Wednesday, November 21, 2007

Patut Ka?

Salam Pekasam semua, sihat semua no?

Minggu lepaih saya ada tengok rancangan 360 kat TV3 pasai kes rogol dan bunuh kanak-kanak.

Dalam rancangan tu, depa siarkan balik kejadian-kejadian menyayat hati yang pernah berlaku sebelum termasuklah kes terbaru yang melibatkan Nurin Jazlin.

Ada gak hari tu saya baca berita kat sathabaq pasai kes ni, dah berpuluh dan juga sudah beribu kes yang melibatkan kanak-kanak menjadi mangsa sejak 50 tahun yang lalu.

Sedih, sayu, simpati kepada keluarga mangsa dan geram, maghah, sakit hati kepada manusia durjana yang melakukan perkara keji itu.

Saya ada baca banyak rencana berkenaan penjagaan kanak-kanak, bagaimana mencegah perkara ini daripada berlaku dan mengelaknya dari menjadi tragedi yang bughuk.

Perkara macam ni berlaku sebenaqnya diluar kawalan kita juga. Kalau kita dah jaga betoi-betoi pun ada masanya kita akan cuai sesaat. Dan cuai sesaat itulah yang mungkin membawa padah pada kita sekeluarga. Bukan senang menjaga anak-anak sebab kita selalu mendengar orang berkata, lebih senang menjaga lembu sekandang dari menjaga anak soghang.

Apa pun masalahnya, kita kena la ikhtiar semampu yang boleh untuk menjaga anak-anak kita dan peliharalah mereka sebaik mungkin.

Masalahnya disini, saya lihat sekarang kebanyakkan ibubapa mengalakkan anak-anak mereka yang masih kecil memakai make-up sehingga setengahnya mengalahkan orang dewasa. Kanak-kanak yang belum mengerti apa itu kehidupan pun sudah diajar bagaimana cara memakai alat solek supaya nampak lebih cantik.

Tidakkah itu mengundang bahata? Patut ka kita mengajar anak-anak kita alat solek sedangkan mereka baru berusia bawah 12 tahun?

Bukankah dengan cara macam tu kita lebih menonjolkan anak kita dikhalayak ramai dan di dalam khalayak ramai itu lah ada di antara mereka yang mempunyai nafsu kepada kanak-kanak. Ditambah dengan alat solek, kanak-kanak nampak cantik dan ini mungkin membahayakan depa .Dengan cara macam ni, depa akan terdedah dengan manusia gila seks.

Mungkin ini juga patut diberi perhatian oleh ibubapa pasai benda ni. Setakat make-up ala kadar atau toksah pakai langsung adalah cara paling selamat untuk anak-anak perempuan kita.

Saya cukup pening kepala/ghisau bila tengok anak-anak kecik yang tak reti apa diajaq pakai alat solek macam depa tu umuq 20-an.

Berpada-pada la pasai dalam bersederhana tu, banyak benda boleh elak.

Saturday, November 10, 2007

Criminal Minds

Salam Pekasam semua...

Tajuk ja Inggeris, bukannya saya nak tulis n3 inggeris, saja ja nak kasi lebih skit kat tajuk dia.

Semalam jumaat tak dak keja sangat, dok baca sathabaq pasai kes budak sekolah 18 tahun mengamuk dan bunuh 6 oghang pelajar termasuk soghang kakitangan sekolah dan pengetua perempuan sekolah tu.

Sebelum dia buat pasai tu, dia ada buat video dan post kat youtube pasai benda yang dia nak buat ni. Berita kata 2 jam sebelum tragedi tu dia post video dia.

Seghiau jugak la bila baca berita tu dan bila check kat Wikipedia (sumber yang bulih dipercayai), dah ada dah pasai berita ni.

Budak yang tembak tu nama dia Pekka-Eric Auvinen, 18 dari Jokela High School di Tuusula Finland.

Bila baca dalam sathabaq dan Wikipedia pasai berita ni, teringat kes kat Virginia Tech yang mengorbankan 33 kakitangan dan pelajar dan 25 yang lain cedera.

Bila duk check kat Wikipedia tu sebenaqnya, banyak dah kes yang berlaku kat sekolah dan universiti ni, cuba check kat SINI
kalau nak tahu lebih lanjut.

Lepaih tu dok pikiaq plak benda macam ni tak mustahil bulih berlaku di Malaysia sebab dulu tak pikiaq pun budak-budak akan kena rogol tapi la ni dah ada. Bukan setakat rogol, bunuh lagi.

