Tuesday, June 26, 2007

Betul Ke?

Salam Pekasam semua,

Betul ke melayu kita ni bila dah naik/senang/berjaya/kaya-raya/etc etc jadi lupa diri/berlagak/sombong/etc etc?

Monday, June 25, 2007

Ini Ada Satu Ceghita

Salam Pekasam semua, pahabaq?

Pagi semalam aku sempat makan bersama seorang kenalan lama yang rapat semasa di UiTM, satu kolej Jati, bersarapan di Hassan Cafe.

Aku bagi singkatan H la, satgi nak guna senang skit. Si H ni ada tanya aku pasai satu permasalahan keluarga dia. Buat pengetahuan hangpa semua, si H ni anak ke-3 dalam family dia yang ada 5 beradik (2 perempuan 3 lelaki). Dia ada 2 kakak dan 2 adik lelaki. Umoq H ni baya aku la, lahir tahun 1972, dah kawin anak soghang, perempuan.

H habaq kat aku, dia dah lama tak balik kampung sebab konfrontasi skit dengan mak dia. Aku terkejut jugak la mula-mula tu sebab bab-bab mak ni aku habaq awai-awai, jangan buat main. Syurga bawah tapak kaki mak hang, aku habaq kat dia.

Dia habaq kat aku, hang kena dengaq dulu ceghita aku ni lepaih tu hang kata la apa pun nak kata tapi dengaq dulu my side of story kata H mengasam kan bahasa utagha dan mat salleh.

H ada mak ada ayah lagi. Kakak dia 2 oghang dah pun kawin, yang sulung ada 4 oghang anak, kakak dia nombor 2 pun dah kawin, ada anak 3. Adik lelaki yang bawah dia pun dah kawin, anak 2 dan adik bongsu dia tak kawin dan tak keja lagi tapi umoq dah dekat 28.

Sebenaqnya H habaq kat aku dia memang dah lama simpan hati kat mak dia. Tak puas hati la sebab dia macam rasa tersisih sedangkan adik-beradik dia dapat apa yang depa nak. Dia ada bagi banyak contoh, antaranya;

i) Masa dia sekolah menengah, dia ada mintak mak dia belikan motor kapcai 2nd hand untuk ulang alik pi sekolah sebab H habaq dia memang aktif kat sekolah. Pagi petang nak kena pi ulang alik. Pagi belajaq petang dia berlatih hoki untuk sekolah. Motor kapcai masa tu busuk-busuk pun dia kata dalam RM500 boleh dapat, tahun 80an tapi mak dia buat sengap. Sikit pun tak kata apa tambah lagi ligan dia 1 rumah sebab mintak lebih-lebih.

ii) Yang jadi dia tak puaih hati ni sebab bila kakak dia yang sulung tu mintak mak dia beli keta, masa tu proton saga aeroback, mak dia sanggup berhutang RM10K untuk belikan keta baghu kat kakak sulung dia yang bakal jadi doktor. Kes ni jadi dulu, baru la lepaih tu H mintak mak dia belikan motor.

iii) Kes yang ke-3 ni kira berat sebelah jugak la. Mak H ni memang susah nak mai rumah dia di KL ni, sedangkan rumah 2 oghang kakak dia di Manjung dan Selama Kedah mak dia selalu pi terutama kakak dia yang sulung tu. Laki kakak dia yg sulung tu keja navy, selalu outstation, so, selalu la mak dia pi Manjung.
Kira sepanjang H duk KL ni lebih 6 tahun ada rumah sendiri, baghu 2 kali mak dia mai melawat dia. Ayah dia memang tak mai melawat la sebab kena jaga ghumah.

Yang lebih H terasa bila bini H bersalin, mak dia tak mai pun melawat menantu dia yang baghu bersalin sedangkan bila kakak-kakak H bersalin, mak dia pi atau jaga di kampung. Kampung H di negeri budu campuq asam memang sedap. Kelantan.

Sampaikan bini adik lelaki H bersalin pun mak dia pi, adik lelaki dia pi kursus pun mak dia pi, jaga menantu. Padahal masa tu bini adik lelaki H, mak dia memang tak suka. Tak suka sebab perangai menantu dia la yang teruk bukan pasai mak H teruk ka apa.

Alasannya mak H kata, adik lelaki dia mintak jaga dan H tak mintak jaga padahal H habaq kat aku, masa bini dia lepaih bersalin tu, dia telefon mak dia habaq dapat cucu baru tapi mak dia tak kata pun nak mai ka apa. Dah la masa bersalin tu H handle soghang-soghang tu yang buat dia terasa.

iv) H tambah lagi setiap kali dia balik, mak dia selalu dok ceghita buruk pasai ayah dia, ni tak kena tu tak kena, pendek kata serba serbi tak kena. Sampaikan H meluat nak dengaq pasal ceghita mak dia tu.

Nak jadikan ceghita besaq pulak, adik lelaki dia yang bongsu tu dah la tak keja, nak beli keta Satria GTi 2nd hand la pulak. Tang ni lagi H tak setuju sebab dah la tak keja, duit tak tau mai kot mana, nak buat loan pakai nama kakak H yang no 2 tu. Yang kakak H ni pulak bagi.

Disebabkan H ni kerja bank, dia tau la pasal loan keta ni. Memang banyak sangat la berlaku pasal adik beradik apply loan keta lepaih tu tak bayaq sampai adik-beradik tak tegoq sapa. Pasai bil handphone pun boleh gaduh apa lagi loan keta. H ni mati-matian la mintak kakak dia kensel loan tu tapi kakak dia selamba ja bagi. Bila H cuba cakap dengan mak dia, mak dia lagi la sengap. Jenih biaq pi la dia nak buat apa.

Adik bongsu si H ni satu masalah jugak. Dah la jenih tak semayang. Sampai hari jumaat pun duduk sengap ja dalam bilik. H habaq lagi, kalau dia balik, dia kejut la adik dia bangkit pi jumaat tapi dia tanya aku, bayangkan kalau dia tak balik kampung, berapa jumaat adik dia tak pi?

Adik H ni, H sendiri pun tak tau apa dia keja. Mak H habaq, adik bongsu dia, keja tolong kawan meniaga bundle dan ada saham sikit dalam kerja kontrak tapi malam keluaq dan tidoq bila nak masuk subuh. Tu yg tidoq sampai 2,3 petang tu kalau oghang tak kejut.

Nak jadikan ceghita, H telepon la ayah dia. Masa tu la ayah dia story habis pasai apa la ni ayah dengan mak dia renggang dan dengan adik bongsu dia pun ayah dia tak bercakap. Rupanya ayah dia terasa hati pasai masa adik bongsu dia nak beli motor, mak dia pinjam duit kakak dia yang sulung, beli motor, bukan kapcai, EX5 ka apa tapi RXZ. Kes ni pun H terasa sebab time dia dulu nak mintak beli motor 2nd hand pun sampai kena ligan.

Masa nak beli tu mak H tak bincang apa dengan ayah dia macam ayah dia tu tak wujud, buat tak tau. Sampaikan la ni pun mak dia tak pernah buat ayaq atau sarapan kat ayah dia kecuali bila ada anak cucu balik kampung. Kalau dak memang tak buat la.

Pasai apa jadi lagu tu H tak tau tapi yang H tau, ayah dia layan mak dia teruk sebab mak H buat ayah dia lagu tu dulu. Kiranya mak H la yang start perangai. Buat laki dia tu macam tak wujud dan tak dak control dalam keluarga.

Bila H tau pasai benda ni makin bertambah la terasa hati kat mak dia. Kes beli keta kakak dia, beli motor adik dia, pasai tak melawat bini dia dan yang paling dia terasa, layanan mak pada ayah dia.

Aku sengap ja la masa tu tapi tiba tang bab dia terasa tu, aku ada tanya dia, hang ada kira dak berapa kali mak hang terasa dengan hang? Dia kata ada, banyak tapi kalau dia rasa dia ada buat salah, dia mintak maaf cepat-cepat atau setiap kali dia telefon, dia akan mintak maaf sebelum hang up.

Aku pikiaq balik, aku pun tak dak buat lagu tu, H buat, baguih jugak sedangkan mak dia bila buat salah dengan dia, tak pernah pun nak mintak maaf atau slow talk atau pujuk balik. Ego mak kot no?

Banyak lagi la dia habaq tapi bila aku tanya balik dia jawap dan dia sentiasa ada hujah sampai aku takleh nak kata apa dah. Dia cakap semua betoi dan benda yang paling besaq dia habaq, dalam family dia la ni tak dak hormat.

Bini tak hormat laki, mak dia dengan ayah dia la. Anak tak hormat ayah, kes adik bongsu dengan ayah dia. Kes laki kakak sulung dia ada affair dengan perempuan lain. Kes bini adik lelaki dia yang tak hormat oghang tua dan macam-macam lagi .

