Thursday, August 23, 2007

Bercuti Ke Langkawi - Siri 1

Salam Pekasam semua, harap berada dalam kandungan sihat dan berwaspada selalu bila menaiki bas ekspres.

Punya lama dok plan nak pi Langkawi, beli tiket secara online melalui Air Asia 2 bulan lepaih dan 18hb hari tu masa untuk terbang ke Langkawi.

Punya excited nak pi siap beli beg galas baru semata-mata kononnya, backpack travel la ni. Plan balik dengan feri dan ambik bas di Aloq Staq.

Hari jumaat, dapat SMS dari Air Asia, flight delay 2 jam dari pukoi 6.50pm ka 8.05pm. Takpa la lagi tapi rugi la sebab dah book hotel 18hb sampai 21hb. Rugi la skit sbb sampai malam tapi takpa la sebab tiket murah, RM9.95 sahaja.

-Malam-
First time pi LCCT, check in semua tunggu nak masuk, pi makan di McD sat sementara tunggu.

Masuk ja dalam, tengok oghang dah beratuq nak naik flight. Kena tunggu lagi beratuq dalam 10 minit. Masa naik naik tu pakat dok berlari anak la sebab ghamai, pastu plak pakat dok pulun nak naik guna tangga depan. Nampak tangga belakang kosong, dok usha baik, lepaih tu nampak ja staff airport kasi naik, teruih berlari anak ka tangga belakang.

Dengan backpack, lari naik tangga belakang. Bayangkan. Penat. Dapat duduk seat area belakang, lega.

Dalam flight, semuanya berjalan dengan lancar, berlepas pun dalam pukoi 8.00pm. Semasa perjalanan ada sekali bertembung dengan cuaca buruk. Masa tu la baru terpikiaq yang delay sampai 2 jam tu mungkin disebabkan ramalan keadaan cuaca kot. Dalam hati punya lega dok pikiaq.

Sampai di Langkawi International Airport dalam pukoi 9.00pm, sampai ja di airport, telefon Pak Din keta sewa. Sebelum ni pun dah lama dah dok confirm dengan dia pasai keta. Sampai tu ja, dia mai sambut kat airport dengan keta Gen 2 auto. Mahai tak mahai dalam RM100 sehari. Booked untuk 3 hari, kena la RM300.

Sampai di resort yang dah booked tu, receptionist tutup tapi nasib baik kunci bilik dia ada bagi kat guard. Selamat, dapat la tidoq dalam bilik malam tu.

Tamat Bahagian Pertama.

Gambaq sebelah adalah Pantai Pasir Hitam. Perasan dak pasiaq pantai tu, hitam legam. Haluih pulak tu. Perlu diingat, gambar disebelah dirakan bukan menggunakan kesan khas. Semuanya adalah benar belaka. Gambaq ori.






4 comments:

hanny said...

wah, bercuti ke langkawi ka...sorang ajer ker?...last time gi langkawi tak sempat nak tgk pasir hitam nih,.rugi rasanya....

Manusia Pekasam said...

Salam Pekasam ummi hanny,

Adala soghang dua ikut.

Lepaih pasiaq hitam ni, wajib pi ayaq hangat. Bulih pi rendam kaki dalam ayaq hangat. Buat masa ada telaga ja. Boleh cebok ayaq masuk baldi, pastu rendamla lama mana pun.

Kalau ghasa nak urut tapak kaki pun bulih. Abang Jamal sedia mengurut dengan bayaran RM15 selama 15 minit. Setengah jam, RM30 saja.

Untuk perempuan pun ada kalau nak mengurut kaki.

Ubat-ubatan banyak dijual disitu. Nak rasa paling hebat, try Night Cafe. Pasti terangkat. Sekotak RM50, ada 5 paket. 1 Paket = RM10.

Ingat nak pi lagi sekali lepaih kolam rendam ayaq hangat siap. La ni depa dok rennovate lagi, baghu start, mungkin tahun depan siap kot. Yang ni depa buat banyak kolam. Bulih buat apa saja, mandi ka, rendam ka, menyelam tak timbui2 ka, semua bulih.

tokasid said...

Salam maknesia pekasam:

Aku pun dah lama tak pi Langkawi. Masa aku pi depa tak buat lagi kereta cable, baru dok cadang. maknanya teramatlah lama aku tak pi langkawi.
Dulu pi sewa kereta RM80/= for kancil.

Aku palin tak puaih hati bila pi Kampung Buku. Tempat tu cantik dan nyaman. yg aku tak puaih pasai buku2 kat situ tak banyak. Macam bunyi gah tapi hampaih. Kedai buku mamak di Penang Road lagi banyak.

Manusia Pekasam said...

Salam tokasid,

Saya cadangkan tokasid pi tahun depan la, mungkin ada rezeki rendam badan dlm kolam ayaq hangat.