Wednesday, August 15, 2007

Nasib Tak Baik

Salam Pekasam semua, lama tak masuk entri nih, bizi sakan, keja banyak...

Ceghita pasai nasib tak baik sebenaqnya berlambak. Berdozen ceghita nasib tak baik ni. Jadi kali ni aku nak ceghita skit la pasai nasib tak baik aku dengan soghang pulis ni.

Kisahnya disatu pagi, masa tu nak pi opis, nak masuk opis kena u-turn kat satu traffic light. Masa dekat nak sampai tu, tengok lampu kunin lagi, tekan minyak skit, lepaih la lampu tu, kuning, bila lepaih ja lampu tu, dia tukaq meghah.

Kebetulan nampak la kat belakang 4 oghang pulis naik moto, 2 laki 2 pompan.

Yang soghang ni apa lagi, nampak aku langgaq lampu meghah (dia kata) ni, dia ligan la. Pin! pin! pin! Belakang keta aku dok ligan baguih punya. Dia sughuh berenti, aku bagi signal sat, sebab nak masuk parking.

Berenti di parking, aku tanya dia, salah apa? Dia teruih mintak lesen dengan IC. Aku tanya lagi sekali apa salah? Dia kata cik langgaq lampu meghah.

Aku kata kat dia, masa lepaih lampu tu kunin lagi. Tapi dia kata plak, aku langgaq lampu meghah. Duk kata lagu tu la, dia dengan aku, punya panaih telinga.

Kawan dia yang soghang antara 3 oghang tu tenangkan aku, sughuh aku bagi dulu lesen dan IC, dia kata tak saman cuba nak masuk dalam buku sebagai amaran sahaja. Aku dengaq lagu tu, teruih bagi lesen tu. Masa dia dok tulih tu aku tak puaih hati lagi la, argue lagi sebab aku rasa lepaih lampu tu, kunin lagi. Dia pun dok tegak benang basah jugak yang dia kata aku langgaq lampu meghah.

Aku punya hangin, ambik balik lesen dengan IC aku, dia nampak gabra tapi control macho sambil dok mintak lesen dengan IC aku. Aku sambung argue dengan dia.

Kawan dia tenangkan aku lagi. Aku bagi balik lesen dengan IC.

Lepaih dia tulih tu, aku senyum kambing la sebab tak pasai pagi-pagi buta nak kena gaduh pasai lampu kunin atau meghah. Masa tu jugak pulis yang dok argue dengan aku tadi dan lagi perli aku, sengih la sengih, kalau buat lagi saya saman dia kata.

Aku dengaq tu hangin 1 badan, muka dia aku nampak kecik, rasa nak timbuk time tu jugak. Pikiaq dia pakai baju pulis ja, kalau dak, memang timbuk!

Lepaih pada hari tu, di traffic light yang sama aku tengok, beberapa bijik moto keta langgaq lampu meghah dengan selamba. Sekoq pulis pun tak dak.

Pikiaq jugak dalam hati, tak kan empat-empat pulis yang nampak aku buat (tak buat sebenaqnya) salah haghi tu mana pi?

Nasib depa memang baik, nasib aku dak haghi tu. Hahaha!

4 comments:

tokasid said...

Salam maknesia pekasam:

Nasib hang memang tak baik la haghi tu. Pasai apa tak baik? Pasai jeghemoh ngan 4 org pulis. mukalu sorang tak pa, ni 4 org.

Pasai lampu kunin ka meghah ka..hang bebuih mulut pun depa akan kata merah. Mu kalu hang kata lampu dok ijau lagi mungkin dia tersentak sikit kot. Tapi mukalu hang kata kunin dia kata meghah...kira dia menang saja la syeh.

Aku ngan pulis senang saja. Depa tak dan nak minta aku dah uluq ic dan lesen. Depa nanti tanya akau: Awat cik bagi ic dan lesen? Aku nanti jawab: Awak nak saman saya kan? Jadi tak payah nak bincang apa2 kalau nak saman go ahead. Kalau tak saman alhamdulillah.

Resultnya: Kadang2 teruih depa saman, kadang2 depa kata takpa tapi len kali jgn dok buat lagi ya cik....

Mak Su said...

ish ish ish, pulis punyer kisah

Anonymous said...

Amboi...manusia Pekasam..berani hang nooo...dok bertekak dgn pulis tu suma... if I ketaq kepala lutut wehhh...sogha pun tak keluaq aihhhh...

Lawak...lawak...sungguh aihh...nasib hang tak baik haghi tu... mandi bunga dah ka?

Take care nooo...cheers bro. salam.

Manusia Pekasam said...

Salam Pekasam tokasid, mak su & raden galoh,

Pulis ni ada macam-macam, sama la macam maknusia jugak. Ada baik ada tak baik.

Masa dok argue tu ghasa ketaq jugak tapi maintain mancho la. Hahahaha.

Terima kasih semua....