Saya pikiaq macam tu sebab la ni dok tengok budak-budak zaman la ni pun cakap memang kuwang ajaq. Kalau kita dengaq tu ghasa macam nak pi tampaq ja mulut kuwang ajaq tu.

Depa cakap tu siap mencarut yang mak bapak depa punya 'tu'. Mak kau punya toot la, bapak kau punya toot la. Tak sakit telinga ka dengaq lagu tu?

Tu baghu mulut. Tak tau lagi apa depa bulih buat.

Nasihat saya, sapa-sapa yang ada anak-anak lelaki tu beringat la. Awasi dengan sapa depa berkawan dan cuba awasi percakapan depa dengan kawan-kawan.

Depan kita depa mungkin cakap elok tapi belakang kita jangan pikiaq depa pun akan cakap elok.

Budak zaman la ni tak macam budak zaman saya dulu. Zaman dulu budi bahasa adab sopan masih kuat tapi la ni, zero, tak dak, nil, yee lek, boliau.

Zaman la ni budak-budak dah advance, pasai tu depa bulih cakap lagu tu. Game yang depa dok main kat PS2 pun jenih ganaih. Cuba check ada dak anak-anak hangpa main game GTA atau Grand Theft Auto? Kalau ada, cuba sughuh anak hangpa main dan hangpa duk sekali tengok.

Game tu ajaq kita jadi pembunuh, perompak dan penjahat. Dengan buat macam tu dapat mata dan menang. Tak ka gila game tu? Cuba check tengok.

Kalau ada masa free selongkaq la sekali sekala bilik anak lelaki kita tu, mana la tau ada DVD hak 'pelik-pelik' ka.

Jangan pikiaq budak sekolah rendah tak tengok ceghita 'pelik-pelik'. Jangan sempitkan minda kita. Bukak skit minda kita, jangan jadi mak bapak yang pasif.

Kalau anak-anak kita pakai handphone canggih hak ada video tu, cuba la check video apa yang depa dok simpan dalam phone depa tu.

Bukan apa, takut benda-benda yang kita tak terpikiaq akan berlaku di Malaysia AKAN berlaku kalau kita tak cegah dari awai.

Kalau ada masa cuba baca ceghita pasal Wichita Horror, lagi dahsyat, budak 20, 22 tahun adik-beradik buat keja.

Bulih Kasi Motivasi ka?

Salam Pekasam semua,

Khameh lepaih hingaq kat opis pasai depa ada umumkan Employees of The Month saya punya department. 3 oghang eksekutif dengan 2 oghang bukan eksekutif telah dipilih.

Saya sebenaqnya malaih nak layan sangat pasai benda ni sebab bukannya ada pekdah apa pun. Dapat jadi Employees of The Month pun bukannya kita bulih naik gred dengan cepat dan bukannya bulih tolong kita masa nak dapat bonus lebih dari oghang len.

Member-member kat ofis dok hingaq pasal ada 2 individu yang depa pikiaq tak layak dan tak patut menerima anugerah tu pasai semua oghang dalam department kami tau, depa 2 oghang tu, soghang laki soghang perempuan, memang tak layak sebab memang confirm depa ni pemalaih.

Semua oghang tau tapi saya dengaq member-member kata, anugerah tu depa dapat sebab nak bagi depa motivasi supaya lepaih ni rajin skit buat keja.

Yang perempuan tu ada baghu ni buat projek yang agak besaq dengan saya sampai depressed sebab dia kata kerja banyak dan sampai tak cukup tidoq. Lepaih projek tu pun dia ada jumpa AGM kami, teriak, nangeh-nangeh mengadu pasai kerja yang banyak kat ghumah dan ofis.

Saya dengaq tu pun nak tergelak la pasai, dia yang pi kalutkan kerja, dia yang pi caca marbakan programming sampai keja senang jadi 10 kali susah. Lepaih mula nak mengadu susah tu la susah ni la dan lepaih tu mula la nak salahkan customer bagi keja banyak sampai tak sempat nak siapkan keja.

Saya sampai dah lali dah nak dengaq masalah dia. Bukan sebab meluat dengan dia, meluat dengan peghangai dia pasai dok pi susahkan keja yang senang dan dok mengadu pasai keja. Oghang pun keja jugak, lagi susah dari hang. Hang kalut pasai apa?

