Salam Pekasam semua...
Tajuk ja Inggeris, bukannya saya nak tulis n3 inggeris, saja ja nak kasi lebih skit kat tajuk dia.
Semalam jumaat tak dak keja sangat, dok baca sathabaq pasai kes budak sekolah 18 tahun mengamuk dan bunuh 6 oghang pelajar termasuk soghang kakitangan sekolah dan pengetua perempuan sekolah tu.
Sebelum dia buat pasai tu, dia ada buat video dan post kat youtube pasai benda yang dia nak buat ni. Berita kata 2 jam sebelum tragedi tu dia post video dia.
Seghiau jugak la bila baca berita tu dan bila check kat Wikipedia (sumber yang bulih dipercayai), dah ada dah pasai berita ni.
Budak yang tembak tu nama dia Pekka-Eric Auvinen, 18 dari Jokela High School di Tuusula Finland.
Bila baca dalam sathabaq dan Wikipedia pasai berita ni, teringat kes kat Virginia Tech yang mengorbankan 33 kakitangan dan pelajar dan 25 yang lain cedera.
Bila duk check kat Wikipedia tu sebenaqnya, banyak dah kes yang berlaku kat sekolah dan universiti ni, cuba check kat SINI kalau nak tahu lebih lanjut.
Lepaih tu dok pikiaq plak benda macam ni tak mustahil bulih berlaku di Malaysia sebab dulu tak pikiaq pun budak-budak akan kena rogol tapi la ni dah ada. Bukan setakat rogol, bunuh lagi.
Saya pikiaq macam tu sebab la ni dok tengok budak-budak zaman la ni pun cakap memang kuwang ajaq. Kalau kita dengaq tu ghasa macam nak pi tampaq ja mulut kuwang ajaq tu.
Depa cakap tu siap mencarut yang mak bapak depa punya 'tu'. Mak kau punya toot la, bapak kau punya toot la. Tak sakit telinga ka dengaq lagu tu?
Tu baghu mulut. Tak tau lagi apa depa bulih buat.
Nasihat saya, sapa-sapa yang ada anak-anak lelaki tu beringat la. Awasi dengan sapa depa berkawan dan cuba awasi percakapan depa dengan kawan-kawan.
Depan kita depa mungkin cakap elok tapi belakang kita jangan pikiaq depa pun akan cakap elok.
Budak zaman la ni tak macam budak zaman saya dulu. Zaman dulu budi bahasa adab sopan masih kuat tapi la ni, zero, tak dak, nil, yee lek, boliau.
Zaman la ni budak-budak dah advance, pasai tu depa bulih cakap lagu tu. Game yang depa dok main kat PS2 pun jenih ganaih. Cuba check ada dak anak-anak hangpa main game GTA atau Grand Theft Auto? Kalau ada, cuba sughuh anak hangpa main dan hangpa duk sekali tengok.
Game tu ajaq kita jadi pembunuh, perompak dan penjahat. Dengan buat macam tu dapat mata dan menang. Tak ka gila game tu? Cuba check tengok.
Kalau ada masa free selongkaq la sekali sekala bilik anak lelaki kita tu, mana la tau ada DVD hak 'pelik-pelik' ka.
Jangan pikiaq budak sekolah rendah tak tengok ceghita 'pelik-pelik'. Jangan sempitkan minda kita. Bukak skit minda kita, jangan jadi mak bapak yang pasif.
Kalau anak-anak kita pakai handphone canggih hak ada video tu, cuba la check video apa yang depa dok simpan dalam phone depa tu.
Bukan apa, takut benda-benda yang kita tak terpikiaq akan berlaku di Malaysia AKAN berlaku kalau kita tak cegah dari awai.
Kalau ada masa cuba baca ceghita pasal Wichita Horror, lagi dahsyat, budak 20, 22 tahun adik-beradik buat keja.
Saturday, November 10, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
assalamualaikum, saya memang fobia ngan teknologi - hhmmmm, susah jugak jadi parents zaman-zaman pembunuhan virtual dan pembunuhan real ni.... sentiasa nak kena fikir cara nak selamatkan anak2 kiter dari bahana tu
Salam Pekasam mak su,
Macam tu la mak su, jadi parents zaman la ni kena advance skit dari depa.
Salam Pekasam Man,
Setuju betul dengan apa yang anda tuleh. Itulah yang datang bersama dengan kemajuan. Kalau takda check and balance lingkup habih. Semua kena main peranan. Mak bapak, jiran tetangga, guru-guru dan kerajaan pun janganlah bagi lesen Astro tu bawa masuk semua benda karut marut dari barat tu, tapis-tapislah juga kuncu2 Ananda tu.
Salam Pekasam zabs,
Masalah Astro ni pun 1 hai jugak nih.
Post a Comment