H kata lagi, dia bukan nak riak la yang family dia takdak masalah tapi so far H laki bini memang hidup harmoni tak dak affair dengan sapa-sapa. Semua family adik beradik dia ada masalah sedangkan dia tak dak. Betoi jugak aku kata tapi bila tengok layanan mak dia, aku pelik pasai apa mak H layan dia macam oghang asing?

Penat taip weh, hangpa bagi komen dulu la. Kalau tak paham aku sambung lain.

Friday, June 22, 2007

Apa Nak Jadi?

Assalamualaikum semua, pahabaq? Semua sihat la no?

Ni aku ada ceghita skit nak habaq. Ceghita biasa la di pejabat. Politik pejabat.

Ceghita dia macam ni. Satu hari, kira dalam bulan lepaih la, seorang senior di pejabat aku hantaq email kat semua oghang di department kami habaq pasai kambing hitam atau 'scapegoat'.

Apa yang dia ceghita dalam email tu pasai dia tak puas hati la sebab dia kena buat kerja oghang yang tak siap. Mangsa keadaan.

Ceghita dia macam ni, mai aku habaq bagi pejelaih skit.

Si A ni diberi tugasan oleh pengurus kami. Kerja tu memang senang sebab tak dak pakai banyak otak atau tenaga pun. Nak kena rajin lebih skit saja. Kerja dia, data cleaning. dan Search, cut, copypaste dalam folder lain. Senang saja kalau nak buat tu dari apa yang aku tengok.

Malangnya si A ni pulak, seperti dakwaan senior kami tu, aku pakai Si S la senang no, kata si A ni malaih buat kerja. Si S kata, Si A dah dibagi kerja dari minggu sebelumnya, 5 hari bekerja tetapi cukup sampai minggu depan data cleaning dia memang tak siap dan data yang dia dapat kumpul hanya dalam 500++ sahaja. Dan bila kerja ni tak siap, pengurus kami terpaksa la sub-con kan kepada oghang lain di department kami. Maka si S ni merupakan salah seorang mangsanya.

Memang dia tak puas hati la sebab dia dok tengok Si A ni main-main dengan kerja, bergayut, lepaih tu buat kerja tak bersungguh. Si S ni bengang la sebab dia nak kena buat kerja oghang yang malas, yang patutnya boleh siap dalam seminggu.

Untuk makluman hangpa, data entry tu ada la dalam 5,000 data yang hendak dikemaskini dan patutnya kalau buat 1,000 data satu hari, dalam masa 5 hari boleh siap la. Sebabnya, bila kerja tu di sub-con kepada 5 oghang lain 1,000 soghang, 2 oghang daripada depa tu sempat siap 1,000 data dalam masa 24 jam! Tu yang buat si S ni bengang gila.

Si S ni habaq la dalam email dia kata, budaya scapegoat atau pak sanggup atau mangsa keadaan ni tak patut wujud dan tidak sepatutnya berlaku sebab kerja data tu sepatutnya boleh siap dalam masa 5 hari bekerja. Sebenaqnya email tu panjang lagi tapi aku bagi secara ringkas la supaya hangpa senang faham.

Malangnya, pengurus kami kata, dia sub-con kerja tu kat oghang lain sama sebab si A kata komputer dia slow, ada virus nak kena format. Tu yang buat si S ni makin hangin sebab kata S, pasai apa bila kerja tak siap baghu nak habaq PC hang slow, PC hang ada virus atau PC hang nak kena format? Awat tak habaq awai-awai sebab si S ni memang ada laptop yang boleh dipinjam. Dalam department kami pun memang ada 2,3 biji laptop yang kami selalu dok kalau ada sharepresentation ka apa.

Lupa nak habaq, Si A ni perempuan dan Si S ni lelaki. Pengurus kami lelaki dan AGM kami pun lelaki. Email S ni sampai kat kami semua dalam department termasuklah AGM kami tu. Yang peliknya, si A hanya mintak maaf, pengurus kami pula dok backing dia nak AGM kami, diam tak kata apa.

Bila pengurus kami jawap macam backing si A ni, si S bengang la sebab benda macam ni tak sepatutnya berlaku pasai masalah tu boleh diselesaikan dari awal. Kata S lagi, kita kerja ni selesai masalah bukan reka cipta alasan. Kalau betul PC ada problem, awat tak habaq kat pengurus awai-awai supaya dia boleh bagi pinjam laptop ka apa.

Bila saya tanya sendiri member yang depan si A ni, memang betoi apa S tu kata. Si A ni memang malas, kuat bergayut dan buat kerja main-main. Dia siap kata lagi PC depa dua-dua memang nak kena format tapi dia format awai-awai sebab takut makin merebak dan dia tengok si A memang tak buat apa-apa pun kat PC dia. Dia biaq ja PC dia makin slow. Bila dia tanya kat A pasai apa tak format, si A ni jawab malas, nantilah dulu.

Bila saya pikiaq balik memang betoi la apa S kata tu. Hang ada masalah dengan PC hang, awat tak format? Kalau betoi tak selesai jugak masalah PC hang, awat tak pikiaq nak pinjam ka apa ka. Tanya pengurus kami atau AGM sendiri. Dah kata ada laptoplaptop lebih pasai apa tak mintak? Dah memang laptop tu untuk pool kan? semua oghang boleh pinjam.

Banyak jugak la si S tu cakap dalam email dan banyak jugak la yang dia sentuh memandangkan dia senior dalam department kami. Pada aku, apa yang dia habaq tu betoi, memang tak dak salahnya tapi yang tak sedapnya pengurus kami tu macam dok backing pulak si A tu. Macam si A ni tak buat salah.

Aku ada jugak sembang dengan S pasai benda ni dan dia kata lagi banyak benda tak betoi lagi macam 2,3 oghang programmer kami di bagi workload yang amat banyak sedangkan si A, jugak programmer, tak dak keja langsung. Si S dan aku kerja buat web designing tapi S senior daripada aku la sebab dia ni memang terer. Programming pun dia boleh buat skit-skit.

S kata lagi, pengurus kami macam tak kisah nak bagi job kat si A sebab alasannya si A ni tak reti buat programming. Yang peliknya jawatan dia programming tapi tak reti buat programming? Pelik sungguh. Nak kata pengurus dengan si A tu ada affair tak jugak sebab bini pengurus pun 1 department dengan kami dan Si A tu bukannya lawa mana pun walaupun dia dak kawin lagi.

Untuk makluman hangpa, bini pengurus pun dapat siapkan data cleaning yang laki dia sub-con kan tu. Dalam masa 24 jam siap 1,000 data.

Apa nak jadi zaman la. Oghang tak buat kerja dibagi muka?

Thursday, June 21, 2007

Motor Idaman

Motor Idaman, Honda CBR.Gambaq ni aku ambik masa pi kenduri kawin di Kelana Jaya hari tu. Terpaksa pi sebab mak pengantin dok sungguh-sungguh sughuh aku mai. Biasa la VIP. Masa sampai memang disambut macam VIP.

Habih oghang pakat dok tengok aku. Bukan salah aku, mak pengantin yang sambut aku lebih-lebih, nak buat macam mana. Aku biasa ja.

Yang ataih ni Suzuki. Lawa dak?

Wednesday, June 20, 2007

Isnin 18 Jun 2007, 2.30PM

Assalamualaikum...

Salam Pekasam kepada semua semoga ghajin makin asam.

Now i wanna write something. 3,4 hari ni aku dok rasa lain macam ja. Patut la gigi kacip aku dok tenyeh gusi aku. Bukan sebab dak ghosok gigi ka apa. Masa student dulu aku ada tampal dua-dua gigi kacip. Sumbing. La ni tampalan tu makin lama makin bergerak dan dok cucuk gusi aku dari dalam hari demi hari.

Rasa sakit, rasa ngilu takleh nak habaq apa. Sat sakit sat dak, sat dia mai, sat dia hilang. Sebab tu lately ni aku ghajin dok kumuq dengan listerine lepaih gosok gigi sebab nak bagi gusi tu cure skit.

Kalau pi klinik gigi pun, depa mesti bagi ubat punya. Dah 3 kali dah aku pi sebelom ni, dok bagi ubat ja 2,3 jenis. Aku tau la depa nak juai ubat tu bagi laku. Nak dapat income tapi kena la concern skit dengan pesakit.

Dah tau gigi kacip aku perlukan rawatan lanjutan, awat tak call aku? Awat tak buat appointment ka apa? Macam ni la melayu punya meniaga. sikit tak mau berubah. Dok kira juai ubat pain killer ja. Bila nak maju?

Depa patutnya bagi ubat dulu, lepaih tu buat appointment bila boleh mai pulak. Bila sampai waktu telefon boleh mai ka dak,
tanya balik dalam sehari sebelom tu. Ni dak, sengap sampai laa. Apa la.

Gila punya entri dok ceghita pasai gigi kacip aku la pulak.

