Bukannya laki hangpa nak kawin dengan artis Korea tu kan? Just sebagai hiasan dan hangpa patut berbangga sebab hangpa jadi hiasan abadi laki hangpa dalam kepala dan hati dia. Tempat yang paling baik dalam badan manusia kan? Bangga la!

Macam dulu satu kes, ada soghang member kata, bini dia habaq, "Kalau nak kawin dua boleh tapi madu saya tu saya tak nak oghang lain, saya nak Siti Nurhaliza ja sebagai madu saya."

Tu dia aih! Terkejut gak aku dengaq, lawak pun ada.

Lepaih tu soghang lagi habaq, bini dia bagi dia lesen kawin 2 tapi dengan syarat bini no 2 takleh lawa dari dia. Aku gelak ja la dengaq.

7 comments:

tokasid said...

Salam maknesia pekasam:

Tu la asam garam(bukan asam boi atau asam masin) berumahtangga.Memang haru kalau nak layan semua kerenah depa.Semua tak kena.

Tapi aku syok hat kawan hang yg bagi syarat nak bermadu dgn Siti Nurhaliza.Melepaih la kawan tu pasai siti dah jadi bini orang. tapi kalau dia cari pompuan lain yg nama Siti Nurhaliza juga memang boleh menikah satu lagi( tu pun kalau bini dia tak kata Siti Nurhaliza bt tarudin. kalau siap binti memang mati kerin la kawan hang).

Manusia Pekasam said...

Salam Pekasam tokasid,

Bila dengaq tang madu dgn Siti tu aku gelak sakan pasai masa tu Siti tak kawin lagi. La ni melepaih la member tu. Kena caghi Siti Nurhaliza lain binti la, bukan binti Taruddin.

Hahahaha...

Suraya said...

ala tak semua pompuan camtu. ada yg mudah, simple, tak renyah cam pompuan yg hang dok ceghita ni. contohnya saya la eheheh. tapi jantan ni sebenaqnya suka pompuan cam ni, kalo dak, pasai apa depa kawen dgn depa ni? betoi dak?

Mak Su said...

arramak... gambar hiasan wallpaper ler.. tatutnyer. baik taruk je gambar kapten jack sparow gigi itam.

Manusia Pekasam said...

Salam Pekasam lil' miss easydent & mak su

Lil' miss easydent,
Mmg tak semua pompan mcm tu, nak habaq crita saja, pengalaman chek...

mak su,
Saya pakai wallpaper Transformers

Cik Puan Sri Quzz said...

bini hang plak...?

Manusia Pekasam said...

Salam Pekasam missy,

'Bini'? Simpan dlm hati laaaa. Heh heh heh