Yang soghang lagi lelaki ni, bukan eksekutif dan semua oghang masak sangat dah pasai kemalasan dan kekerapan dia hilang masa waktu ofis. Nak kata macam mana dah, pasai dia oghang lama kat company. Bila oghang tanya ada saja alasan dia. Pi situ la pi sana la, oghang tu mintak tolong la, oghang ni mintak tolong la. Aduiiii!

Saya hairan jugak macam mana dengan cara macam ni bulih kasi oghang yang malaih motivasi sebab biasanya oghang melayu ni dia pikiaq lain dan advance skit. Contohnya:-

"Aku keja macam ni malaih pun depa kasi Employees of The Month? Lagu tu kalu, takyah keja rajin-rajin dah la. Macam ni pun dah cukup rajin dan bulih dapat anugerah lagi."

Friday, November 9, 2007

Lepaih Ni Naik Apa Lagi?

Salam Pekasam semua, pahabaq?

Tepung gandum baghu ja naik. Lepaih ni apa lagi yang naik? Tol dah, minyak dah, gula dah lama naik, ayam baghu naik, lepaih ni dengaq kata minyak nak naik lagi. Tambang teksi dan bas pun nak naik? Gila!!!! Sikit lagi pi keja naik basikal ja la.

Tol tahun depan confirm naik lagi, ghasanya PLUS kot. LDP akan naik lagi Januari 2011. Tol Shah Alam, tol KL-Karak (Gombak dan Bentong), dan tol Guthrie Corridor akan naik Januari 2012. Dan tol Chera-Kajang akan naik lagi Januari 2013.

Tol-tol ni memang confirm sebab saya ada simpan keratan akhbar awal tahun ni hari tu masa LDP naik tol. kecoh 1 Malaya tapi biasa la, sat je la. Apa nak buat, KERAjaan lebih suka memukul dan membelasah rakyat. Apa boleh kita buat? Tak kan nak tahan sampai 2013 sampai tol naik lagi?

Apa kita takleh pikiaq ka kalau tol naik semua barang naik harga? Takkan kita tak terkesan dengan kenaikkan barang? Duit poket kita dah terlampau banyak ka sampai sikit pun kita tak kisah dengan kenaikkan harga barang?

Sampai bila kita nak tunggu langut lagu ni? Takkan kita langsung takleh pikiaq langsung nasib oghang lain sama? Oghang lain susah pun nanti lambat laun kita pun susah jugak. Macam mana?

Cuba tengok la ni, banyak dak kes rompakan, samun atau kecurian? Banyak kan? Cuba kita pikiaq pasai apa? Walaupun peratusannya kecik tapi ada kena mengena jugak dengan kos sara hidup yang tinggi. Dalam keadaan terdesak ni, oghang akan hilang pertimbangan. Bila oghang hilang pertimbangan, maka, oghang akan buat macam-macam.

Mungkin untuk oghang Islam tidak akan melakukan perkara sebegini tetapi yang saya maksudkan adalah penganut agama lain. Tetapi tidak mustahil, mungkin ada juga oghang Islam yang mungkin melakukan perbuatan keji ini kerana terdesak.

Habis tu tak kan kita nak duduk saja? Sudah sampai masanya kita tukaq kerajaan. Cuba kerajaan baghu tadbir negara tengok. Sampai bila kita nak biaq oghang keji duk ratah perabis harta benda negara? Sampai bila nak biaq?

Apa salahnya bagi oghang baghu memerintah negara? Apa nak ditakutkan? kalau tak elok, pilihanraya akan datang kita tukaq la!

Wednesday, November 7, 2007

Open House aka Rumah Terbuka

Salam Pekasam semua,

Sementara dok hingaq lagi pasai open house atau rumah terbuka ni, saya ada ceghita nak habaq.

Ceghita ni mungkin biasa kita dengaq atau biasa kita tengok tang mana-mana. Biasala realiti masyarakat kita la ni. Ada yang masuk ada yang dak. Tu la masalahnya bila berjiran ni.

Kawan di pejabat ada habaq, dia terasa la sebab jiran depan ghumah dia tak ajak dia pi rumah terbuka padahai ghumah jiran dia tu betoi-betoi depan pintu rumah dia. Bukak pintu dia habaq nampak dalam rumah jiran dia tu. Kira pintu sama pintu mengadap la.

Sebelum ni dia kata dia dengan jiran dia ok ja. Tak dak apa masalah pun, tegoq macam biasa, bulan posa pun tak dak apa-apa pun.

