Monday, July 2, 2007

Talam Dua Muka

Ini talam bukan sebarang talam. Bukan Talam Holdings yang tak gheti buat rumah tu. Bukan nama dia talam bin sekian-sekian. Ini talam tarak elok punya talam. Kalau tanya sama itu Samy Vellu pun, dia tarak tau sapa. Ini talam bukan untuk makan punya talam atau untuk bawaq ayaq minuman. Ini talam sangat bahaya wooOOOOo.

Dalam dunia sekarang ini bermacam-macam ragam manusia ada. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercayai. Ada yang hitam ada yang putih. Ada yang wangi dan ada yang busuk. Ada yang boleh diharap dan ada yang tidak boleh diharap. Ada yang tidak suka tikam belakang, ada yang suka tikam belakang. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercayai.

Manusia talam dua muka ini memang manusia yang amat-amat merbahaya. Pasai aku kata merbahaya? Satu yang paling ketara tentang talam dua muka ini ialah, mereka pandai bermuka-muka. Manusia yang mempunyai banyak muka. Bukan satu bukan dua malah beribu. Di depan kita dia baik, tetapi dalam masa yang sama di depan kita juga, dia boleh bertukar menjadi seperti manusia yang tidak pernah kita kenali.

Ada juga yang apabila di depan kita dia baik tetapi di belakang kita, dia akan memfitnah kita seburuk mungkin. Jenaih yang begini memang banyak dalam dunia sekarang ini. Jenis yang bermuka-muka dan tidak ikhlas apabila berkawan. Pernahkah kita menghadapi atau berjumpa dengan manusia yang sebegini? Atau adakah kita sendiri berperangai sebegini tanpa kita sedari.

Manusia talam dua muka ini sebenaqnya bukan boleh dipercayai kerana di depan kita bukan main baik lagi tetapi di belakang kita, habis satu dunia dia fitnahkan kita. Talam dua ini seperti juga manusia hipokrit, suka berbohong untuk menutup pekung di dada. Dalam Islam, orang sebegini boleh dianggap sebagai munafik. Pandai membuat janji tetapi tidak pandai menetapi janji.

Talam muka pula amat pandai memberi pujian tetapi pada masa yang sama boleh bertukar menjadi seperti musuh apabila duduk bersama orang yang lebih tinggi darinya. Niatnya hanyalah satu, untuk membeli jiwa orang diatasnya supaya menjadi sahabat barunya. Sahabat lama, dilupai dan dijatuhkan tanpa perasaan belas!

13 comments:

tokasid said...

Salam maknesia pekasam:

Dalamorang yang macam ni ALLAH dah bagi gelaran kat puak2 macam ni:

MUNAFIQUN.

mintak2 kita dijauhi dari perangai atau sifat atau cenderung kepada perangai Munafiq.Ameen.

Hang tengok transformer sampai 3 kali?? Wuyooo..... sakan tu ..

Manusia Pekasam said...

Salam Pekasam tokasid,

Tu la, mintak jauh no.

Tu la sakan sungguh aku ni mengalahkan budak. 3 kali tengok dlm 4 hari. Khamis, Jumaat dan Ahad. Gila sungguh.

Suraya said...

saya penah berkawan dgn org talam dua muka ni. whoa pengalaman yg paling pahit. kita ingat dia baik tak hengat rupa2nya dia la yg melaga2kan satu dunia. gila betoi. memang bahaya, i agree...

Manusia Pekasam said...

Salam Pekasam lil' Miss Easydent,

Antara kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka semasa serangan Portugis adalah disebabkan oleh talam dua muka ni la. Bayangkan, sebuah kerajaan boleh tumbang dengan talam dua muka ni!

Bahaya no?

Zetty said...

u suka tak makan kuih talam?

Manusia Pekasam said...

Salam Pekasam zetty,

Suka!

Mak Su said...

kesian.... awat marah sangat? tentu talam itewww kureng hasem, kan?

Cik Puan Sri Quzz said...

saya mungkin saya post yg berjudul yang sama tak lama lagi...
terima kasih memberi inspirasi ...

tata

ZABS said...

Salam pekasam man, Itulah sebabnya Rasulullah S.A.W ada berpesan yang bermaksud lebih kurang jika kamu tidak ada sesuatu yang baik untuk diperkatakan, hendaklah kamu diam.
Wallahua'lam.

Manusia Pekasam said...

Salam Pekasam mak su, m.i.s.s.y & zabs,

mak su,
tak dak kena mengena dengan hensem ka jelita ka, ni kawan yang dah lama kenai.

m.i.s.s.y,
sama-sama kasih...

zabs,
betoi tu...

nadia_RnS said...

Salam..mintak izin kongsi artikel nie.

nini farhani said...

nak kongsi jugak!

Anonymous said...

saya mohon share.akan dikreditkan ke blog ni :)