Assalamualaikum semua, pahabaq? Semua sihat la no?
Ni aku ada ceghita skit nak habaq. Ceghita biasa la di pejabat. Politik pejabat.
Ceghita dia macam ni. Satu hari, kira dalam bulan lepaih la, seorang senior di pejabat aku hantaq email kat semua oghang di department kami habaq pasai kambing hitam atau 'scapegoat'.
Apa yang dia ceghita dalam email tu pasai dia tak puas hati la sebab dia kena buat kerja oghang yang tak siap. Mangsa keadaan.
Ceghita dia macam ni, mai aku habaq bagi pejelaih skit.
Si A ni diberi tugasan oleh pengurus kami. Kerja tu memang senang sebab tak dak pakai banyak otak atau tenaga pun. Nak kena rajin lebih skit saja. Kerja dia, data cleaning. dan Search, cut, copypaste dalam folder lain. Senang saja kalau nak buat tu dari apa yang aku tengok.
Malangnya si A ni pulak, seperti dakwaan senior kami tu, aku pakai Si S la senang no, kata si A ni malaih buat kerja. Si S kata, Si A dah dibagi kerja dari minggu sebelumnya, 5 hari bekerja tetapi cukup sampai minggu depan data cleaning dia memang tak siap dan data yang dia dapat kumpul hanya dalam 500++ sahaja. Dan bila kerja ni tak siap, pengurus kami terpaksa la sub-con kan kepada oghang lain di department kami. Maka si S ni merupakan salah seorang mangsanya.
Memang dia tak puas hati la sebab dia dok tengok Si A ni main-main dengan kerja, bergayut, lepaih tu buat kerja tak bersungguh. Si S ni bengang la sebab dia nak kena buat kerja oghang yang malas, yang patutnya boleh siap dalam seminggu.
Untuk makluman hangpa, data entry tu ada la dalam 5,000 data yang hendak dikemaskini dan patutnya kalau buat 1,000 data satu hari, dalam masa 5 hari boleh siap la. Sebabnya, bila kerja tu di sub-con kepada 5 oghang lain 1,000 soghang, 2 oghang daripada depa tu sempat siap 1,000 data dalam masa 24 jam! Tu yang buat si S ni bengang gila.
Si S ni habaq la dalam email dia kata, budaya scapegoat atau pak sanggup atau mangsa keadaan ni tak patut wujud dan tidak sepatutnya berlaku sebab kerja data tu sepatutnya boleh siap dalam masa 5 hari bekerja. Sebenaqnya email tu panjang lagi tapi aku bagi secara ringkas la supaya hangpa senang faham.
Malangnya, pengurus kami kata, dia sub-con kerja tu kat oghang lain sama sebab si A kata komputer dia slow, ada virus nak kena format. Tu yang buat si S ni makin hangin sebab kata S, pasai apa bila kerja tak siap baghu nak habaq PC hang slow, PC hang ada virus atau PC hang nak kena format? Awat tak habaq awai-awai sebab si S ni memang ada laptop yang boleh dipinjam. Dalam department kami pun memang ada 2,3 biji laptop yang kami selalu dok kalau ada sharepresentation ka apa.
Lupa nak habaq, Si A ni perempuan dan Si S ni lelaki. Pengurus kami lelaki dan AGM kami pun lelaki. Email S ni sampai kat kami semua dalam department termasuklah AGM kami tu. Yang peliknya, si A hanya mintak maaf, pengurus kami pula dok backing dia nak AGM kami, diam tak kata apa.
Bila pengurus kami jawap macam backing si A ni, si S bengang la sebab benda macam ni tak sepatutnya berlaku pasai masalah tu boleh diselesaikan dari awal. Kata S lagi, kita kerja ni selesai masalah bukan reka cipta alasan. Kalau betul PC ada problem, awat tak habaq kat pengurus awai-awai supaya dia boleh bagi pinjam laptop ka apa.
Bila saya tanya sendiri member yang depan si A ni, memang betoi apa S tu kata. Si A ni memang malas, kuat bergayut dan buat kerja main-main. Dia siap kata lagi PC depa dua-dua memang nak kena format tapi dia format awai-awai sebab takut makin merebak dan dia tengok si A memang tak buat apa-apa pun kat PC dia. Dia biaq ja PC dia makin slow. Bila dia tanya kat A pasai apa tak format, si A ni jawab malas, nantilah dulu.
Bila saya pikiaq balik memang betoi la apa S kata tu. Hang ada masalah dengan PC hang, awat tak format? Kalau betoi tak selesai jugak masalah PC hang, awat tak pikiaq nak pinjam ka apa ka. Tanya pengurus kami atau AGM sendiri. Dah kata ada laptoplaptop lebih pasai apa tak mintak? Dah memang laptop tu untuk pool kan? semua oghang boleh pinjam.
