Monday, June 25, 2007

Ini Ada Satu Ceghita

Salam Pekasam semua, pahabaq?

Pagi semalam aku sempat makan bersama seorang kenalan lama yang rapat semasa di UiTM, satu kolej Jati, bersarapan di Hassan Cafe.

Aku bagi singkatan H la, satgi nak guna senang skit. Si H ni ada tanya aku pasai satu permasalahan keluarga dia. Buat pengetahuan hangpa semua, si H ni anak ke-3 dalam family dia yang ada 5 beradik (2 perempuan 3 lelaki). Dia ada 2 kakak dan 2 adik lelaki. Umoq H ni baya aku la, lahir tahun 1972, dah kawin anak soghang, perempuan.

H habaq kat aku, dia dah lama tak balik kampung sebab konfrontasi skit dengan mak dia. Aku terkejut jugak la mula-mula tu sebab bab-bab mak ni aku habaq awai-awai, jangan buat main. Syurga bawah tapak kaki mak hang, aku habaq kat dia.

Dia habaq kat aku, hang kena dengaq dulu ceghita aku ni lepaih tu hang kata la apa pun nak kata tapi dengaq dulu my side of story kata H mengasam kan bahasa utagha dan mat salleh.

H ada mak ada ayah lagi. Kakak dia 2 oghang dah pun kawin, yang sulung ada 4 oghang anak, kakak dia nombor 2 pun dah kawin, ada anak 3. Adik lelaki yang bawah dia pun dah kawin, anak 2 dan adik bongsu dia tak kawin dan tak keja lagi tapi umoq dah dekat 28.

Sebenaqnya H habaq kat aku dia memang dah lama simpan hati kat mak dia. Tak puas hati la sebab dia macam rasa tersisih sedangkan adik-beradik dia dapat apa yang depa nak. Dia ada bagi banyak contoh, antaranya;

i) Masa dia sekolah menengah, dia ada mintak mak dia belikan motor kapcai 2nd hand untuk ulang alik pi sekolah sebab H habaq dia memang aktif kat sekolah. Pagi petang nak kena pi ulang alik. Pagi belajaq petang dia berlatih hoki untuk sekolah. Motor kapcai masa tu busuk-busuk pun dia kata dalam RM500 boleh dapat, tahun 80an tapi mak dia buat sengap. Sikit pun tak kata apa tambah lagi ligan dia 1 rumah sebab mintak lebih-lebih.

ii) Yang jadi dia tak puaih hati ni sebab bila kakak dia yang sulung tu mintak mak dia beli keta, masa tu proton saga aeroback, mak dia sanggup berhutang RM10K untuk belikan keta baghu kat kakak sulung dia yang bakal jadi doktor. Kes ni jadi dulu, baru la lepaih tu H mintak mak dia belikan motor.

iii) Kes yang ke-3 ni kira berat sebelah jugak la. Mak H ni memang susah nak mai rumah dia di KL ni, sedangkan rumah 2 oghang kakak dia di Manjung dan Selama Kedah mak dia selalu pi terutama kakak dia yang sulung tu. Laki kakak dia yg sulung tu keja navy, selalu outstation, so, selalu la mak dia pi Manjung.
Kira sepanjang H duk KL ni lebih 6 tahun ada rumah sendiri, baghu 2 kali mak dia mai melawat dia. Ayah dia memang tak mai melawat la sebab kena jaga ghumah.

Yang lebih H terasa bila bini H bersalin, mak dia tak mai pun melawat menantu dia yang baghu bersalin sedangkan bila kakak-kakak H bersalin, mak dia pi atau jaga di kampung. Kampung H di negeri budu campuq asam memang sedap. Kelantan.

Sampaikan bini adik lelaki H bersalin pun mak dia pi, adik lelaki dia pi kursus pun mak dia pi, jaga menantu. Padahal masa tu bini adik lelaki H, mak dia memang tak suka. Tak suka sebab perangai menantu dia la yang teruk bukan pasai mak H teruk ka apa.

Alasannya mak H kata, adik lelaki dia mintak jaga dan H tak mintak jaga padahal H habaq kat aku, masa bini dia lepaih bersalin tu, dia telefon mak dia habaq dapat cucu baru tapi mak dia tak kata pun nak mai ka apa. Dah la masa bersalin tu H handle soghang-soghang tu yang buat dia terasa.

iv) H tambah lagi setiap kali dia balik, mak dia selalu dok ceghita buruk pasai ayah dia, ni tak kena tu tak kena, pendek kata serba serbi tak kena. Sampaikan H meluat nak dengaq pasal ceghita mak dia tu.

