Saturday, August 4, 2007

Merdekakah Kita?

Salam Pekasam semua,

Diam tak diam, kita dah masuk bulan 8, bermakna tahun 2007 sudah sebulan memasuki pertengahan tahun dan dalam beberapa minggu lagi kita akan menyambut kemerdekaan yang ka 50.

Sebut pasai merdeka ni, sebenaqnya banyak benda kita boleh kaitkan. Macam oghang yang merokok la (mintak maaf no), kalau dia dapat berhenti tu kira merdeka la tu. Merdeka ni banyak istilah yang kita boleh pakai. Macam-macam perkara kita boleh jumpa dan ada kena mengena dengan kemerdekaan.

Merdeka bukan hanya dok pi laung merdeka merdeka sampai runtuh tembok China ka apa, merdeka ni luas. Bukan sahaja negara kita yang bebas dari kuasa penjajahan malah yang penting di sini, diri kita sendiri.

Apa guna negara yang bebas kalau minda kita masih dibelenggu penjajah.Apa guna negara merdeka kalau tingkahlaku kita masih dibelenggu penjajah.Memang takleh nak nafi yang benda tu semua hak individu masing-masing tetapi pernahkah kita pikiaq kita hidup ataih dunia ni apa tujuan?

Kita percaya syurga neraka tetapi pada masa yang sama tak dak buat apa-apa. Kita tau kita nak masuk syurga tapi kita tak dak usaha ke arah tu. Begitu jugak kita tau kita takut api, tak mau masuk neraka tapi dok pulun ikut perangai kapiaq! Benda basic yang kita kena buat 5 kali saghi pun kantoi!

Aku suka dengaq khutbah jumaat kat MMU semalam, ringkas dan padat. Khatib dia seorang mualaf dari UK, pakaian sempoi, lengan pendek, seluaq denim naik baca khutbah.

Dia ceghita pasai surah wal-asr. Berpesan-pesan dengan hak dan berpesan-pesan dengan kesabaran. Dia ada sebut pasai adat dan agama, mana nak pegang dulu? Dia ambik contoh pasai adat bersanding. Kita semua tau, bersanding tu adat hindu tapi dok buat jugak. Pasai apa? Kita ni nak letak Islam kat depan ka atau nak letak adat di depan?

Banyak perkara yang dia sebut berkenaan dengan sebab dan akibat sesatu masalah akhlak orang Islam. Cause and symptoms.

Yang aku nampak la ni, kita masih lagi dibelenggu oleh pemikiran atau adat yang tidak berlandaskan Islam. Yang tu kita dok pulun tapi yang berlandaskan Islam kita letak nomboq 2 nomboq 3.

Merdekakah kita?

2 comments:

UglyButAdorable said...

hmm...culture and religion, will always be sumthing that is wrongly interpreted.. susah nak cakap to someone yg tok tok sangat percaya kat adat..boleh gaduh wooo..

tokasid said...

Salam maknesia pekasam:

Begitulah sifat manusia. Kalau boleh nak menang semua. kalau boleh dengan ALLAH pun depa nak cilok.

Sebenarnya, masyarakat hari ini adalah satu masyarakat yg amat bercelaru. Kefahaman mereka terhadap Islam aku berani kata takat 10% sahaja. Ramai yang tahu pasai solat,posa,pi haji etc.Tapi yang paling basic iaitu tentang aqidah ramai yang hancur. Aqidah masyarakat kita dah kong kali kong.Dah cacamarba.Dah macam dalca. Bercampur aduk dengan adat-adat hindu sekali.

Dalam dok kata ALLAH itu Esa, berapa ramai antara kita yang dok pergi pada tok bomoh,dukun dan pawang. berapa ramai yg bila nak berniaga pergi minta tangkal itu tangkal ini? Berapa ramai pergi bomoh untuk 'ikat' suami atau isteri? Berapa ramai cari bomoh utk bersusuk. Kita tengok dalam harian Metro pun dah tahu ramai yg buat perkara syirik dan khurafaat.

Sebab tak faham aqidah dan perkara=perkara yg membatalkan aqidah. maka ramai umat Islam main pakai redah saja.

It is a very sad situation. Lepas 50 tahun merdeka yg ada kemajuan fizikal saja. Tetapi iman dan akhlak kita semakin runtuh. na'uzubillahi min zalik.