Sapa tau apa itu 'Posiang?' Oghang utara mesti tau apa itu 'Posiang'. Maknanya disini kusut masai dan kebiasaannya digunakan untuk menyatakan keadaan rambut seseoghang yang kusut masai. Rambut yang tidak terurus, gerbang macam Maya Karin dalam PHSM atau Azean Irdawaty dalam Waris Jari Hantu.
Biasanya oghang pakai 'Posiang' ni untuk menyatakan perihal rambut oghang perempuan la. Jarang sangat oghang pakai untuk menyatakan perihal rambut lelaki. Ni yang buat aku terpikiaq ni sebab pasai apa 'Posiang' ni tidak boleh digunakan untuk menyata atau menerangkan tentang perangai seseorang. Maksudnya disini, perangai yang kusut masai, perangai yang tak tentu hala, kepala tak betoi, cakap tak betoi, jadi, boleh la kita kata; "Perangai hang ni posiang la!" Maksudnya, "Perangai hang ni kusut masai la..."
Ni yang aku nak ceghita pasai perangai kawan aku ni, perangai posiang kawan aku, perempuan la, ceghita pasai lelaki buat apa, tak seronok, cerita pasai perempuan la orang nak baca, ada orgy skit.
Sebenaqnya kawan aku ni dah kawin, anak 2, sepasang tapi perangai dia posiang la sebab laki dia dok habaq kat aku bini dia ni bila kat ghumah manjang cakap mengarut. Aku tanya laki dia mengarut macam mana? Laki dia ni pun kawan aku jugak, kami belajaq(menghabiskan duit kerajaan) di ITM Shah Alam bersama-sama. Laki dia kata, bini dia ni, J (bukan nama sebenaq) suka cakap merapu. Lain laki dia tanya, lain dia jawap, sama la bila anak-anak dia tanya pun, dia jawab lain.
Jawapan kawan aku J ni, boleh buat orang nganga, langut tunggu masuk lalat atau nyamuk. Misalnya, bila anak dia habaq kat dia nak pi kedai beli ais krim, dia boleh pi kata kat anak dia, beli saiz 34B sama no! Dia boleh pi habaq kat anak dia pi beli bra kat kedai runcit? Tu yang laki dia dok risau tu sebab anak laki dia dok tanya; "Bah! Apa yang istimewanya saiz 34B ni bah?""Mama selalu cakap lagu tu"
Laki dia ni risau la sebab J merapu sampai tangga tu, kadang tu benda luaq ruang angkasa bumi pun dia jawab, pluto la, marikh la, musytari la. Kira pelik habis la jawapan kawan aku J ni.
Bila ada peluang aku telefon la member aku J ni, tanya dia; "Awat perangai hang ni posiang sangat?" J dengan suara tatau apa, tanya aku balik; "Perangai posiang?" Dia pantas jawab; "Mana oghang guna posiang untuk perangai oghang, posiang ni untuk rambut, rambut posiang"
Aku habaq la kat dia, perangai posiang ni perkataan baru rekaan aku nak samakan perangai manusia dengan rambut, kusut masai. Perangai kusut masai. J tanya aku balik, pasai apa hang kata perangai aku kusut masai? Aku pun habaq la kat dia, pasai laki dia dok ceghita kat aku pasai benda-benda yang berlaku dalam ghumah dia.
J macam tak puas hati, bengang skit la sebab laki dia dok kecoh sana sini, jom heboh heboh, jom heboh...jom heboh heboh. Aku habaq la yang aku ni kawan baik dia dan laki dia, dah macam adik beradik, mak bapak J dan mak bapak laki J aku kenai, boleh lepak minum teh tarik sama sama, boleh sembang macam anak dengan mak bapak. J dengaq aku cakap lagu tu teruih diam, dia mintak maaf kat aku.
Aku tanya dia pasai jadi merapu macam tu sekali? Korek punya korek, gali punya gali, pusing sana pusing sini, pulaih sana pulaih sini, tup tup, tahulah aku pasai apa J jadi lagu tu.
Rupanya J pressure kat tempat kerja. Kerja banyak, boss dia plak mulut mengalahkan Donkey dalam Shrek, biasa la boss perempuan, dok pressure dia buat kerja. Untuk makluman hangpa, J ni kerja kat agensi pengiklanan, buat copywriting dan marketing sekali, jadi, banyak benda dia nak kena handle. Bukan setakat dok menulis copywriting saja, client pun dia nak kena jumpa bila ada meeting atau presentation. Biasa la kerja advertising ni, kerja memang pressure gila. Aku masa belajaq dulu pun praktikal sebulan kat advertising firm pun hidup dah tak betoi, ni kan pulak J, seorang perempuan, ada keluarga dan kerja di situ lebih 5 tahun.
Kira dia ni macam senior jugakla kat agensi tu, pasai tu kot boss dia banyak pressure dia sbb percaya kat dia. Banyak benda dia nak kena jaga, nak kena tengok.
So, J buat pengakuan kat aku, dia terpaksa pakai 'meth', nak kasi badan dia tahan dan tak stress. Dia habaq kat aku dah 18 bulan dia dok pakai benda ni. Meth ni sebenaqnya 'methamphetamine', jenis dadah yang sama digunakan Mazidul Akmal Sidek, 999 tu la. Dadah jenis ni kata J, boleh buat dia tahan stress dan letih, badan dia akan jadi tahan lasak, buat kerja boleh bagi tumpuan 200%. Tu kata J la, aku dengaq ja la sebab aku bukan tau apa sangat pasal meth ni selain aku tau meth ni dadah la dan benda ni boleh makan otak kita sampai boleh jadi gila.
Betoi apa? Bukan setakat meth, semua jenis dadah akan merosakkan otak, tu yang sampai sembelih bapak dalam masjid tu, yang tu syabu. Yang bunuh adinda Sultan pahang tu pun, anak dia hisap dadah jugak, tu yg otak tak betoi tu. Pendek atau panjang kata, dadah ni merosakkan otak hangpa.
So, aku nasihatlah J lebih kurang sebab aku anggap J ni macam adik aku sendiri, sedih jugak la sebab dia terpaksa guna meth untuk kerja dia yang agak mencabar tu. Aku nasihat dia tukaq kerja, buat kerja senang sikit sudah la, kerja gomen ka, kerja bank ka, sebab latarbelakang kerja J ni memang hebat. Antara ramai perempuan yang aku jumpa, dia kerja kat banyak tempat hebat. Kira kemaih jugak la J ni tapi bila tanggungjawab bertambah di rumah dan pejabat dia jadi stress, penat 24 jam. Tu yang dia ambik meth tu.
J janji dengan aku, dia akan cari kerja lain sebab dia pun kesian gak kat laki dan anak-anak dia. Hidup pun dah terumbang-ambing macam dalam kapai Jack Sparrow. Minggu ni aku dapat tahu dari laki dia, J dah pi interview kat tempat lain. 2 minggu lagi mungkin ada 1 lagi interview. Alhamdulillah, baguih la lagu tu. Lapang dada aku.
Orait dak kalau aku pakai ayat; "Awat perangai hang posiang sangat?"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment