Saturday, June 9, 2007

Bunuh Diri?

Tajuk dia saja pun boleh buat hangpa saspen no? Bukan aku yang nak bunuh diri tapi ni yang aku nak ceghita ni berkenaan kawan aku la. Kisah percubaan dia nak bunuh diri disebabkan masalah rumahtangga dengan laki dia.

Ceghita ni berlaku dah lama, dalam 3 tahun lepaih rasanya. Kisah rumahtangga kawan aku juga la yang aku nak kongsi dengan hangpa semua. Kawan aku ni baru ja kawin tak sampai setahun, belum dapat anak lagi tapi rumahtangga dah goyang. Aku namakan kawan aku ni S (bukan nama sebenar). Kawan aku kerja bahagian akaun. Kira kerja dia ni stabil la jugak tetapi tidak dengan laki dia. Laki dia masa tu kerja IKEA.

Aku tak kenai sangat pasai laki dia ni, yang aku ingat S kawin dengan dia ni pun secara tiba-tiba jugak la. Aku tahu la pasal S ni sikit-sikit, pasal love story dia dengan mamat ni, aku tau la jugak sikit-sikit tapi aku tatau yang laki dia ni takdak kelulusan tinggi. S ni pulak sama la dengan aku ada degree. Kami dulu sama-sama (menghabiskan duit kerajaan) di ITM Shah Alam, satu batch tapi dia course lain tapi kami rapat sebab 1 negeri.

Memandangkan laki dia ni takdak kelulusan tinggi, dia terpaksa la mencari kerja yang sesuai mengikut kelulusan dia dan di IKEA lah dia berjumpa dengan rezeki dia. Dan di sana la laki dia ni menjalinkan hubungan sulit dengan salah seorang awek di IKEA tu. Yang peliknya awek ni tau yang mamat ni dah kawin tapi masih lagi dok melekat dengan mamat ni. Sampaikan kawan aku ni, S, call family awek tu cakap anak depa buat hubungan dengan laki orang, family dia maghah anak depa tu pun, dia still dok gila dengan laki S ni.

Satu hari si S ni ajak aku mnum kat bistro, biasa la trend oghang la ni, nak minum pun kat bistro, padahai mahai macam jin, kedai mamak lagi murah.

Bila aku sampai, dari jauh aku nampak raut wajah S yang 'posiang'. Mata dia agak bengkak, duduk sengap merenung meja. Aku saja mai sengap-sengap pastu try nak kejutkan dia, tak dak respond, just tegoq aku, tanya khabaq dan ajak aku minum dengan dia sekali, dia belanja.

Aku tengok S dah cengkung skit, muka tok sah kira, memang macam zombi, zombi kampung pisang, tunduk merenung meja sampai tembuih (tembus).

Lepas minuman aku sampai, aku gagahkan diri tanya dia; "Awat hang nak jumpa aku?"

S pun ceghitala apa yang berlaku dan sedang berlaku dalam rumah tangga dia. Dia ceghita dari A sampai Z sampaikan aku pikiaq nak buat cerpen ni pun boleh. Punya detail dan tepat apa yang dia habaq kat aku siap hari lagi bila tu bila ni berlaku.

Aku tengok dia sebak la jugak, pastu masa dia nak lap ayaq mata dia tu aku terpandang lengan dia. Terkejut la jugak aku pasai aku tengok kat lengan dia ada macam bekas luka. Aku tak teruih kalut, aku lepak, cool, contorl macho, tarik nafas dalam-dalam dan lepas tu aku tanya dia.

"Lengan hang pasai apa jadi lagu tu? Hang jatuh ka?" Soalan yang aku pikiaq tak akan menyebabkan S menangis lebih kuat.

S menidakkan, geleng kepala, diam sat dalam 10 saat dan teruih dia habaq kat aku, suicide attempt. Cubaan membunuh diri.

Bila aku dengaq tu, aku relax lagi, tanya dia slow-slow; "Awat hang buat lagu ni? Hang tak sayang mak hang ka?"

Bila aku tanya macam tu, ayaq mata dia lagi kuat meleleh, nasib baik rambut S ni panjang, boleh la cover skit muka dia. Tak dak la oghang lain nampak ayaq mata dia.

