Salam Pekasam semua dan selamat hari raya, terawikh last-last jangan tinggai,
Sempena nak menyambut Hari Ghaya ni, aku nak mintak ampun dengan Allah dan mintak maaf dengan hangpa semua mana ada yang terkasaq, tersebut, terkata ka apa ka, bagi kosong kosong la no?
Lagi satu nak habaq/pesan; bagi yang nak jalan jauh tu, pi la servis keta hangpa, check bunga tayaq tu, dok ada lagi ka atau dah botak? Kalau botak tu baik la pi tukaq + buat aligment & balancing sekali. Tayaq ni kalau dah bukak bubuh lagi memang nak kena buat aligment & balancing. Make sure masa bawak tu stering tak gegaq.
Pastikan keta hangpa pi servis, check ayaq bateri, minyak hitam, minyak brek. Cakap pasai minyak brek ni, kalau dah lama sangat elok la pi tukaq. Kalau check minyak brek dah jadi macam ayaq teh tarik, memang nak kena tukaq kalau dak, memang nak kena tekan brek tu kuat-kuat sebab cengkaman dia dah tak dak, bahaya tu.
Kalau dah tukaq, cuba rasakan perbezaan brek hangpa, ada cengkam ka dak? Kalau tekan sikit pun dah cengkam, tu makna dia brek dah ok dan balik pada normal.
Bukan apa, brek ni salah satu benda penting dalam keta hangpa, takdak brek masuk hospital, dak pun masuk liang lahad.
Lagi satu nak pesan, masa ghaya nanti, jangan la pulun sangat makan tu, bagi perut kita rehat sama. Jangan dok pulun sampai tak hingat. Eloknya ghaya kedua, buat la posa enam.
Last but not least, sebelum bawak keta, bacalah doa naik kenderaan. Bank Islam ada dok bagi free sticker doa naik kenderaan, elok la amalkan. Jangan dok pasang lagu ghaya saja, bacalah doa dan zikir sama.
Akhir kata, ingatlah oghang yang tersayang.
*Aku balik Merbok ghaya ke-3.
Thursday, October 11, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Salam maknesia pekasam:
Selamat 'Eidulfitri, mahap zahiaq batin jugak aku pun.
Bab gheta semua dah settle 2 minggu sudah.
Hang Merbok tang mana? Ni kira dah orang kampong aku ni..
Aku kampong di Bujang ngan Bendang Dalam.
selamat hari raya. maaf zahir dan batin.
Salam Pekasam tokasid & zet
Selamat Hari Ghaya semua...
tokasid,
Merbok tu takleh habaq belah mana nanti hang jumpa aku, hahahaha
mintak maaf noooooo
zet,
amacam raya?
Post a Comment