Ni baghu entri aku:

Hari isnin lepaih, dalam petang macam tu la, aku baghu sudah keja, keja siap. Try bukak yahoo(di) messenger, sekali tengok yahoo(di) ID si N**i online. Tak dan nak quit, dia teruih message aku.

Tujuan aku quit tu bukannya nak melarikan diri dari dia tapi rasa malaih pulak nak layan yahoo(di) messenger ni.

Si N**i message aku kata, dia dah solo.

Tak dan salam, tak dan tanya pahabaq, dia teruih habaq dia dah solo.

Aku tanya dia lama dah ka? Dia kata lama dah, dalam 2, 3 bulan. Aku tanya lagi pasai apa? Lama gak la dia sengap. Lepaih tu dia habaq, boyfriend dia si A***f tu pukoi dia.

Terkejut aku. Tak tau nak kata apa. Si N**i ni pulak ceghita la lebih kughang apa yang terjadi. Pokok pangkai, boyfriend dia tu kuat cemburu tahap cipan.

Maksud aku, kuat cemburu tahap takleh nak compromise, takleh nak slow talk. Gaduh skit, tengking, gaduh skit, tengking. Lepaih tu, habih tengking, tampaq.

Aku tanya dia, si A***f tu tampaq kuat dak? N**i kata slow ja tapi sakit la jugak. Memang la sakit, kudrat besaq mana pun, kudrat perempuan.

Sebulan gak la dia kena penampaq dengan si A***f bacul ni. Lepaih pada tu dia tak tahan, mintak putuih, tukaq nombor telefon. Patut la masa aku dapat SMS tu nomboq lain. Tu ceghita rupanya.

Dia mintak maaf dengan aku sebab tak dapat jumpa aku weekend hari tu sebab terpaksa melarikan diri dari A***f. Aku tak kisah as long as dia aman sudah.

Aku sughuh dia banyak bersabaq dan kalau nak, pi ja buat report polis, senang ceghita supaya si A***f mangkuk tu dak kacau dia lagi. N**i kata dia tak buat sebab abang dia pi jumpa A***f sendiri habaq jangan kacau N**i lagi.

Bung bang bung bang, dia ajak aku tengok midnight! Dia kata lama sangat tak jumpa aku dan nak sangat jumpa aku. Tu dia aih! Bab ni yang aku malaih ni. Aku kata tengok la dulu sebab aku sendiri belah malam pun busy dok menulis. Blog la, skrip tu la, skrip ni la. Payah.

Dia kata tak kisah, bila-bila call la dia kalau free, nak sembang ka, SMS ka apa ka, habaq la. Aku insyaAllah ja la, nak kata apa lagi tapi dalam hati, malaih sebenaqnya.

Aku terpaksa berbohong, boss aku panggil, baghu la aku dapat quit yahoo(di) messenger. Selamat tapi dalam hati mana nak lari ni. Hampeh!

Monday, June 18, 2007

Memberi Salam

Salam Pekasam kepada semua,

Hari ni tak dak mood nak tulih panjang-panjang, hanya memetik sabda Rasulullah S.A.W mengenai memberi salam. Penat keja.

Sabda RAsulullah S.A.W:

"Sesungguhnya diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja."

Seperti biasa, pendek dan padat sekali maksud yang tersirat disebalik ucapn Baginda dan kita tidak perlu meneropong lebih jauh tentang apa yang cuba disampaikan oleh Baginda.

Betoi dak apa yang Nabi kata tu? Betoi no?

Zaman la ni oghang susah nak bagi salam pada oghang yang depa tak kenai. Oghang yang depa kenai pun kadang tu susah nak bagi salam. Cara oghang kapiaq ada la, contohnya; Wassup? Hello Beb? What's Up?

Apa nak buat, dah akhir zaman, manusia zaman la ni tak macam manusia zaman dulu tahun 70an, 80an. Zaman tu oghang tahu dan reti lagi macam mana nak hormat oghang, terutamanya oghang tua. Zaman la ni tak hormat oghang tu nampak cool pada pandangan depa. Terbalik.

Zaman la ni pun kawan yang kita kenai pun susah nak bagi salam, apa lagi oghang yang kita tak kenai. Apa la nak jadi zaman la ni.

Teet! Teet! Part 2

Salam Pekasam semua,

Sabtu takdak SMS dari budak N**i tu. Takdak la tunggu sangat sebab dok sibuk dengan boling kat Alamanda. Takpa la tunggu ahad, mungkin dia nak jumpa ahad kot.

Ahad pun dia tak dak SMS. Malaih nak SMS dia sebab dia yang nak jumpa kan? Biaq la dia SMS kalau dia nak jumpa. Buat apa pulak aku nak sebok-sebok? Biaq pi.

Sampai la pagi isnin, masuk keja, check email kalau ada apa-apa emal, memang sah tak dak. Takpa la lagu tu. Biaq.

P/s: Team boling aku dapat naib juara acara berpasukan. Walaupun lama tak main, masih lagi boleh dapat strikes dan spares, orait la tu.

Friday, June 15, 2007

What A Fortunate But Still A Bad Day!

Salam Pekasam kepada semua!

Nak kata nasib baik, dak jugak tetapi apa-apa pun alhamdulillah.

Petang tadi pi talk kat KL Hilton, talk sepatutnya start pukoi 3 tapi dekat kol 4 talk tak start-start lagi. Buang masa mai awai. Masa nak mai tadi pun punya la berlari-lari anak nak kejaq ERL. ERL biasanya sampai setengah jam sekali tapi masa sampai kat Putrajaya Sentral tu, jam dah 2.30, sampai kat kaunter tengok train sampai dalam 0 min. Punya la saspen.

Lepaih beli tiket, turun bawah tengok train blom sampai lagi. Alhamdulillah, nasib baik yang pertama.

Sampai KL Sentral, tunggu kawan kat Nile Book tingkat atas,dalam 5 minit dia sampai, kami teruih pi KL Hilton, which is sebelah tu ja. Sampai tempat talk tu, talk tak start lagi, lepak kat luaq jumpa geng-geng lama. Borak sembang borak sembang.

Dekat pukoi 4, talk start sampai 5.30, siap Q & A sekali. Tea break tapi tak dan makan sebab ramai sangat oghang kebuluq. Tak pa, kasi oghang kebuluq makan dulu sebab satgi nak pekena teh tarik dengan roti canai KL Sentral sebelah Famous Amos.

Kedebak kedebuk, jalan style orang lumba jalan kaki, sampai KL Sentral dlm 6.10. Pekena teh tarik + roti canai dengan member lagi 2 oghang.

Sembang punya sembang tak sedaq jam dah 6.30. Sekali tengok jam pukoi, 6.35! Punya la kelam kabut tapi nasib baik yang kedua, pintu masuk ERL KLIA Transit depan tu ja, berlari anak lagi tapi kali ni tangga langkah 2 bijik sekali.

Tengok waktu ketibaan train, 0 min lagi tapi sampai bawah tengok ERL ada lagi tapi tunggu nak jalan. Masuk ja dalam train tak dan 15 saat, train jalan. Tu dia, nasib baik ketiga pulak.

Sampai Putrajaya Sentral, keta pulak tak idop! Malang yang pertama.

Check punya check memang sah bateri kong! Terpaksa la call jiran sebelah ghumah tolong beli bateri dan sughuh dia bawak mai ka Putrajaya Sentral nak ganti yang kong ni.

Lama jugak la tunggu. Dalam 45 minit dia sampai. Masa jiran nak bagi duit tukaq tu duit jatuh celah seat keta dia. Punya la baik hati nak tolong ambik, pi seluk bawah seat dia, tanya dia, dia bela apa bawah seat ni, punya banyak baghang.

Sekali rasa macam pedih dan tajam, sekali tengok jaghi telunjuk kiri, terkoyak, berdarah! Adoi! Besaq lah jugak luka tu sampai nampak isi putih. Punya la pedih. Sat ja daghah keluaq. Balut dengan tisu. Sakit! Malang yang kedua.

Tukaq bateri, kedebak kedebuk, pukoi 8.30++ siap pasang bateri dengan pertolongan jiran yang baik hati. Walaupun pedih, tahan la skit sebab bateri nak kena tukaq jugak. Malaih nak tinggai keta. Satgi nak mai balik pasang bateri, susah la. Dah la gelap, satgi tak nampak apa.

Balik ghumah, dah dekat pukoi 8.45 teringat plak malam ni ada 'date' dengan Sue Storm. Dengan tak mandi tukaq baju, spray CK kiri kanan kiri kanan, teruih pi IOI Mall la pulak! Adoi penin!

Show pukoi 10 malam tapi sampai pukoi 9.15 sempat la ambik tiket. Lagipun dah booking so senang la sikit. Nasib baik yang keempat.