Mula ceghita macam ni, mak jiran dia tu buat open house, tak ajak dia. Dia ada terasa la tapi mak jiran dia tu tak duk situ, jadi takdak la dia nak terasa sangat sebab dia pikiaq mungkin mak jiran dia tu lupa kot atau tak dak nomboq telefon.

Dulu masa kawan saya pindah duduk taman tu, mak jiran dia tu ada duk sekali sebelum depa pindah tempat lain dekat area situ jugak la. Buat ghumah sendiri.

Bila mak dia pindah, anak dia la yg duk situ dengan bini dan anak dia soghang. Kecik lagi dalam 2 tahun kot kata kawan saya tu.

Kira hubungan depa sebagai jiran tak dak apa-apa masalah. Tak dak nak masam muka. Tegoq macam biasa tapi bila buka pintu petang tu tengok jiran depan ghumah buat open house tak ajak dia, dia kecik hati la. Dia ada gak habaq kat saya, apa salah dia? Teruk sangat ka dia sampai depan ghumah pun tak ajak? Biaq betoi?

Jiran sebelah rumah kawan saya tu, dia kata jiran depan ghumah dia ajak tapi dia?

Masalah sungguh kalau sampai depan ghumah pun tak ajak.

Satu lagi jenis ajak ikut kuota ni, satu masalah jugak ni. Hang ajak oghang ni tapi tak ajak oghang ni tapi 1 pejabat.

Benda ni kena kat saya bila ada opismate ajak pi ghumah dia tapi bila jumpa dengan soghang lagi kawan pejabat kat kenduri kawin, tanya dia, dia pi ka dak, dia kata tak ajak pun. Saya jadi serba salah. Adui! Teruih kelu.

Payah jugak jenis bangsa ajak rumah terbuka style pilih-pilih ni. Awat tak ajak semua sekali 1 department? Email ja kat semua. Payah sangat ka? Dia mai ka tak mai ka, itu masalah dia janji kita tak kecik kan hati sapa-sapa. Betoi dak?

Kes kawan sepejabat saya tu pun 1 masalah gak tu. Ada ka depan ghumah tak ajak? Kalau belakang rumah tu lain ceghita la, ni depan ghumah kawan saya. Hang bukak pintu nampak dalam ghumah aku, aku nampak dalam ghumah hang tapi open house tak ajak? Bahaya ni!

Sakit ka masyarakat kita la ni?

Thursday, November 1, 2007

Piala Dunia Brazil 2014

Salam Pekasam semua,

Semalam ada terbaca berita pasai Brazil jadi tuan ghumah Piala Dunia aka World Cup aka bolasepak piala dunia.

Saya ada letak sasaran la nak pi tengok piala dunia second stage di Afrika 2010 nanti. Tatau la berapa puluh ribu nak habis tapi target tu nak pi sana la.

Yang sebenaqnya nak pi berjalan atau backpack travel dan piala dunia tu adalah satu kebetulan yang baguih untuk start.

Ada sesapa disini yang biasa atau pernah pi backpack travel? Atau ada sesapa pernah sampai ke Afrika Selatan?

Kalau hangpa perasan, Afrika selatan baghu ja jadi juara dunia ragbi piala dunia. Sinonim la plak.

Saturday, October 27, 2007

Comfort Zone

Sama Pekasam semua,

Masa bulan posa haghi tu saya ada ikut kursus yang dikelolakan oleh LMI ( Leadership Management International) di East Inn Hotel. Lepaih ghaya baghu ni ada pi lagi kelas dia. Kelas ni depa buat dalam 5 sesi. Sesi pertama, penerangan diikuti dengan 4 sesi kelas berpandukan kepada buku yang diberikan.

Dalam kursus tu, ada satu perkataan yang saya cukup suka iaitu Comfort Zone. Bila kita duduk dalam Comfort Zone ni, kita akan buat apa yang kita biasa buat dan dapat apa yang kita biasa dapat.

Maknanya, kalau kita dok buat kerja tu 5, 10 tahun, kita akan kekal dok buat benda tu sampai 15, 20 tahun akan datang.

Bila kita dah selesa, gaji dah semakin besaq, pendapatan bertambah tahun ke tahun, kita tak akan pikiaq benda lain dah. Kita selesa dengan apa yang kita ada, oghang kata cukup la banyak tu, nak apa lagi, syukurlah sedangkan kita sebenaqnya menggunakan potensi kita hanya 20% SAHAJA!

Cuba kita bayangkan bungkah ais yang Titanic langgaq tu. Kita nampak ataih ja dah besaq padahal bahagian bawah bungkah ais tu lagi besaq, mewakili 80% lagi. Itulah potensi sebenaq kita.

