Wednesday, October 3, 2007

Bas Lompat

Salam Pekasam semua, pahabaq? Ada ok? Puasa amacam?

Tengok n3 kali ni mesti ramai pernah dan belum pernah dengaq pasai bas lompat ni kan? Kalau yang dah biasa dengaq tu, mungkin ada yang biasa buat masa student dulu dan mungkin ada buat masa mula-mula baghu keja, biasa la baghu keja mana ada keta atau moto. Masa tu pakai public transport orait lagi la.

Bas Lompat ni sebenaqnya fenomena biasa dibuat oleh oghang kerana tiket bas ekpress yang biasa dibeli habis dipasaran. Misalnya, oghang tu nak balik Kota Bharu, Kelantan dan masa tu dia dok Penang. Bas ekspres pulak habis tiket, jadi, terpaksa la naik bas lompat. Ambil bas biasa ke Grik dan juga bas biasa dari Grik ke Kota Bharu.

Contoh ni aku ambik sebab baghu semalam sembang dengan soghang mekanik dari Kelantan bila sembang pasai balik kampung dengan dia.

Itu pengalaman dia balik kampung naik bas lompat dari Penang ke KB dengan bas biasa semasa bulan puasa. Yang teruknya bas lompat ni, kalau bas penuh, kena la berdiri dari Penang ke Grik dan dari Grik ke KB.

Si mekanik ni habaq itu pengalaman dia paling teruk naik bas sebab kena berdiri hampir 6 jam dan terpaksa berbuka puasa kerana tidak tahan dengan keletihan yang dialami semasa berdiri dalam perjalanan dari Penang ke Grik. Masa tu dia naik bas lompat dengan 4 oghang lagi kawan dia.

Aku dulu pun masa student pernah jugak naik bas lompat ni. Biasa la dulu Shah Alam mana ada bas sangat, kalau ada pun setakat round seksyen-seksyen, pi KL atau Klang. Jadi, bila nak pi Seremban berbuka puasa ghamai-ghamai ni memang la susah.

Mula-mula kena naik bas pi KL dulu, masa tu bas 222, sampai bas stand Klang, lepas tu naik bas SKS KL-Seremban pulak. Takdak la penat sangat sebab masa tu oghang tak ghamai dan semua
(9 oghang) yang pi dapat tempat duduk dan kami lena sepanjang perjalanan.

Kami ada jugak pi beraya beberapa tahun sebelumnya di rumah kawan kami di Beranang. Naik bas pi KL dan di Puduraya naik bas ke Beranang.

Mungkin 2 perjalan tersebut diatas tidak memeritkan sangat kerana tidak perlu terkejaq sana sini sebab banyak masa dan tak kalut nak balik kampung.

Tapi bagi oghang yang tak sempat beli tiket ghaya dan ghaya makin menjelma mesti rasa risau dan bimbang takut tak dan sampai atau lebih tepat lagi lewat sampai ke kampung.

Kes bas lompat ni aku rasa jaghang berlaku di belah utara ni sebab bas di utara cukup banyak, begitu jugak selatan. Biasanya kes bas lompat ni berlaku di belah timur dimana perkhidmatan bas ekspress adalah terhad dan walaupun dibuat bas tambahan masih tidak mencukupi.

Bayangkan kalau oghang tu nak balik KB dari KL, macam mana rasanya bas lompat yang dia nak ambik? Mungkin perjalanan pertama dari KL ke Kuala Lipis, dari Kuala Lipis ke Gua Musang dan dari Gua Musang ke KB. Atau mungkin lebih banyak bas yang diambil? Dan bagaimana pula dengan masa yang diambil?

Kalau perjalanan biasa bas ekspress ke KB memakan masa 8 ke 9 jam, berapa pula masa akan diambil untuk perjalanan bas lompat ni? 1 hari? 2 hari?

Yang penting disini bukanlah masa yang diambil tetapi kegembiraan yang akan dikecapi apabila sempat menyambut Hari Raya bersama keluarga tercinta di kampung. Walau macam mana lama dan penat sekali pun menaiki bas lompat ni, ianya tidak dapat menandingi kegembiraan yang dikecapi apabila hajat untuk berghaya di kampung menjadi kenyataan.

Ada sapa-sapa nak cuba naik bas lompat dari KL ke KB? Buat macam perlancongan la, bawak backpack dan naik bas soghang-soghang ke KB. Kalau dapat duduk bulih la, kalau tak dapat? Tak kan nak duduk atas lantai bas kot?

Tapi kalau dah penat sangat, selamba ja la.

4 comments:

Mak Su said...

meriah gaks naik bas lompat ni, adventure

Manusia Pekasam said...

Salam Pekasam mak su,

Memang meghiah sakan. Bukan setakat bas, kadang tu teksi pun oghang ada naik jugak. Teksi Lompat.

tokasid said...

Salam maknesia pekasam:

Aku penah naik bas lompat masa mengaji di SAHC Aloq Setaq tahun 70an dulu. Dah lah baih lompat, baih lokal pulak tu. Hang bayangkan dari Aloq Setaq naik baih UTC ke SP. Selagi oghang dok ting-tong selagi tu baih berenti. Bila sampai SP pungkoq pun naik kematu. kena pulak tunggu baih ke Bagan.Kalu nasib tak baik kena baih lokal juga. jenuh nak sampai. Dari Bagan nak pi tepen selalu banyak juga express tapi kadang2 teket habih..kena naik baih lokal dari Bagan ke Tepen.
Hang bayangkan kalu naik di Aloq Setaq pukoi 8 pagi, kalau boleh sampai Tepen pukoi 6 petang tu kira awai lah....

Serik aku.

Manusia Pekasam said...

Salam Pekasam tokasid,

Tu dia baih UTC, hahahaha. Memang naik kematu pungkoq.