Walaupun bernasib baik sebanyak 4 kali, masih rasa tak selesa sebab jaghi sakit dan bengkak tu bulih overshadow semua fortunate events tu. Burn RM155 beli bateri keta padahal dah plan nak beli Children of Hurin + Stacie Oricco masa nak tengok wayang kat Popular sebelah GSC tu.

Apa nak buat tak dak rezeki. Sabaq ja la.

Aduh, jaghi telunjuk sakit, kena ayaq pedih!

Wednesday, June 13, 2007

Hang Tak Dak Keja Ka?

Salam Pekasam kepada semua

Masa lunch tat sat aku pi makan lewat skit la. Dalam pukoi 2 lebih.

Ajak kawan ni, ajak kawan tu, takdak oghang nak join aku. Terpaksa la aku pi makan soghang. Ada jamuan kat opis tapi maleh aa sebab aku nak pekena ikan kembung bakaq kat cafe. Layan.

Masa aku turun tu ada 2 meja dihuni 3,4 oghang dok makan dan minum. Ambik nasi, ikan dan ayaq, aku duduk dekat dengan depa. Aku teruih makan tak tengok kiri kana. Lapaq.

Sekali sekala aku kerling tengok budak-budak yang duduk mejal sebelah aku pastu tengok meja sebelah, otai-otai tengah sembang.

Aku dok perati budak-budak sebelah aku ni dok sembang sambil tengok kawan depa dok tayang telefon Nokia N90 hak baghu. Bangga la sebab dapat tayang phone baghu dia kat member. Habis segelas ayaq, tambah lagi. Lepaih tu minum 100 plus plak.

Yang otai-otai ni plak dok sembang sambil minum ayaq. Aku rasa depa 2 oghang ni dah makan tapi lepas semayang depa turun minum pulak.

Terpikiaq aku dalam hati. Hangpa ni takdak keja ka? Lama duk di cafe ni boss hangpa tak maghah ka?

Aku makan cepat-cepat dan belah. Masa aku belah budak-budak dan otai-otai tu tak habis-habis lagi minum. Lunch hour minum, satgi kol 3,4 nak turun minum lagi? Seronok hidup macam tu no? Keja bila nak siap?

Aku doa dalam hati janganlah aku ikut perangai buruk macam tu. Aku nak keja dengan ikhlas dan betul walaupun buat masa ni aku takdak keja.

Yang penting aku tak mau ponteng masa pi minum lama-lama. Lunch hour sejam depa bagi tu lebih dari cukup sebenaqnya kalau nak makan dan semayang tapi biasa la manusia ni kalau dah jumpa member. Mesti lambat naik punya.

Tuesday, June 12, 2007

Teet! Teet!

Lepaih semayang maghrib tat sat, aku bukak Spyware Doctor nak check laptop aku punya spyware ada ka dak. Full scan. Lepaih tu aku pi makan sat.

Masa dok tengah makan, henpon Samsung SGH E900 aku berbunyi, tanda message baghu ada sampai.

"Biaq la dulu, aku nak makan ni, satgi aku check la." Bisik hati aku.

Lepaih makan, aku pi kat meja aku, tengok Spyware Doctor masih lagi dok scan 88%. Ada detect 5 infections. Baguih la, satgi bulih buang.

Check message sat. Tak keluaq nama sapa. 019 XXX XXXX.

"Nomboq sapa?" Bisik hati aku bertanya. Bukak message la tengok dulu dari sapa.

"Bang, ni saya ni, N**i. Pekaba? Lama tak kontek abang. Boleh jumpa weekend ni tak? Ada benda nak cakap la. Please"

Aku tak tau nak kata apa. Aku reply: "InsyaAllah."

Teet! Teet! Bunyi lagi. Aku bukak message dia kata; "TQ. Where n when later k."

Aku tak reply. Sengap. Dia faham kot.

Teruih aku pikiaq macam mana budak N**i ni bulih dapat nomboq aku, berapa kali dah aku tukaq nombor. Sat 013, sat 019 pastu 013 balik.

Dia keja kat Celcom kot, sebab tu senang caghi nomboq aku. Last aku jumpa dia, dia keja di TM, masa tu Telekom Malaysia Jalan Pantai. Ada la dalam 7,8 tahun aku tak jumpa dia. Gila lama!

N**i ni adik angkat aku. Kira junior masa belajaq di ITM dulu la. Masa tu aku dah nak grad, lepak kat studio buat keja.

Dia mai mintak sign senior sebab senior yang buat induction masa tu suruh depa, budak-budak junior mintak sign abang, kakak senior final sem. Masa tu tahun 90-an, induction kat school aku dok ada lagi. Bebudak senior yang bawah aku ada dok buat la jugak. Lecturer support sebab aku dan budak-budak kelas monitor sama.

Masa tu la aku kenai budak N**i ni. Comei tapi masa tu aku ada awek dah, dia pun tau sebab selalu nampak aku dengan awek aku. La ni ex-awek dah la. Haha.

Masa aku jumpa dia balik tu, aku tak perasan sangat, kebetulan ada meeting di Menara Pantai. Masa tu Rebung tak siap lagi. Dia yang tegoq aku dulu. Aku mana perasan sangat.

Lepas jumpa di Menara Pantai tu, ada la kami pi minum, makan, tengok wayang keluaq ghamai-ghamai 4,5 oghang. Masa tu dia dah ada boyfriend, A***f. Budak Telekom jugak.

Tahun tu la aku jumpa dia, lepaih tu dia habaq kat aku boyfriend dia tak suka aku rapat sangat dengan dia. Jealous la tu kot. Aku tak kata apa, sengap ja masa dia telefon tu. Aku just wish all the best je la dan bila nak kawin nanti jangan lupa ajak aku. Tu jer la.

Lepaih tu dia ada la jugak dia email aku, 3,4 kali. Lepaih tu sengap balik. Boyfriend tak bagi dia email aku kot. Takpa, itu hak dia la nak hormat keputusan boyfriend dia. Aku takdak masalah, so, aku stop email kat dia.

Tu la serba sedikit kisah pasal budak N**i yang aku kenai dari ITM lagi ni. Apa yang penting sangat nak jumpa, aku pun tatau. Aku pun tak berani sebenaqnya. Bukan apa takut boyfriend dia maghah aku ka apa, sebab tu aku jawab, insyaAllah.

Aku save nomboq dia. Simpan dalam henpon aku. Tunggu weekend ni nak jumpa ka dak.

'Gagak' Kad Kredit (Kes 2)

Salam kepada semua walau dimana saja anda berada. Teringat kata-kata hikmat Ras Adiba Radzi bila dok baca berita sukan dulu, dengan sopan. Rindu nak dengaq dia baca berita. Mana dia pi la ni? Lama tak nampak. Sihat ka dia?

Ni aku nak ceghita kes ke-2 aku cuba melarikan diri dari 'gagak-gagak kad kredit'. Kes ke-2 kira berani jugak la sebab awai-awai lagi aku dah 'tergoda' dengan keayuan awek yang dok ralit promote kad kredt *tooot* dia.

Kes ni berlaku 2 tahun lepas tak silap aku. Masa tu awai lagi, dalam pukoi 10 pagi, aku lambat plak turun pi makan sebab ada keja. Kebetulan takdak sapa, aku turun la sorang. Masuk lif, turun bawah, bukak ja pintu lif, tu dia! Terpampang depan aku awek yang begitu cantik, lawa gila kalah Angelina Jolie. Senyum manis gila.

Aku ingat dia nak naik ataih, aku bagi la laluan, dia senyum makin manis. Aku balaih senyum la, dah awek senyum kat aku, tak kan nak masam kot. Hilang la lapaq perut sat.

Masa nak pelaju langkah kaki, tiba-tiba aku dengaq sogha (suara) haluih lembut tegoq aku.

"Assalamualaikum bang!"

"Waalaikum salam dik!" Jawab aku sebelum menoleh tengok muka dia.

"Abang, tak nak cuba kad kredit *tooot* kami ke? Skarang ni kami ada promosi dan diskaun hebat. Nak buat balance transfer pun boleh. Kadar yang kami kenakan memang terendah setakat ni"

Aku mula pikiaq dalam hati. "Sudah! Kena aku."

Masa tu kami betoi-betoi duk kat depan pintu lif. Nasib baik takdak ramai sangat orang keluaq dari lif tu. Tak dak segan sangat aku.

"Macam mana bang, nak dengar lebih detail tak? Saya boleh terangkan. Saya ambil masa abang 7 minit je."

"Err...saya nak pegi minum ni, lapar la." Aku cuba mengelat.

"Sekejap je bang, lagipun kami ada promosi dapat hadiah percuma ni, minyak wangi Calvin Klein, 200ml."

Dengaq ja minyak wangi CK tu, aku teruih dapat idea.

"Err..awak dah breakfast dah?"

"Belum bang, kenapa?"