Nak jadikan ceghita besaq pulak, adik lelaki dia yang bongsu tu dah la tak keja, nak beli keta Satria GTi 2nd hand la pulak. Tang ni lagi H tak setuju sebab dah la tak keja, duit tak tau mai kot mana, nak buat loan pakai nama kakak H yang no 2 tu. Yang kakak H ni pulak bagi.

Disebabkan H ni kerja bank, dia tau la pasal loan keta ni. Memang banyak sangat la berlaku pasal adik beradik apply loan keta lepaih tu tak bayaq sampai adik-beradik tak tegoq sapa. Pasai bil handphone pun boleh gaduh apa lagi loan keta. H ni mati-matian la mintak kakak dia kensel loan tu tapi kakak dia selamba ja bagi. Bila H cuba cakap dengan mak dia, mak dia lagi la sengap. Jenih biaq pi la dia nak buat apa.

Adik bongsu si H ni satu masalah jugak. Dah la jenih tak semayang. Sampai hari jumaat pun duduk sengap ja dalam bilik. H habaq lagi, kalau dia balik, dia kejut la adik dia bangkit pi jumaat tapi dia tanya aku, bayangkan kalau dia tak balik kampung, berapa jumaat adik dia tak pi?

Adik H ni, H sendiri pun tak tau apa dia keja. Mak H habaq, adik bongsu dia, keja tolong kawan meniaga bundle dan ada saham sikit dalam kerja kontrak tapi malam keluaq dan tidoq bila nak masuk subuh. Tu yg tidoq sampai 2,3 petang tu kalau oghang tak kejut.

Nak jadikan ceghita, H telepon la ayah dia. Masa tu la ayah dia story habis pasai apa la ni ayah dengan mak dia renggang dan dengan adik bongsu dia pun ayah dia tak bercakap. Rupanya ayah dia terasa hati pasai masa adik bongsu dia nak beli motor, mak dia pinjam duit kakak dia yang sulung, beli motor, bukan kapcai, EX5 ka apa tapi RXZ. Kes ni pun H terasa sebab time dia dulu nak mintak beli motor 2nd hand pun sampai kena ligan.

Masa nak beli tu mak H tak bincang apa dengan ayah dia macam ayah dia tu tak wujud, buat tak tau. Sampaikan la ni pun mak dia tak pernah buat ayaq atau sarapan kat ayah dia kecuali bila ada anak cucu balik kampung. Kalau dak memang tak buat la.

Pasai apa jadi lagu tu H tak tau tapi yang H tau, ayah dia layan mak dia teruk sebab mak H buat ayah dia lagu tu dulu. Kiranya mak H la yang start perangai. Buat laki dia tu macam tak wujud dan tak dak control dalam keluarga.

Bila H tau pasai benda ni makin bertambah la terasa hati kat mak dia. Kes beli keta kakak dia, beli motor adik dia, pasai tak melawat bini dia dan yang paling dia terasa, layanan mak pada ayah dia.

Aku sengap ja la masa tu tapi tiba tang bab dia terasa tu, aku ada tanya dia, hang ada kira dak berapa kali mak hang terasa dengan hang? Dia kata ada, banyak tapi kalau dia rasa dia ada buat salah, dia mintak maaf cepat-cepat atau setiap kali dia telefon, dia akan mintak maaf sebelum hang up.

Aku pikiaq balik, aku pun tak dak buat lagu tu, H buat, baguih jugak sedangkan mak dia bila buat salah dengan dia, tak pernah pun nak mintak maaf atau slow talk atau pujuk balik. Ego mak kot no?

Banyak lagi la dia habaq tapi bila aku tanya balik dia jawap dan dia sentiasa ada hujah sampai aku takleh nak kata apa dah. Dia cakap semua betoi dan benda yang paling besaq dia habaq, dalam family dia la ni tak dak hormat.

Bini tak hormat laki, mak dia dengan ayah dia la. Anak tak hormat ayah, kes adik bongsu dengan ayah dia. Kes laki kakak sulung dia ada affair dengan perempuan lain. Kes bini adik lelaki dia yang tak hormat oghang tua dan macam-macam lagi .

