Salam Pekasam semua, pahabaq? Banyak open house nak kena pi? Kalau ada sapa-sapa nak ajak saya, bagi la map, insyaAllah ceruk mana pun saya pi.
Ni ada nak habaq al kisah di pejabat anti narkotik bukit Aman berkenaan dengan rasuah ni. Ni kira rasuah sesama depa la, antara staff, antara polis yang ada badge 'Saya Anti Rasuah'.
Ada soghang kawan di pejabat habaq, kawan dia baghu masuk bertugas di Bukit Aman sebagai inspektor. Inspektor tu habaq kat kawan dia (kawan pejabat saya la tu) kat Bukit Aman bahagian narkotik tu, nak photostat kena bayaq RM5, kalau dak depa tak photostat.
Lepaih tu pulak nak submit borang pinjaman kena bayar RM100 kalau dak, depa tak proses. Depa tu, oghang yang kerja bahagian pinjaman tu la. Maknanya, kalau tak bayaq depa RM100, depa tak akan proses borang pinjaman hangpa dan kemungkinan masuk tong sampah teruih kalau tak bayaq.
Tu dia aih! Saya ANTI rasuah ka saya NANTI rasuah? Benda ni jadi mungkin kepada oghang-oghang yang baghu bertugas di Bukit Aman kot. Yang dah lama mungkin setakat bayaq duit kopi kot.
Sampai bila nak tunggu? Tukaq la KERAjaan!
Saturday, October 27, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam maknesia pekasam:
Bila kepala ikan busuk, kebusukan tu melarat hingga ke ekoq.
Mengapa terjadi rasuah? Pasai dah tak ada amanah dalam melakukan tugasan(yg memang sepatutnya depa buat dan di bayaq gaji pulak tu) dan pasai depa tak takut api neraka. Depa ni kira macam kalis api walau tak kalis peluru.
Dah tiga kali election aku dok nak tukaq KERAjaan tapi orang lain tak mau tikaq.
Salam Pekasam tokasid,
Harap-harap next GE bulih la tukaq. Ghasanya dah banyak sangat kepincangan Allah dah tunjuk, takkan tak nampak lagi kot?
Post a Comment