"Jom kita gi minum nak, masa minum nanti awak boleh terangkan dengan lebih lanjut. Bukan setakat 7 minit, setengah jam pun saya boleh dengar." Aku bagi cadangan. Haha.

"45 minit pun saya sanggup tetapi dengan syarat awak duduk minum dengan saya. Nak cerita pasal diri awak pun takde masalah, kalau awak nak."

Aku tengok muka awek tu dah merah. Malu kot. Dia diam senyum pahit. Hahaha. Jahat aku. Selamba gila!

"Saya ada banyak kerja ni bang, kesian kawan saya sorang jaga kaunter."

"Alaa...bukan lama, kalau tak dapat setengah jam, 15 minit pun jadi la, janji kita dapat berkenalan dengan lebih lanjut." Sambung aku pantas dan selamba dog.

Awek tu cuba control walaupun muka dia dah merah padam.

"Minta maaflah bang, susah macam ni, saya ada kerja ni." Lancar tapi senyuman pahit.

"Oklah macam tu, saya pergi minum dululah. Kalau awak nak join saya, jom lah."

"Apa kata abang pegi minum dulu, dah habis nanti abang jumpa saya balik, macam mana?"

Ahh sudah! Kena aku! Ingat nak kenakan dia, aku pulak kena trap. Aduh! Nak tak nak aku jawab ok je la sambil dok pikiaq macam mana nak lepaskan diri masa nak naik nanti. Masak aku!

Aku pi minum dalam 15 minit. Masa naik, aku nampak dia dok layan seorang pelanggan lain. Cepat-cepat aku naik lalu belakang dia slow-slow. Hahaha.

Masuk lif, pintu tutup, aku tarik nafas panjang, pheww! "Selamat aku." Masa balik petang tu pun nasib aku baik lagi sebab kaunter dia dah tutup! Hahaha. Gelak hati kecik aku!

Monday, June 11, 2007

'Gagak' Kad Kredit

Salam kepada teman-teman semua, diharap semuanya berada dalam kandungan sihat walafiat dan dilindungi Allah selalu. Macam tulis surat plak.

Kali ni aku nak ceghita kat hangpa berkenaan kad kredit. Bukan pasai masalah kad kredit ka apa, tapi pasai orang yang sebok dok promote kad kredit tu la.

Tengahari tadi aku nak pi makan, lunch hour time, aku nampak la sekumpulan manusia yang sebok dok promote kad kredit bank depa. Nampak ja aku, 'gagak' kad kredit ni mai dekat aku. Awek. Lawa la jugak aku tgk. Mai tanya aku.

"Abang tak nak cuba kad kredit *toot* kami? Ada promotion sekarang ni."
"Err...takpelah saya nak cepat pegi makan ni, banyak kerja" Jawab aku lembut.
"Saya ambik masa abang sekejap je, boleh tak? Banyak faedah kad kredit *toot* sediakan sekarang ni." Bla bla bla bla bla bla dia dok bodek aku.

Aku terpaksala stop sat sebab nak dengaq apa yang dia nak cakap sambil-sambil dapat tengok muka lawa dia. Heh heh.

Aku tenung mata dia dalam-dalam. Bukan apa, sebenaqnya aku buat lagu tu supaya dia rasa kurang selesa dan akan cepat habiskan ayat promote dia tu. Rimaih aku dibuatnya. Gila sungguh. Mana aku nak pakai. La ni pun dah ada 2. Nak suruh aku tambah hutang ka? Duit banyak takpa la. Gaji pun cukup-cukup untuk bayaq hutang yang dok ada, lagi nak tambah?

Awek kad kredit *toot* ni masih lagi dok ayat aku supaya register dengan kad kredit bank dia.

Aku sebenaqnya malaih nak layan tapi sebab dia dok kejaq aku sampai berlari anak tu, kesian la plak, layan dia sat sampai dia hilang penat dan aku tanya dia.

"Awak ni comei la. Dah kawin ke belum?" Aku tanya selamba.
"Belum bang."
"Ada boyfriend tak?" Pantas aku memintas.
"Err...takde bang."
"Awak jadi girlfriend saya boleh?" Aku selamba.
"Saya pun takde girlfriend ni" Aku menambah lagi.
Awek tu diam. Dia cuba senyum tapi aku tau, dia senyum pahit. Terpaksa.

"Sebagai permulaan boleh mintak nombor telefon tak?"

Dia diam tak kata apa, senyum lagi tapi makin tawaq. Aku tau dia malu tapi masih lagi boleh control ayu.

"Kalau tak dapat bagi nombor telefon awak, saya nak pegi makan ni, excuse me or you can join me later if you want." Aku selamba bagi cadangan kat awek comei tu.

Aku keluaqkan telefon aku dan tanya dia; "What is your number then?"

Diam teruih awek tu dan aku belah dengan tak kata apa. Dia pun tercegat, diam tak kata apa, senyum pahit habih.

Berjaya jugak teknik aku nak larikan diri dari 'gagak' kad kredit ni. Selamat aku. Tapi sayang jugak sebab awek tu comei. Rugi tak tackle bebetoi. Haha!

Masa balik dari lunch, aku tengok dia duduk ja, bila nampak aku teruih buat pandang kat tempat lain. Haha.

Saturday, June 9, 2007

Bunuh Diri?

Tajuk dia saja pun boleh buat hangpa saspen no? Bukan aku yang nak bunuh diri tapi ni yang aku nak ceghita ni berkenaan kawan aku la. Kisah percubaan dia nak bunuh diri disebabkan masalah rumahtangga dengan laki dia.

Ceghita ni berlaku dah lama, dalam 3 tahun lepaih rasanya. Kisah rumahtangga kawan aku juga la yang aku nak kongsi dengan hangpa semua. Kawan aku ni baru ja kawin tak sampai setahun, belum dapat anak lagi tapi rumahtangga dah goyang. Aku namakan kawan aku ni S (bukan nama sebenar). Kawan aku kerja bahagian akaun. Kira kerja dia ni stabil la jugak tetapi tidak dengan laki dia. Laki dia masa tu kerja IKEA.

Aku tak kenai sangat pasai laki dia ni, yang aku ingat S kawin dengan dia ni pun secara tiba-tiba jugak la. Aku tahu la pasal S ni sikit-sikit, pasal love story dia dengan mamat ni, aku tau la jugak sikit-sikit tapi aku tatau yang laki dia ni takdak kelulusan tinggi. S ni pulak sama la dengan aku ada degree. Kami dulu sama-sama (menghabiskan duit kerajaan) di ITM Shah Alam, satu batch tapi dia course lain tapi kami rapat sebab 1 negeri.

Memandangkan laki dia ni takdak kelulusan tinggi, dia terpaksa la mencari kerja yang sesuai mengikut kelulusan dia dan di IKEA lah dia berjumpa dengan rezeki dia. Dan di sana la laki dia ni menjalinkan hubungan sulit dengan salah seorang awek di IKEA tu. Yang peliknya awek ni tau yang mamat ni dah kawin tapi masih lagi dok melekat dengan mamat ni. Sampaikan kawan aku ni, S, call family awek tu cakap anak depa buat hubungan dengan laki orang, family dia maghah anak depa tu pun, dia still dok gila dengan laki S ni.

Satu hari si S ni ajak aku mnum kat bistro, biasa la trend oghang la ni, nak minum pun kat bistro, padahai mahai macam jin, kedai mamak lagi murah.

Bila aku sampai, dari jauh aku nampak raut wajah S yang 'posiang'. Mata dia agak bengkak, duduk sengap merenung meja. Aku saja mai sengap-sengap pastu try nak kejutkan dia, tak dak respond, just tegoq aku, tanya khabaq dan ajak aku minum dengan dia sekali, dia belanja.

Aku tengok S dah cengkung skit, muka tok sah kira, memang macam zombi, zombi kampung pisang, tunduk merenung meja sampai tembuih (tembus).

Lepas minuman aku sampai, aku gagahkan diri tanya dia; "Awat hang nak jumpa aku?"

S pun ceghitala apa yang berlaku dan sedang berlaku dalam rumah tangga dia. Dia ceghita dari A sampai Z sampaikan aku pikiaq nak buat cerpen ni pun boleh. Punya detail dan tepat apa yang dia habaq kat aku siap hari lagi bila tu bila ni berlaku.

Aku tengok dia sebak la jugak, pastu masa dia nak lap ayaq mata dia tu aku terpandang lengan dia. Terkejut la jugak aku pasai aku tengok kat lengan dia ada macam bekas luka. Aku tak teruih kalut, aku lepak, cool, contorl macho, tarik nafas dalam-dalam dan lepas tu aku tanya dia.

"Lengan hang pasai apa jadi lagu tu? Hang jatuh ka?" Soalan yang aku pikiaq tak akan menyebabkan S menangis lebih kuat.

S menidakkan, geleng kepala, diam sat dalam 10 saat dan teruih dia habaq kat aku, suicide attempt. Cubaan membunuh diri.