H kata lagi, dia bukan nak riak la yang family dia takdak masalah tapi so far H laki bini memang hidup harmoni tak dak affair dengan sapa-sapa. Semua family adik beradik dia ada masalah sedangkan dia tak dak. Betoi jugak aku kata tapi bila tengok layanan mak dia, aku pelik pasai apa mak H layan dia macam oghang asing?

Penat taip weh, hangpa bagi komen dulu la. Kalau tak paham aku sambung lain.

8 comments:

Suraya said...

tak best la kalo cite masalah keluarga sendiri kat org, but i understand how H feels. I was in the same situation. but tuhan tu kan adil. lagipun tuhan sekrg main bayar cash je, tak tunggu akhirat.

Manusia Pekasam said...

Salam Pekasam Lil' Miss Easydent,

H was like close friend to, like, very very darn close. Met his parent few times and stayed kat kampung dia beberapa kali.

Tak sangka plak family dia bleh turn jadi macam ni. Before this ok je.

ZABS said...

Keadilan bukan bermakna, semua akan dapat sama rata. Lelaki dan perempuan takkan dapat baju yang sam misalnya. Yang tinggi pelajaran tentu tak perlu bantuan seperti yang masih tak ada kerja tetap. Menantu perempuan dan menantu lelaki tentu dapat layanan yang yang berbeza dan seumpamayna. H harus bersyukur kerana ada keluarga yang bahagia sedangkan adiknya masih takda kerja tetap, belum berkahwin dan perlukan sentiasa dibantu oleh orang lain. Tentu H tak mahu jadi macam tu kan?

Manusia Pekasam said...

Salam Pekasam zabs,

Tak dengaq ceghita dari mulut dia lain dari baca dlm ni. Susah nak faham. Aku dengaq dia ceghita pun naik sayu.

tokasid said...

Salam maknesia pekasam:

Keh macam kawang hang ni sebenaqnya banyak.
Kita kena maklum dalam sesebuah famili akan ada anak yg jadi favourite dan akan ada yg jadi black sheep.
memang anak dari perot dia jugak tapi mungkin( just mungkin) kehadiran anak tersebut pada waktu itu(masa beranak)mungkin tidak di senangi oleh ibu.Mungkin tak prepare nak beranak lagi.Mungkin masa tu tengah krisis rumahtangga ka atau other stress factor. Subconciously mak jadi tak berapa suka kat anak ni. Ini mungkin( again mungkin ahh)terjadi pada H.

Walau macamana sekali perangai mak kita,selagidia tak suruh kita buat perkara mungkar dan bertentangan dengan Islam selagi itu kita patuh pada dia.Ada hadith soheh yg Nabi s.a.w. suruh anak berbakti 3 kali kat mak baru kat pak dia. Whatever it is, kita sebagai anak(esp lelaki) perlukan keredhaan mak sebelum ALLAH redhakan kita.
Bab mak tak hormat pak dia that is mak dia punya problem. She has to deal that with her hubby.ALLAH pun dah kata keredhaan ALLAH bergantung pada keredhaan suami.

Aku rasa kawan hang H toksah dok ambek hati sangat dgn mak dia. As it is dia macam tak wujud dalam diari mak dia. Aku rasa lebih baik dia lebihkan komunicate dgn pak dia without neglecting mak totally.

Manusia Pekasam said...

Salam Pekasam tokasid,

Nanti aku cuba slow talk dgn kawan aku H ni. Paghah gak la sebab dia kata sampai takmau balik ghaya posa.

Dasat no penangan mak dgn anak ni.

tokasid said...

Salam again maknesia pekasam:

Betoi. Apa yg kawan hang lalui memang amat mentensionkan jiwa.Aku kalu kena lagu tu tak tau la nak hadap macamana.Kira H ni memang boleh tahan. Balik ghaya tu aku ingat kena la jugak tapi balik la Raya ke 3 ka ke 4 ka..

Manusia Pekasam said...

Salam Pekasam tokasid,

H ada habaq, dia la ni memang tak telefon mak dia lama dah, dok balaih SMS dgn ayah dia ja. Dia nak tunggu dekat nak raya, nak tengok mak dia telefon ka dak.

sebelum ni dia ada buat lagu tu, mak dia telefon sughuh balik, dia balik jugak.

Belum ghaya ni dak ghasa la, dah nak ghaya, tengok la nanti.