Salam Pekasam semua,
Punya la semangat nak balik tadi, ingat nak masak buat bukak posa, sekali tekan remote alarm keta, tak idop-idop. Try bukak dengan kunci, mestila alarm bunyi, punyala hingark. Satu Cyberjaya dengaq!
Try telefon kawan ex-mekanik KIA, tanya tu tanya ni, semua tak jalan, siren alarm dok mekik sampai bengang kepala. Dok syak bateri la sebab bateri baghu tukaq hari tu. Ingat bateri dah kong!
Cabut bateri, bawak pi kedai bateri (nasib baik ada opismate tolong), mekanik kedai bateri test bateri ok, bawak mekanik kedai bateri ke Cyberjaya, test keta, alarm pulak bungkuih! Adoi! Dah la bateri baghu tukaq, tayar plan nak tukaq tapi sebab alarm punya hal, kena tukaq alarm dulu la, hampeh! Sabaq je la.
Rabak poket lagi dalam RM120 tukaq alarm chap ayam. Janji alarm.
Monday, July 16, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
Salam pekasan man,
Baguslah tukar alarm dulu. Takut kalau tak tukar alarm, tayar pun tak sempat nak tukar, sebab dah takda. Itu salah satu perbelanjaan tambahan sebelum gaji naik kot?
batery cap ayam pun mahal gak ke??
rm 120 tuh...mmg rabak gak la..
Tak yah pakai alarm..
Buat macam Mr Bean..
pasang mangga kat pintu kereta ...
hi hi hi
kes rabak poket di tengah bulan ler ni...
Salam Pekasam zabs, aku, pB & mak su
Sebelum ni pun alaram selalu dok bagi masalah. Remote dah la tinggai 1, 1 lagi hilang tah mana.
Yg 1 ni pun, dah rabak dah punat remote dia tapi dok gagah la pakai.
Semalam kena ayaq hujan kot, tu yg remote kong tu. Bateri dok ada lagi tapi remote out!
Dok plan nak beli tayaq dulu, habih RM120 ni setakat lepaih sebijik tayaq la. Tayar sebijik dah la dalam RM160. 2 bijik dah RM320.
Nak servis brek lagi, tukaq minyak brek, sebotol minyak brek dah la Rm12, sekali servis kena pakai 3,4 botol minyak brek, nak upah servis lagi, bukak tayaq, bukak tang area tayar tu lagi.
Lepaih servis brek baghu boleh tukaq tayar. Sekali dgn balancing dgn alignment. Mau dekat RM450 tang tayar saja.
Servis brek, mau dlm RM100 jugak la.
Habih gaji bulan ni. Bulan depan nak pi Langkawi lagi, mampuih! Tukaq tayar kena postpone lepaih balik Langkawi la nampaknya.
Hahahahaha!
kot hang belanja aku lunch time hang kat cyberjaya hari tu, kompem hari hang tak separah ni.
daulat tu.
kekekeke.
Salam Pekasam zet,
Hang tak habaq, mana aku nak tau
Selamat menikmati alarm baru.
still pakai alarm ke bro dah jadi camtu?
kesian u..cyberjaya? which area?
Salam maknesia pekasam:
Kesian kat hang kena lagu tu...
Aku tau perasaan hang pasai aku pernah lagu tu jugak. Mujuq keta aku tak boh alarm jadi buleh buat jump start sebelum pi tukaq bateri baghu.
Kereta ni, kalau dia dah selsema hang siaplah..sat lagi dia batuk,demam kena cirit birit la macam2. Jangan dia kena masuk sepital sudah.Kalau masuk sepital, dgn hang2 sekali masuk laa....
Poket rabak pasai hang pakai seluaq.Cor hang pakai kain pelekat pi gheja mana nak ada rabak2 kan?
Ma'oh noo...gughau saja ngan hang yg sedang berduka lara.
Salam Pekasam dugongsenyum, missy dan tokasid,
Dugongsenyum,
Alarm baru chap ayam.
missy,
Kena pakai la missy, at least safe skit, skit je la.
Cyberjaya depan Ericsson, building TM Net, Jalan Lingkaran Usahawan 1 Timur.
tokasid,
keta ni tahun depan habih, maleh nak tukaq keta baghu. Maleh tambah hutang. Pakai biaq reban, biaq tercabut tayar.
Simpan duit dulu, nanti beli WISH bayaq cash! Hahahaha
Post a Comment