Bila aku dengaq tu, aku relax lagi, tanya dia slow-slow; "Awat hang buat lagu ni? Hang tak sayang mak hang ka?"

Bila aku tanya macam tu, ayaq mata dia lagi kuat meleleh, nasib baik rambut S ni panjang, boleh la cover skit muka dia. Tak dak la oghang lain nampak ayaq mata dia.

Time dia dok menangis tu, aku nasihat la dia lebih kurang, habaq kat dia pasai dosa pahala. Pasai bunuh diri ni teruih masuk neraka.

Dia ada habaq masa dia toreh lengan tu memang la sakit tapi bila pikiaq laki dia buat hubungan sulit tu, lagi dia toreh lengan dia. Luckily, dia toreh lengan tu takdak la dalam sangat, kira kena bahagian atas kulit la, darah pun keluaq sikit. Itu pun bila dia dengaq suara mak dia jawap salam, ada oghang mai rumah dia. Untuk pengetahuan hangpa, S dan laki dia dok di Keramat, ghumah mak S.

Ayaq mata S masih lagi deraih turun, nasihat aku pun sama deraih dengan ayaq mata dia. Aku nampak dia angguk kepala dengan apa yang aku cakap. Aku suruh dia pikiaq dosa pahala, pasai mak dia, adik-adik dia, dia anak sulung, harapan mak dia, kebetulan pulak bapak dia dah lama tak dak. Pasai kerja, pasai kehidupan. Banyak lagi la aku habaq kat dia. Dia diam, tunduk layan ayaq mata dan angguk kepala.

Bila aku habis cakap, dia habaq kat aku nak pi jumpa bomoh, nak buat laki dia lupakan perempuan tu supaya rumahtangga dia kembali aman seperti biasa.

Dia ajak aku pi, kat Puchong sebab kebetulan rumah aku lalu ikut Puchong.

Pendek ceghita, 2,3 hari lepas kami jumpa tu, S dan aku pi jumpa 1 bomoh indon kat Puchong. Sebenaqnya aku kughang (kurang) sikit nak percaya indon-indon ni, banyak mohong (bohong) tapi sebab S insist, aku ikut jugak la teman dia.

Lepas pada tu 2,3 minggu, aku dapat email dari S, dia habaq rumahtangga dia dah ok balik dah dan dia masa tu tengah mengandung. Punya la aku lega dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan ilham Dia, aku berjaya selamatkan S semampu aku.

La ni S dan laki dia happily ever after macam Shrek dan Fiona, tanpa laki buat hubungan sulit lagi. Dan aku dengaq family awek tu pun bawak anak depa pi berubat lupakan laki S. Baguih la lagu tu pikiaq aku sebab dua-dua pihak ikhtiar, doa dan tawakkal. Laki dia pun dah tak kerja kat IKEA lagi dah, kerja kat tempat baru yang majoriti pekerja di situ adalah lelaki.

Masa raya haji tahun lepaih (2006), aku ada pi ghumah S, anak dia pun dah besaq, berjalan dah pun dan S aku tengok, makin berisi skit, ceria dan tak lekang dengan senyuman. Untung laki dia dapat S yang makin lama makin cantik, segak dan lawa.

Sampai la ni laki dia tatau pasai cubaan S untuk membunuh diri hari tu. S buat sengap dan aku pun buat sengap sbb S tak mau aku habaq kat laki dia.

Biasanya bab bunuh diri ni aku baca dari paper, tengok dalam berita, dalam YouTube tak terpikiaq plak sahabat aku sendiri ada upaya nak buat cubaan bunuh diri.

Sadis no?

Friday, June 8, 2007

Bau Masam

Hangpa pernah dak tercium bau yang tidak enak dihidu ataupun terhidu bau yang boleh membuatkan hangpa termuntah atau hilang selera makan 1 hari?

Inilah pengalaman hidup kita selama ini dimana bermacam-macam bau yang kita boleh hidu, yang sedap mau pun yang sebaliknya. Semua bau tersebut mewakili setiap benda hidup yang ada di muka bumi Allah ini.

Apa yang aku nak ceghita ni adalah berkenaan bau badan manusia yang masam. Bukan sebab dia tak mandi tapi sebab pakaian yang dipakai tu, pakaian yang sudah dipakai dan tidak berbasuh. Bayangkanlah bau masam yang tersembunyi didalam baju atau seluaq atau seluaq dalam orang yang memakainya.

Bau masam ni kalau terhidu atau tercium memang boleh buat kita hilang selera nak makan atau boleh buat kita pening sat. Baik lelaki ka, perempuan ka, kalau baju tu tak basuh, memang akan keluaq aroma bau masam ni.

Bau masam ni tak semestinya mai dari oghang lelaki saja, oghang pompan pun kalau pakaian luaq dalam tak berbasuh akan keluaq gak bau masam kepam alakazam ni. Aku pernah sekali pi gym untuk keluaq peluh skit, aku pi belah malam la. Sebelah aku ni awek lawa la, bau pun sikit punya harum dok ada. Biasa la naluri jantan aku yang agak gatai ni mula la dok bukak lubang hidung besaq-besaq nak hidu bau awek ni. Mula-mula tu wangi yang amat la.

Lepas beberapa minit duk berlari ataih treadmill tu, awek sebelah aku ni mula mengeluarkan bau. Tu dia! Bau masam kepam kejam alakazam sungguh dirasakan. Badan aku mula lemah bila tercium bau masam awek sebelah aku ni. Yang hairannya, mula-mula wangi, bila lari dalam tak sampai 5 minit, bau masam dah keluaq. Punya la aku rasa nak muntah time tu jugak.

Dulu ada sekali aku jogging ataih treadmill jugak, mai soghang awek, belum berlari lagi dah bau masam dah! Tu yang aku hairan, pasai apa tak lari lagi, peluh tak dan nak keluaq bau dia dah masam? Ni mesti ada part pakaian dia yang tak berbasuh atau memang badan dia bau masam kot.

Yang ni lagi kuat bau dari awek yang mula-mula tu pasai dia belum lari lagi dah bau masam gila punya kuat!

Yang lelaki plak 2 oghang aku jumpa. Masa nak pi sembahyang jumaat tadi la, bila aku lalu sebelah mamat ni, tu dia bau masam, macam 2,3 hari tak mandi!

Lelaki yang kedua plak, bila nak ambik ayaq sembahyang, aku ambik sebelah dia, sekali bau dia masam alakazam la pulak! Tatau aku pasai apa depa ni tak terhidu bau masam yang keluaq dari badan dan pakaian depa ni. Tak kan hidung depa tersumbat kot? Tak kan la hang tak dak bau masam sedikit pun? Aku tahu la mungkin hang dah biasa dengan bau badan hang sampai orang sebelah nak pitam pun hang tak sedaq tapi bubuh la deodarant skit, bubuh la minyak wangi skit, minyak atar ka, lagi baguih, dapat pahala.

Pasai apa dok biaq bau masam hang tu sampai boleh menganggu ketenteraman oghang lain? Awat dok biaq lagu tu? Time nak jumpa awek, sikit punya kuat bau sampai kalah pokok Harum Sundal Malam tapi bila tak jumpa awek, tu dia aih! Bau masam boleh buat orang pitam!

Kalau tak mampu beli minyak wangi mahai-mahai, yang mughah ada, tak sampai RM20 pun ada. Pewangi ketiak aka deodarant pun la ni banyak yang dok ada bawah RM10. Beli la satu. Kasut baju mahai-mahai hang boleh beli, pewangi ketiak hang yang masam murah sangat tu hang tak mampu beli?

Sanggup no hang pi sembahyang jumaat dengan bau masam kepam alakazam kejam? Tolonglah jaga sikit pencemaran dunia ni, dah la bumi la ni nazak, hang plak pi tambah pencemaran dengan bau hang yang masam tu?

Penin aku!

Hantu Punya Oghang!

Minggu lepaih aku ada pi training selama 5 hari di Subang. Aku kenai la mamat ni sebab dia trainer aku dan 4 oghang lagi opismate aku. Dalam masa 5 hari aku kenai mamat ni, nampak gaya dia memang baik la. Baguih punya oghang dan hot bachelor la pada pandangan aku sebab rupa ada, harta pun ada.

Pada hari terakhir kursus tu, dia ada offer la kat kami 4 biji laptop baru dengan harga yang memang diluar batasan Court's Mammoth. Sen Q pun kalah tengok harga laptop yang mamat ni offer kat aku. Harga dia yang aku boleh cakap bawah seribu la. Brand tu memang famous la. Dengan tak pikiaq panjang aku terus la confirm dengan mamat ni sebab laptop ni mmg famous dan dengan warranty 3 tahun, bertambahlah aku punya kondifen(confident).