Time dia dok menangis tu, aku nasihat la dia lebih kurang, habaq kat dia pasai dosa pahala. Pasai bunuh diri ni teruih masuk neraka.

Dia ada habaq masa dia toreh lengan tu memang la sakit tapi bila pikiaq laki dia buat hubungan sulit tu, lagi dia toreh lengan dia. Luckily, dia toreh lengan tu takdak la dalam sangat, kira kena bahagian atas kulit la, darah pun keluaq sikit. Itu pun bila dia dengaq suara mak dia jawap salam, ada oghang mai rumah dia. Untuk pengetahuan hangpa, S dan laki dia dok di Keramat, ghumah mak S.

Ayaq mata S masih lagi deraih turun, nasihat aku pun sama deraih dengan ayaq mata dia. Aku nampak dia angguk kepala dengan apa yang aku cakap. Aku suruh dia pikiaq dosa pahala, pasai mak dia, adik-adik dia, dia anak sulung, harapan mak dia, kebetulan pulak bapak dia dah lama tak dak. Pasai kerja, pasai kehidupan. Banyak lagi la aku habaq kat dia. Dia diam, tunduk layan ayaq mata dan angguk kepala.

Bila aku habis cakap, dia habaq kat aku nak pi jumpa bomoh, nak buat laki dia lupakan perempuan tu supaya rumahtangga dia kembali aman seperti biasa.

Dia ajak aku pi, kat Puchong sebab kebetulan rumah aku lalu ikut Puchong.

Pendek ceghita, 2,3 hari lepas kami jumpa tu, S dan aku pi jumpa 1 bomoh indon kat Puchong. Sebenaqnya aku kughang (kurang) sikit nak percaya indon-indon ni, banyak mohong (bohong) tapi sebab S insist, aku ikut jugak la teman dia.

Lepas pada tu 2,3 minggu, aku dapat email dari S, dia habaq rumahtangga dia dah ok balik dah dan dia masa tu tengah mengandung. Punya la aku lega dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan ilham Dia, aku berjaya selamatkan S semampu aku.

La ni S dan laki dia happily ever after macam Shrek dan Fiona, tanpa laki buat hubungan sulit lagi. Dan aku dengaq family awek tu pun bawak anak depa pi berubat lupakan laki S. Baguih la lagu tu pikiaq aku sebab dua-dua pihak ikhtiar, doa dan tawakkal. Laki dia pun dah tak kerja kat IKEA lagi dah, kerja kat tempat baru yang majoriti pekerja di situ adalah lelaki.

Masa raya haji tahun lepaih (2006), aku ada pi ghumah S, anak dia pun dah besaq, berjalan dah pun dan S aku tengok, makin berisi skit, ceria dan tak lekang dengan senyuman. Untung laki dia dapat S yang makin lama makin cantik, segak dan lawa.

Sampai la ni laki dia tatau pasai cubaan S untuk membunuh diri hari tu. S buat sengap dan aku pun buat sengap sbb S tak mau aku habaq kat laki dia.

Biasanya bab bunuh diri ni aku baca dari paper, tengok dalam berita, dalam YouTube tak terpikiaq plak sahabat aku sendiri ada upaya nak buat cubaan bunuh diri.

Sadis no?

4 comments:

hanny said...

salam
adoi...ada gak ek cerita2 macam nih..tuh yang masuk suratkhabar mak jerut leher anak sebab marah kat suami.. seram saya bila baca tajuk akhbar cam nih...kalau boleh baiklah ada kaunsellor setiap family macam hari tuh menteri shahrizat sarankan...sori tak ingat detail...

Manusia Pekasam said...

Skrg ni macam-macam ada. Saya pun tak percaya bila kawan sendiri buat mcm tu. Ngeri jugak la tengok lengan dia penuh bekas torehan tu.

Alhamdulillah semuanya kembali kpd asal.

dugongsenyum said...

Jantan tak guna!!! @##%$^%&^

Anonymous said...

Maghah nampak, tak elok pepagi maghah2 ni, rezeki lari.

Sabaq no

BTW, laki hang bukan jantan ka? Hehe