Monday, June 18, 2007

Memberi Salam

Salam Pekasam kepada semua,

Hari ni tak dak mood nak tulih panjang-panjang, hanya memetik sabda Rasulullah S.A.W mengenai memberi salam. Penat keja.

Sabda RAsulullah S.A.W:

"Sesungguhnya diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja."

Seperti biasa, pendek dan padat sekali maksud yang tersirat disebalik ucapn Baginda dan kita tidak perlu meneropong lebih jauh tentang apa yang cuba disampaikan oleh Baginda.

Betoi dak apa yang Nabi kata tu? Betoi no?

Zaman la ni oghang susah nak bagi salam pada oghang yang depa tak kenai. Oghang yang depa kenai pun kadang tu susah nak bagi salam. Cara oghang kapiaq ada la, contohnya; Wassup? Hello Beb? What's Up?

Apa nak buat, dah akhir zaman, manusia zaman la ni tak macam manusia zaman dulu tahun 70an, 80an. Zaman tu oghang tahu dan reti lagi macam mana nak hormat oghang, terutamanya oghang tua. Zaman la ni tak hormat oghang tu nampak cool pada pandangan depa. Terbalik.

Zaman la ni pun kawan yang kita kenai pun susah nak bagi salam, apa lagi oghang yang kita tak kenai. Apa la nak jadi zaman la ni.

8 comments:

pB said...

Assalamualaikum Pekasam


Sah ke nak bagi salam, nak senyum pun payah ....

Mak Su said...

iya, benar.

Anonymous said...

Assalammualaikum pekasam man,

Setuju denan pandangan anda tu. Sudahlah kurang yang memberi salam,ada yang beri salam pun secara sambil lewa je dan macam-macam cara pula seperti;> alaikumsalam, sammaikum, salammualaikum dan jawapan juga yang berbagai cara; kumsalam, maikumsalam dll. Wallahua'lam.

Manusia Pekasam said...

Salam Pekasam semua pB, mak su & zabs,

Umat akhir zaman ni macam-macam perangai pelik. Mana ada hormat kat oghang dah la ni. Main taram mana dan ja depa nih, janji depa suka.

Sabaq je la no...

tokasid said...

Salam Maknesia pekasam:

Aku tokasid dari ikan pekasam,cincalok dan kepoklekor. Aku mai tempat hang via RadenGaloh.tengok2 ada nama pekasam. Aku pantang kalu dengaq pekasam. Tu yg mai jengoi ghumah hang ni.

Ada seorang sahabat Nabi saw ie Ibnu Umar, suka pergi ke pasar. tapi dia tak beli apa pun,tak tanya ghega barang pun dan tak tawaq ghega barang. So ada sahabat lain tanya dia awat yg ralit dok nak pi merket tapi tak shopping.kan lagi elok kalu dok mesjid dan bincang pasai ugama? Jawab Ibnu Umar, aku ke pasar kerana nak menyebarkan salam kepada orang ramai.
Memang betoi la, zaman lani haghu bighu manusia.Good morning lebih sedap di telinga depa dari salam.
Dah tu macamana nak dapat selamat dan sejahtera?

Manusia Pekasam said...

Salam Pekasam tokasid,

Nak buat lagu mana lagi? Akhir zaman, semua oghang sebok kejaq dunia. Mana dan nak bagi salam.

Zetty said...

hi pekasam.
wassup?

hihihhii.

Manusia Pekasam said...

Salam Pekasam Zetty,

Assalamualaikum...

hampeh hang, bagi buah asam sebijik baghu hang tau.