Walaupun harga minyak sudah lama naik tetapi sehingga sekarang ini masih lagi ada orang yang dok kutuk kerajaan sebab harga lain-lain barang juga naik. La ni heboh pasai tepung naik harga, roti canai naik harga, roti kecik harga sama, ayaq suam pun naik, ayaq tak suam pun naik, ayaq dalam kepala pun naik. Pendek kata semua ayaq naik, ayaq bah pun naik baru ni di Jalan Travers dan Bangsar.
Masa kerajaan umum naik harga minyak hari tu ramai gila orang pakat duk maki, kutuk, caci dan piket kat kerajaan pasai naikkan harga minyak. Bila tol pulak naik, lagi la orang makin ramai yang maki, kutuk, caci dan piket kat kerajaan. Sampaikan ada yang sanggup bawak anak yang tidak sihat berpiket di serata tol di Lembah Klang semata-mata meraih simpati kerajaan supaya menurunkan balik harga tol. Sanggup kena pukui dengan FRU, sanggup masuk lokap, sanggup keluaq darah semata-mata menuntut supaya kerajaan menurunkan balik harga tol.
Pendek kata, apa sahaja yang tak betoi pada pandangan depa ni, semua akan kena maki, kutuk, caci dan piket oleh depa-depa yang tak puas hati ni. Tetapi pernahkah kita terfikir bila kawan, anak, anak saudara, sepupu, kawan sepejabat, jiran atau sapa saja yang kita kenai buat salah pada agama kita tegoq? Tak dak la aku mintak hangpa pi maki, kutuk, caci dan piket kat kawan-kawan hangpa tu tapi aku nak tanya awat tak tegoq?
Sebagai contoh, aku ambik kes seorang anak yang tak sembahyang tetapi langsung tidak ditegoq mak bapak dia. Si bapak ni tok sah kira la dengan dia punya kepembangkangan dia ni. Mana-mana ada ada ceramah bulan purnama, dia akan pi tapi bila tang anak tak sembahyang, dia buat pejam sebelah mata, dia buat pekak telinga saja. Awat jadi lagu tu? Hang bapak, anak hang tak sembahyang, hang boleh tak buat apa? Dok buat bodo saja ka yang hang tau?
Hang punya la hebat dok maki, kutuk, caci dan piket kat kerajaan, ni tak betoi, tu tak betoi, semua tak betoi, hang betoi, tapi bila kena kepala hang, anak tak sembahyang, anak dara hang tak tutup aurat, hang boleh buat bodo? Hang boleh buat sengap? Benda berlaku depan mata hang, tak kan hang dok sengap lagu tu ja? Kalau tang kerajaan tak betoi, tak cukup tanah hang pi ligan sana sini tapi bila tang anak hang tak ikut perintah Allah, hang boleh buat sengap?
Begitu jugalah bila kawan-kawan hang tak sembahyang, hang boleh buat sengap no? Pasai apa jadi lagu tu? Pasai apa sengap? Awat tak tegoq? Sama la anak ka, bini ka, sepupu ka, sedara ka, awat tak slow-slow tegoq? Pasai apa buat sengap? Ka hang ikut tagline Walls kot, hidup biar sengap?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Tu dia... berisi sungguh entry hang... Agaknya pasai tulah ada peribahasa kuman seberang laut nampak hak gajah depan mata, buta...haram tak nampak...
Apapun terima kasih kerana mengunjungi blog saya. Singgah2 lah selalu naaa...
Take care and Salaam.
Sama-samalah kita. Terima kasih sama no.
Hang punya blog pun apa kurangnya. Singgah-singgahlah selalu blog pekasam buah asam aku ni.
TQVM & salam
Post a Comment