Tuesday, August 28, 2007

Bercuti Ke Langkawi - Siri 2

Salam Pekasam semua, harap berada dalam kandungan sihat dan berwaspada selalu bila menaiki bas ekspres.

-Pagi-
Hari pertama cahaya matahari menyinari bumi Langkawi, plan aku nak pi naik keta cable. Check peta yang company keta sewa tu bagi, tak jauh dari tempat kami duduk. Kalau duduk di Kuah lagi jauh, tambah lagi dalam 15-20 minit nak sampai tempat keta cable tu.

Sampai di tempat tu dalam pukul 9.45 pagi tapi tempat tu macam dah penuh, ghamai sungguh oghang mai, musim cuti sekolah, biasa la.

Dengan penuh sabaq dan sebotol ayaq mineral, dapat la naik keta cable. Masuk plak sekali dengan tourist dari Greece, 3 beranak tapi yang penting bini dia duduk mengadap aku. Bukan apa, terpegun tengok kecantikkan dia. Macam dok tengok dalam ceghita Mexico, ceghita Sepanyol. Mata hijau, hidung mancung sebijik dalam TV yg kita dok tengok tu la.
Sempat la sembang dengan depa 3 beranak tu sepatah dua. Depa pun peramah la jugak tapi jenis tanya sepatah jawab sepatah, mungkin depa jenis tak berapa reti cakap English kot. Tatau la kat depa, biaq pi, janji suka hati naik keta cable. Keta cable ni 1 tiket dewasa dalam RM26 tapi aku ambik package kat hotel aku duduk, dapat la mughah RM2. Budak-budak ghasanya dalam RM24, discount dapat la RM22.

Aku tak turun pun kat atas tu sebab kabus tebal, kalau turun pun bukannya nampak apa. Duduk la dalam keta cable tu sampai turun, Perasan gak bini mat Greece ni dok kerling kat aku. Terkejut jugak la tapi dia memang pandai kerling sebab bila aku nak kerling balik, dia sempat kalih kerling tempat lain. Hahaha.

Lepas habis satu tempat keta cable aku pusing, naik keta pi Telaga Tujuh pulak. Tempat ni kalau nak mandi memang best la sebab ayaq sejuk tapi aku tak naik atas sebab kaki dah penat sangat berdiri lama beratur nak naik keta cable tadi. lagipun banyak sangat beruk yang berkeliaran, ada dalam 40-50 ekoq. Malaih nak gaduh dengan depa.

Lepak kat bawah, pekena nasi makan tengahari dan balik ke hotel. Sampai hotel, tidoq tak ingat apa, penat gila bawak keta. Petang sedaq, siap nak pi caghi kedai makan malam la pulak.

-Malam-
Pusing punya pusing, terasa nak try satu kedai yang dekat airport tu, sebelah roundabout. Tengok kedai ghamai oghang, keta banyak, bas pun 2,3 bijik berenti. Pikiaq dalam hati, mesti kedai ni sedap. Hujan masa tu bukan main lebat. Nak tak nak terpaksa la turun sebab perut lapaq gila.

Satu nak pesan, oghang ghamai tu tak semestinya kedai tu masak sedap. TAK SEDAP! Menyesai singgah kedai tu. Punyala sakit hati. Nasib baik ada nasik lemak. Terubat la jugak. Makan tomyam dengan sup tulang, kaler kuah dia tu sama ja, kelabu asap. Pelik sungguh tomyam dan sup tulang kuah sama. Sedap tak sedap, nasik habis la jugak. Tu pun kena cover dengan 2 bungkuih nasik lemak sebab nasi putih depa tak sedap. Pakai beras mughah kot.

Balik hotel, lepak layan tengok tv series kat laptop sambil layan hujan turun dengan lebatnya.

*Atas permintaan ghamai, (bukan ghamai pun, 2 oghang jaaa), letak jugak la gambaq bini greek tu. Cuba
tengok tang hidung, mancung dak? Tu belum tengok mata hijau dia lagi tu. Kalau tengok baju dia pakai, lagi juling mata. Hahahaha

Tamat bahagian kedua.







































Nota: Nak kena masuk lab CSI la kalau nak muka penuh ni

10 comments:

Mak Su said...

selamat bercuti. hmmm, nampaknyer kena cari makanan bukan dgn mata ek, tapi dengan hati...

Manusia Pekasam said...

Salam pekasam mak su,

Nampaknya macam tu la mak su. Selamat bercuti sama...

Zetty said...

mana gambar2nya?

Manusia Pekasam said...

Salam Pekasam zet,

Coming soon, sabaq nooo :p

tokasid said...

Salam maknesia pekasam:

Syiok baca hang pi Langkawi.
Amboi...main ghelin-ghelin dgn makcik Greek noo...( kalu ada hang boh la gamaq dia kami nak tgk.Ni hang boh gamaq laki dia wat apa..).

Aku memang teringin sangat nak nek cable car tu, tapi aku ada satu problem. GAYAT!!

Telaga tujuh yg leceh tu pasai baru naik tak sampai 30m, dah meluru mai beruk2. Aku dulu bawak la kampit kacang ngan ayaq tin, depa celapak mai kat 10 ekoq dgn big bos pungkoq merah dia dan ushar aku. Aku tauk kacang kat depa dan cungkit turun la...

pB said...

apasai tak dak gambaq minah greek tu ...??

Manusia Pekasam said...

Salam Pekasam tokasid & pb,

Uish hangpa ni, ada ka nak tgk minah greek, hampehhhh....

Atas permintaan ghamai, terpaksa la edit dari video utk capture gambaq minah greek. Bukan minah actually, bini greek.

Mintak maaf la no, kalau gambaq separuh. Bukan nak ambik video dia tapi permandangan atas keta kabel. Termasuk muka dia sikit.

Hihihi

hanny said...

lawak betul korang nih..kalau ada gambo pompuan laju ajer bagi comment ek...
best gak tengok naik kabel car tuh.. dulu waktu gi langkawi pegi telaga tujuh naik sampai nun atas sana.,. ingatkan besar rupanya alahai..buat sorang berkubang jer dah cukup...hehehe...peluh sampai ketiang dok daki sampai atas(chewah..longat utara sat- betul ker tak entahlah..)

ZABS said...

Salam Pekasam Man,
Soronok naik kabel car noo..
Saya ada bawa anak saya berumur 8 tahun masa tu. Mula nak naik bukan main gembira, tetapi bila dah naik semasa dalam perjalanan, dia jadi senyap dan muka pucat semacam. Dia gayat agaknya. Terpaksal kami berhenti lama sikit di tempat perhentian di atas tu untuk kembalikan semangat dia balik, baru mahu diajak naik kabel car untuk turun semula.

Manusia Pekasam said...

Salam Pekasam Umi hanny & zabs,

Telaga Tujuh tu masa sampai tu dah dekat nak pukoi 1, banyak sangat beruk2 tepi jalan dok ligan oghang yang lalu-lalang.

Malas pulak nak bergaduh dgn depa, tu yg tak jadi naik tu.

zabs,
Bab gayat ni nak kena training selalu sikit-sikit. Lama-lama bulih kot no?