Jumaat, aku buat deal dengan mamat ni, masuk duit 50% dalam akaun kawan dia yang dia kata akan bawak laptop ni dari utara. Kira 50% lagi aku akan bayaq malam tu jugak masa nak ambik laptop dari mamat managing director kat company dia sendiri. Dia kata kawan dia akan sampai pukoi 8 malam dari utara.

Petang tu aku tunggu punya tunggu, kawan dia tak sampai-sampai. Kebetulan plak aku nak balik kampung, tak sempat la nak ambik laptop tu belah malam. Dia tak kisah dan kata boleh ambik bila-bila. Aku tanya dia selasa, dia ada kat pejabat dia dak? Dia kata ada, jadi aku habaq kat dia aku mai ambik laptop tu selasa kat opis dia dlm 4pm lebih.

Sebelum tu dalam hari sabtu aku dah tanya, laptop sampai dak? Dia kata sampai tapi dia ambik 3 sebab 1 laptop tu dia tak ambik sebab kotak dah terbukak. So, kiranya aku nak mai ambik hari selasa la ni.

Bila aku rasa macam aku tak dan nak ambik petang selasa tu, aku change nak ambik belah malam pulak. Dia kata better ambik malam, aku ok je la. Selasa malam tunggu punya tunggu, dia kata dia kat Kuala Selangor la pulak! Hujan lebat, jalan jammed, lepas tu aku tanya lagi, dia kata ada heavy accident kat Batang Berjuntai, jalan jammed, slow gila.

Last-last dia kata dia terpaksa berhenti sebab tak larat nak drive dan habaq kat aku nak mai opis aku hari rabu keesokkan harinya. Dia kata dia wajib datang sebab takut aku pukoi dia, tau takut tapi dok buat liat dengan aku. Dia kata pukoi 1 sharp dia akan datang, dia akan mai hantaq laptop tu sebelum pukoi 2.

Tunggu punya tunggu, pukoi 2, pukoi 3, pukoi 4 tak sampai-sampai jugak. Dia ada gak kata dia on the way nak mai tapi tipu sungguh, mana ada mai pun.

Semalam dia SMS aku, habaq dia mintak maaf dan akan call, refund duit dan terangkan kat aku pasai apa jadi kalut macam ni. Kesudahannya dia tak call aku dan duit aku pun sampai saat aku tulis ni pun memang tak dak.

Hantu punya oghang!

Posiang

Sapa tau apa itu 'Posiang?' Oghang utara mesti tau apa itu 'Posiang'. Maknanya disini kusut masai dan kebiasaannya digunakan untuk menyatakan keadaan rambut seseoghang yang kusut masai. Rambut yang tidak terurus, gerbang macam Maya Karin dalam PHSM atau Azean Irdawaty dalam Waris Jari Hantu.

Biasanya oghang pakai 'Posiang' ni untuk menyatakan perihal rambut oghang perempuan la. Jarang sangat oghang pakai untuk menyatakan perihal rambut lelaki. Ni yang buat aku terpikiaq ni sebab pasai apa 'Posiang' ni tidak boleh digunakan untuk menyata atau menerangkan tentang perangai seseorang. Maksudnya disini, perangai yang kusut masai, perangai yang tak tentu hala, kepala tak betoi, cakap tak betoi, jadi, boleh la kita kata; "Perangai hang ni posiang la!" Maksudnya, "Perangai hang ni kusut masai la..."

Ni yang aku nak ceghita pasai perangai kawan aku ni, perangai posiang kawan aku, perempuan la, ceghita pasai lelaki buat apa, tak seronok, cerita pasai perempuan la orang nak baca, ada orgy skit.

Sebenaqnya kawan aku ni dah kawin, anak 2, sepasang tapi perangai dia posiang la sebab laki dia dok habaq kat aku bini dia ni bila kat ghumah manjang cakap mengarut. Aku tanya laki dia mengarut macam mana? Laki dia ni pun kawan aku jugak, kami belajaq(menghabiskan duit kerajaan) di ITM Shah Alam bersama-sama. Laki dia kata, bini dia ni, J (bukan nama sebenaq) suka cakap merapu. Lain laki dia tanya, lain dia jawap, sama la bila anak-anak dia tanya pun, dia jawab lain.

Jawapan kawan aku J ni, boleh buat orang nganga, langut tunggu masuk lalat atau nyamuk. Misalnya, bila anak dia habaq kat dia nak pi kedai beli ais krim, dia boleh pi kata kat anak dia, beli saiz 34B sama no! Dia boleh pi habaq kat anak dia pi beli bra kat kedai runcit? Tu yang laki dia dok risau tu sebab anak laki dia dok tanya; "Bah! Apa yang istimewanya saiz 34B ni bah?""Mama selalu cakap lagu tu"

Laki dia ni risau la sebab J merapu sampai tangga tu, kadang tu benda luaq ruang angkasa bumi pun dia jawab, pluto la, marikh la, musytari la. Kira pelik habis la jawapan kawan aku J ni.

Bila ada peluang aku telefon la member aku J ni, tanya dia; "Awat perangai hang ni posiang sangat?" J dengan suara tatau apa, tanya aku balik; "Perangai posiang?" Dia pantas jawab; "Mana oghang guna posiang untuk perangai oghang, posiang ni untuk rambut, rambut posiang"

Aku habaq la kat dia, perangai posiang ni perkataan baru rekaan aku nak samakan perangai manusia dengan rambut, kusut masai. Perangai kusut masai. J tanya aku balik, pasai apa hang kata perangai aku kusut masai? Aku pun habaq la kat dia, pasai laki dia dok ceghita kat aku pasai benda-benda yang berlaku dalam ghumah dia.

J macam tak puas hati, bengang skit la sebab laki dia dok kecoh sana sini, jom heboh heboh, jom heboh...jom heboh heboh. Aku habaq la yang aku ni kawan baik dia dan laki dia, dah macam adik beradik, mak bapak J dan mak bapak laki J aku kenai, boleh lepak minum teh tarik sama sama, boleh sembang macam anak dengan mak bapak. J dengaq aku cakap lagu tu teruih diam, dia mintak maaf kat aku.

Aku tanya dia pasai jadi merapu macam tu sekali? Korek punya korek, gali punya gali, pusing sana pusing sini, pulaih sana pulaih sini, tup tup, tahulah aku pasai apa J jadi lagu tu.

Rupanya J pressure kat tempat kerja. Kerja banyak, boss dia plak mulut mengalahkan Donkey dalam Shrek, biasa la boss perempuan, dok pressure dia buat kerja. Untuk makluman hangpa, J ni kerja kat agensi pengiklanan, buat copywriting dan marketing sekali, jadi, banyak benda dia nak kena handle. Bukan setakat dok menulis copywriting saja, client pun dia nak kena jumpa bila ada meeting atau presentation. Biasa la kerja advertising ni, kerja memang pressure gila. Aku masa belajaq dulu pun praktikal sebulan kat advertising firm pun hidup dah tak betoi, ni kan pulak J, seorang perempuan, ada keluarga dan kerja di situ lebih 5 tahun.

Kira dia ni macam senior jugakla kat agensi tu, pasai tu kot boss dia banyak pressure dia sbb percaya kat dia. Banyak benda dia nak kena jaga, nak kena tengok.

So, J buat pengakuan kat aku, dia terpaksa pakai 'meth', nak kasi badan dia tahan dan tak stress. Dia habaq kat aku dah 18 bulan dia dok pakai benda ni. Meth ni sebenaqnya
'methamphetamine', jenis dadah yang sama digunakan Mazidul Akmal Sidek, 999 tu la. Dadah jenis ni kata J, boleh buat dia tahan stress dan letih, badan dia akan jadi tahan lasak, buat kerja boleh bagi tumpuan 200%. Tu kata J la, aku dengaq ja la sebab aku bukan tau apa sangat pasal meth ni selain aku tau meth ni dadah la dan benda ni boleh makan otak kita sampai boleh jadi gila.

Betoi apa? Bukan setakat meth, semua jenis dadah akan merosakkan otak, tu yang sampai sembelih bapak dalam masjid tu, yang tu syabu. Yang bunuh adinda Sultan pahang tu pun, anak dia hisap dadah jugak, tu yg otak tak betoi tu. Pendek atau panjang kata, dadah ni merosakkan otak hangpa.

So, aku nasihatlah J lebih kurang sebab aku anggap J ni macam adik aku sendiri, sedih jugak la sebab dia terpaksa guna meth untuk kerja dia yang agak mencabar tu. Aku nasihat dia tukaq kerja, buat kerja senang sikit sudah la, kerja gomen ka, kerja bank ka, sebab latarbelakang kerja J ni memang hebat. Antara ramai perempuan yang aku jumpa, dia kerja kat banyak tempat hebat. Kira kemaih jugak la J ni tapi bila tanggungjawab bertambah di rumah dan pejabat dia jadi stress, penat 24 jam. Tu yang dia ambik meth tu.