Banyak jugak la si S tu cakap dalam email dan banyak jugak la yang dia sentuh memandangkan dia senior dalam department kami. Pada aku, apa yang dia habaq tu betoi, memang tak dak salahnya tapi yang tak sedapnya pengurus kami tu macam dok backing pulak si A tu. Macam si A ni tak buat salah.
Aku ada jugak sembang dengan S pasai benda ni dan dia kata lagi banyak benda tak betoi lagi macam 2,3 oghang programmer kami di bagi workload yang amat banyak sedangkan si A, jugak programmer, tak dak keja langsung. Si S dan aku kerja buat web designing tapi S senior daripada aku la sebab dia ni memang terer. Programming pun dia boleh buat skit-skit.
S kata lagi, pengurus kami macam tak kisah nak bagi job kat si A sebab alasannya si A ni tak reti buat programming. Yang peliknya jawatan dia programming tapi tak reti buat programming? Pelik sungguh. Nak kata pengurus dengan si A tu ada affair tak jugak sebab bini pengurus pun 1 department dengan kami dan Si A tu bukannya lawa mana pun walaupun dia dak kawin lagi.
Untuk makluman hangpa, bini pengurus pun dapat siapkan data cleaning yang laki dia sub-con kan tu. Dalam masa 24 jam siap 1,000 data.
Apa nak jadi zaman la. Oghang tak buat kerja dibagi muka?
Friday, June 22, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Salam to maknesia pekasam:
Aku rasa banyak jabatan dan syarikat2 ada jenih macam si A. Jenih tak tau malu,jenih kulit tebai,jenih pekak badak dan pandai buat dak.Jenih yg lam hati dia kata: mampuih pi kat hangpa. jenih yg suka meghenyeh.
Jenih macam ni kalau tak kacau teloq orang takpa la. Bos nak cover ka apa ka mampuih pi la.tapi bila penyegan dia mola susahkan oarng lain macam cacin korek pungkoq, memang patut kena sound pun walaupun tak berani nak bagi pelempang sedaih.
kalu pengurus tak dak apa2 ngan dia awat dok cover sangat? Agak2 hang la kalu staf pompuan lain wat lagu tu dia nak cover dak?
A ni patut tukaq bagi gheja lain.Bagi jadi penyambut tamu ka..jawab telipon ka...dak pun suruh basuh jamban setiap setengah jam. Amacam?
Salam Pekasam tokasid,
Manusia jenis si A ni patutnya buang keja ja. Ada pun menyusahkan oghang ja. Kalau takdak lagi senang. Semua oghang boleh keja dengan aman.
Keja yg susah pun jadi senang tapi kalau ada dia, keja senang pun jadi masalah besaq.
La ni aku dok tgk dia bukan main rapat lagi dgn bini pengurus. Bodek la tu.
salam pekasam...hehh..hehh..pinjam skrip aaa,
pertama2 boss tu yg nak kena tiau dulu..kalau boss bagi muker staff yg tak makan saman..memanglah amik kesempatan..jadie boss tu la yg harus diadjust dan dioverhaul...
Salam Pekasam uglybutadorable,
Bos pun sama, jenis duduk diam. Bayangkan, Si S dgn manager dok berbalas email, AGM diam je. Langsung tak suruh stop ke apa. Senyap.
Skrg ni aku tgk si S makin di pulau.
Tak paham aku dgn dunia zaman skrg ni. Oghang yg buat masalah dibagi muka?
ish ish ish... sian kat goat tu... ini cara caranya tak lain tak bukan, kena membina aura-aura dahsat seperti aura notorious killer supaya kurang kena ganggu.
Salam ...
itulah namanya politik dalam pejabat ...
benda biasa tu ....
Salam Pekasam: Kalau dia takda buat salah tak boleh nak buang kerja sesuka hati. Malas tu bukan satu kesalahan. Itu tabiat buruk je, yang boleh diubah. Ketua dia petut ambik tindakan. Dia dibayar gaji untuk buat kerja, kalau tak boleh buat porograming buat kerja lain yang patut seperti Doc. TA kata, penyambut tamu ka..jawab telipon ka, atau kalau penyegan sangar suruh basuh jamban setiap setengah jam. Kalau dalam kapal TLDM, kita suruh panjaj tiang bendera, suruh cuci dari atas ke bawah. Pempuan ke laki-laki, sama, "no passengers onboard."
Salam Pekasam pB, mak su & zabs
Biasa la politik pejabat ni, nak buat macam mana kalau oghang lain bersungguh tapi yg tuan punya badan dok buat sengap, payah jugak!
Ada sekali tahun lepaih kot, si A ni bulih naik pangkat, padahal member yg dok depan si A ni, keja bagai nak rak tapi tak dapat naik pangkat. Kesian jugak tgk member sorang ni. Awek plak tu. Hihihi
Post a Comment