Wednesday, October 3, 2007

21 Ramadhan

Salam Pekasam semua...

Tak tau pasai apa 2,3 hari ni aku jadi rajin nak menulih. Rasa nak menulih tu mai tak henti-henti tapi tak tau apa nak tulih. Dok pikiaq-pikiaq tak dak 1 hapa pun nak tulih. Nasib semalam pi servis keta sembang dengan mekanik budak Kelantan tu mai idea nak tulih pasai bas lompat.

Mungkin N3 haqni aku tulih pasai diri aku kot. Pasal ehwal semasa diri aku. Memang la tak best mana pun, bukannya best pun tapi saja nak share. Tak mau baca pun takpa sebab aku tulih ni untuk suka-suka, sapa nak baca, baca, tak mau baca pun tulih la komen sikit.

Sebenaqnya sebulan dua aku sibuk sakan. Kena buat projek mega la jugak. Penin tu tak dak penin mana tapi dia (client) punya 'banyak songeh' tok sah ceghita la. Sekali meeting, tukaq design, 2 kali meeting/presentation, tukaq design, 3 kali meeting/presentation, tukaq design.

Nasib baik la kali ke-3 ja tukaq design kalau 4,5 kali mau aku muntah hijau. Web design ni keja bukan senang sebab nak kena buat ikut selera client. Anak-anak buah dia tu takdak la sangat tapi dia punya boss, pompan plak tu, punya la banyak songeh. Nasib baik tak cerewet sangat cuma dia banyak songeh ja.

Tapi ok la sebab dia ada bagi guideline nak ikut design sapa, so tak dak la penin kapla sangat nak pikiaq. 1st proposal aku memang kena reject bulat-bulat setelah 2,3 hari dok pulun.

Alhamdulillah design ke-2 tak dak la reject 100% tapi reject skit sebab ada banyak benda depa nak yang aku tak dan nak buat. Bagi gap nak siapkan design dengan next presentation memang pendek, 1 minggu tu ghasa macam 2 hari ja.

Design kalau setakat sikit, simple takpa lagi tapi kalau dah ada macam-macam mak nenek bapak datuk semua ada, memang penin nak settle. Mana nak buat rollover image, mana nak buat flash, mana nak buat animation, mana nak design itu ini, color background nak tukaq, tu dia aih, memang penin!

Alhamdulillah, projek mega tu dah 2 minggu habih. Programmer yang buat projek ni dengan aku ambik cuti 3 hari, rest kepala otak sebab dok pulun sakan gila masa buat projek mega nih. Kalau web design penin kapla, keja-keja programming lagi penin kapla. Kawan aku tu dah la pompan, keja programming dah la banyak, cerewet plak tu sampai dia sendiri demam buat programming.

Bila dah habih projek mega ni aku rasa macam malaih pulak nak buat keja-keja lain yang agak kecik sebab bagi aku depa punya projek ni sebenaqnya tak dak apa. Bukannya aku ni tak mau buat tapi aku rasa tahun depan depa ubah lagi, lepaih tu ubah lagi.

Depa sughuh buat ni pun sebab nak ikut selera depa. Depa punya produk, depa punya selera la. Tu yang bila pikiaq balik memang tak relevan kalau nak tukaq design sedangkan laman utama website langsung tak tukaq, buat apa nak tukaq design hang sedangkan, produk hang tu dalam page yang sama.

Kalau nak tukaq, kena la revamp balik the whole design baghu la bulih nak tukaq.

Tapi nak buat macam mana, dah oghang bagi keja, mau tak mau, kena la buat bagi siap. Satgi oghang kata aku ni pemalaih la pulak.

Ada 1 lagi projek ni pun sama, sat tukaq, sat bubuh, sat nak buang. Penin kapla sungguh. Gunanya sampai la ni pun aku ghasa tak guna langsung. Dok buat ubah design 2,3 kali dah. Adoi! Senang ja depa ni. Nak ubah, ubah, gunanya dak!

Aku ingat banyak jugak la projek yang aku pulun buat, separuh jalan. Buat cantik-cantik tapi at the end langsung tak guna atau tak jalan. Penat saja dapat!

Ada dulu aku pulun buat projek mega jugak, client semua dah suka, setuju tapi bila marketing bagi proposal sampai ratuih ribu, depa teruih sejuk pala lutut. Senyap sampai la. Melepaih!

Aku ada habaq jugak kat budak marketing tu, toksah la quote sampai macam tu sekali, buat slow-slow la tapi recurring charge supaya depa tak terkejut tengok total amount sampai ratuih riban. Dia setuju tapi tak buat. La ni depa senyap. Nak salah sapa? Aku dah habaq dah, dia pun dok ya ya ya tapi hampeh!

Minggu depan aku ingat nak cuti awal sikit la, kasi siap keja minggu ni, minggu depan cuti rabu khamis sambung jumaat sampai ghaya. Nak relax skit la. Penin tak habih lagi nih.

2 comments:

tokasid said...

Salam maknesia pekasam;

Aku tabik pasai hang muleh tahaq dok mengadap projek tu punya lama. memang la pasai nak cari rozki halai...........
Tapi bagi aku line yang hang buat ni is very interesting.Ada challenge.
Dan hang boh N3 ni bagi aku insight sikit tentang gheja web design and programming. Aku ilmu menatang tu zero, yelek poochi!

Cuti ghaya sakan la hang no...muleh naik baih lompat.

Manusia Pekasam said...

Salam Pekasam tokasid,

Tahan tak tahan pun dah 10 tahun dok buat keja ni, alhamdulillah sikit pun tak dak ghasa boring ka apa. Cuma malaih tu biasa la kalau jumpa client yg banyak songeh dan budak marketing yg mintak proposal lelebey tapi projek tak jalan.

Bulan posa ni tak dan nak pekena ikan pekasam, susah sungguh la nak caghi. Kampung pun tak balik, tunggu ghaya la kalau ada.