J janji dengan aku, dia akan cari kerja lain sebab dia pun kesian gak kat laki dan anak-anak dia. Hidup pun dah terumbang-ambing macam dalam kapai Jack Sparrow. Minggu ni aku dapat tahu dari laki dia, J dah pi interview kat tempat lain. 2 minggu lagi mungkin ada 1 lagi interview. Alhamdulillah, baguih la lagu tu. Lapang dada aku.

Orait dak kalau aku pakai ayat; "Awat perangai hang posiang sangat?"

Thursday, June 7, 2007

Awat Tak Tegoq?

Walaupun harga minyak sudah lama naik tetapi sehingga sekarang ini masih lagi ada orang yang dok kutuk kerajaan sebab harga lain-lain barang juga naik. La ni heboh pasai tepung naik harga, roti canai naik harga, roti kecik harga sama, ayaq suam pun naik, ayaq tak suam pun naik, ayaq dalam kepala pun naik. Pendek kata semua ayaq naik, ayaq bah pun naik baru ni di Jalan Travers dan Bangsar.

Masa kerajaan umum naik harga minyak hari tu ramai gila orang pakat duk maki, kutuk, caci dan piket kat kerajaan pasai naikkan harga minyak. Bila tol pulak naik, lagi la orang makin ramai yang maki, kutuk, caci dan piket kat kerajaan. Sampaikan ada yang sanggup bawak anak yang tidak sihat berpiket di serata tol di Lembah Klang semata-mata meraih simpati kerajaan supaya menurunkan balik harga tol. Sanggup kena pukui dengan FRU, sanggup masuk lokap, sanggup keluaq darah semata-mata menuntut supaya kerajaan menurunkan balik harga tol.

Pendek kata, apa sahaja yang tak betoi pada pandangan depa ni, semua akan kena maki, kutuk, caci dan piket oleh depa-depa yang tak puas hati ni. Tetapi pernahkah kita terfikir bila kawan, anak, anak saudara, sepupu, kawan sepejabat, jiran atau sapa saja yang kita kenai buat salah pada agama kita tegoq? Tak dak la aku mintak hangpa pi
maki, kutuk, caci dan piket kat kawan-kawan hangpa tu tapi aku nak tanya awat tak tegoq?

Sebagai contoh, aku ambik kes seorang anak yang tak sembahyang tetapi langsung tidak ditegoq mak bapak dia. Si bapak ni tok sah kira la dengan dia punya kepembangkangan dia ni. Mana-mana ada ada ceramah bulan purnama, dia akan pi tapi bila tang anak tak sembahyang, dia buat pejam sebelah mata, dia buat pekak telinga saja. Awat jadi lagu tu? Hang bapak, anak hang tak sembahyang, hang boleh tak buat apa? Dok buat bodo saja ka yang hang tau?

Hang punya la hebat dok
maki, kutuk, caci dan piket kat kerajaan, ni tak betoi, tu tak betoi, semua tak betoi, hang betoi, tapi bila kena kepala hang, anak tak sembahyang, anak dara hang tak tutup aurat, hang boleh buat bodo? Hang boleh buat sengap? Benda berlaku depan mata hang, tak kan hang dok sengap lagu tu ja? Kalau tang kerajaan tak betoi, tak cukup tanah hang pi ligan sana sini tapi bila tang anak hang tak ikut perintah Allah, hang boleh buat sengap?

Begitu jugalah bila kawan-kawan hang tak sembahyang, hang boleh buat sengap no? Pasai apa jadi lagu tu? Pasai apa sengap? Awat tak tegoq? Sama la anak ka, bini ka, sepupu ka, sedara ka, awat tak slow-slow tegoq? Pasai apa buat sengap? Ka hang ikut tagline Walls kot, hidup biar sengap?

Perihal 'S.O.B' dan 'Anjing'

Salamm 'alaykum

Permulaan untuk Pekasam.blogspot.com memulakan pengarutannya, bukan mencarut ya, jangan salah faham. Sebenarnya lama gak aku dok pikaq apa nama nak pakai untuk blog aku yang baru ni, maklumlah sekarang ni banyak sangat blog-blog yang dihasilkan tanpa kawalan, tumbuh bagai cendawan lepas hujan lebat melanda Bangsar tempohari.

Blog 'Pekasam' ni sebenarnya aku nak cerita perihal asam garam kehidupan aku dan manusia disekeliling aku serta tokok-tambah sikit ehwal semasa. Kira macam jurnal la ni atau pun diari hidup la tapi diari aku ni takde rahsia-rahsia, terus sebaq seantero dunia untuk sesiapa yang nak baca. Tak nak baca kalu, aku tak boleh buat hapa sebab hangpa punya mata, hangpa punya masa, hangpa punya PC dan hangpa punya internet. Aku tak paksa baca dan aku tak mau hangpa terpengaruh dengan apa-apa yang aku tulis kat Pekasam ni sebab apa yang aku tulis adalah kejadian sebenar atau apa yang aku dan manusia sekeliling aku fikir.

Untuk post aku yang pertama ni, aku nak sembang sikit pasai perihal anjing dan S.O.B ni. Benda ni keluaq dari benak kepala otak aku bila aku dok tengok cerita 24, twenty four la bukan dua puluh empat, lakonan Kiefer Sutherland dan awek pujaan baru aku, Marisol Nichols (Nadia Yassir yuhu!) aku terfikir bila ada satu adegan tu Jack Bauer memaki bapak dia, Phillip Bauer lakonan James Cromwell, dengan perkataan 'Son of Bitch' atau singkatannya SOB.

Terfikir gak aku bila Jack maki macam tu sebab yang dia maki tu bapak dia, dan bila dia kata bapak dia anak wanita jalang (bitch), tidakkah Jack Bauer terfikir yang dia mengatakan nenek dia sendiri sebagai wanita jalang yang melahirkan bapak dia dan tidakkah dia terfikir lagi yang dia sendiri keturunan wanita jalang? Memanglah watak dalam cerita tu rekaan semata tetapi jika kita fikirkan balik realiti dialog yang mat salleh biasa guna ni rasa macam tak kena plak.

Maknanya disini Jack Bauer adalah keturunan wanita jalang, sebab dia kata bapak dia anak wanita jalang, jadi, jika Jack anak bapak dia, dia pun keturunan wanita jalang la? Pelik dak?

Pelik ada, lawak pun ada tetapi itulah realiti sebenarnya dialog-dialog dalam cerita mat salleh la ni.

Satu lagi aku baru terperasan bila dalam satu dialog cerita CSI: Vegas (Detektif Sofia Curtis
!!!! yuhu! (lakonan Louise Lombard), ada dalam perbualan yang diucapkan, seorang awek ni kata mamat tu perangai macam anjing, lebih kurang macam tu la maksud dia. Hairan gak aku sebab, mat salleh ni dengan anjing ibarat Laila Majnun, tak boleh dipisahkan, tak boleh direnggangkan. Depa ni kalau bela anjing kebanyakkan jaga anjing tu dengan baik dan sempurna.

Dengan rumah anjing, tempat tidur anjing, bagi makan dalam rumah, berak kat pangkal pokok dan macam-macam lagi lah sampaikan siap buat baju bagi anjing dia pakai. Sayangnya depa mat salleh ni pada anjing sampaikan macam tu sekali tapi bila bab kutuk orang lain depa sama tarafkan dengan ajing? Pelik sungguh la depa ni, sayang anjing bagai nak rak tapi bila maki atau kutuk orang, depa sama tarafkan dengan anjing lah pulak?

Pelik bin ajaib dak kalau hangpa pikiaq? Suka dan sayang anjing bagai nak rak tapi bila maki orang, depa rendahkan manusia sama tinggi dengan anjing, macam anjing tu binatang yang buruk perangai dan tingkahlakunya. Padahal binatang lain pun buruk perangai. Contohnya ayam, kalau naik atas tangga, mesti nak jugak berak atas tangga. Kucing pun sama, silap-silap kereta kita kena pancut dengan dia. Burung pun sama, time nak berak bukan dia tengok pun bawah dia ada orang ka dak. Betoi dak?

Jangan hangpa tak tau ada anjing masuk syurga apa? Salah satunya anjing al-Kahfi dengan 7 orang pemuda tu kan? Haaa...anjing pun masuk syurga, kita pun tak tau lagi macam mana.

Pendek kata kalau kita nak maki ka, kutuk ka, kena pikiaq balik la sebab sebenaqnya apa yang kita kutuk tu adalah ciptaan tuhan dan secara tidak langsung kita juga kutuk penciptanya jugak, iaitu Allah. Nak kutuk orang pun, skit-skit dah la, jangan la lebih-lebih sampai. Buruk mana muka dia pun, Allah yang jadikan, Allah yang cipta, jadi janganlah kutuk ciptaan Allah.

Ingat sama kita pun ciptaan Allah juga.