Sebab tu dalam kes politik ni pun, terlalu ramai rakyat Malaysia yang berada dalam Comfort Zone sebab tu depa tak kisah kalau kerajaan naikkan tol, minyak, harga barang, ayam dan macam-macam lagi.

Depa pikiaq depa bulih survive, buat apa nak kecoh sangat. Kalau kecoh sangat pun, sat ja la, lepaih tu diam.

Bagi depa, duit bukan masalah, sebab tu depa tak kisah harga barang naik. Padahal depa tak tau yang satu hari nanti depa juga akan menjadi mangsa kenaikkan harga barang ni.

Bila taraf kehidupan melampau tinggi banyak kes sosial akan berlaku, contohnya, rompakan atau kecurian. Kereta, rumah malahan fizikal kita juga akan mengalaminya. Taraf kehidupan tinggi akan mengundang banyak masalah. Lambat laun kita yang selama ni yang duduk dalam Comfort Zone akan juga terkesan.

Rakyat di Kelantan sudah lama sedaq dengan masalah ni tapi masyarakat di bandar besar sukar memahami masalah ini kerana depa mabuk dengan hiburan murah hidangan kerajaan sehinggakan Hari Raya pun penuh dengan hiburan melampau sampaikan nak ziarah saudara mara pun jadi malas sebab nak pulun tengok TV.

Sampai bila kita nak tunggu? Sampai harga minyak naik sampai RM3.00 seliter ka?

Saya (N)Anti Rasuah

Salam Pekasam semua, pahabaq? Banyak open house nak kena pi? Kalau ada sapa-sapa nak ajak saya, bagi la map, insyaAllah ceruk mana pun saya pi.

Ni ada nak habaq al kisah di pejabat anti narkotik bukit Aman berkenaan dengan rasuah ni. Ni kira rasuah sesama depa la, antara staff, antara polis yang ada badge 'Saya Anti Rasuah'.

Ada soghang kawan di pejabat habaq, kawan dia baghu masuk bertugas di Bukit Aman sebagai inspektor. Inspektor tu habaq kat kawan dia (kawan pejabat saya la tu) kat Bukit Aman bahagian narkotik tu, nak photostat kena bayaq RM5, kalau dak depa tak photostat.

Lepaih tu pulak nak submit borang pinjaman kena bayar RM100 kalau dak, depa tak proses. Depa tu, oghang yang kerja bahagian pinjaman tu la. Maknanya, kalau tak bayaq depa RM100, depa tak akan proses borang pinjaman hangpa dan kemungkinan masuk tong sampah teruih kalau tak bayaq.

Tu dia aih! Saya ANTI rasuah ka saya NANTI rasuah? Benda ni jadi mungkin kepada oghang-oghang yang baghu bertugas di Bukit Aman kot. Yang dah lama mungkin setakat bayaq duit kopi kot.

Sampai bila nak tunggu? Tukaq la KERAjaan!

Saturday, October 20, 2007

Apa Sudah Jadi Dengan Masjid Tanah?

Salam Pekasam semua, selamat hari ghaya no

Aku ada terbaca berita dalam berita harian 2,3 hari lepaih pasai depa kalut nak bangunkan Masjid Tanah menjadi pejadah koridor tah tapi nampak gaya besaq jugak la projek tu. Masa tu ADUN Masjid Tanah ada buat rumah terbuka, maka bersakanlah pendudukMasjid Tanah berpusu ke sana menjamu selera yang dibiayai duit depa sendiri.

Aku terkejut la sebab dalam berita tu dia habaq kat Masjid Tanah ada banyak resort sedangkan Karam Singh Walia baghu ja pi sana tunjuk dalam TV betapa kotoqnya pantai di Masjid Tanah dan keluhan-keluhan pengusaha resort di sana yang menanggung kerugian akibat ternakan babi haram di Masjid Tanah.

Yang aku hairan, dalam berita tu eloklah pi kata resort dan pantai kat Masjid Tanah elok dan cantik, tang mana yang eloknya?

Dan yang paling aku sedih kat penduduk Masjid Tanah ni, dah 50 tahun merdeka asyik dok pilih ADUN dari parti sama sedangkan parti tu la yang dok bawak masuk babi 'haram' ke Masjid Tanah yang mana kesannya sehingga la ni dok ghasa.

Awat tak tukaq ADUN masa pilihanghaya lepaih? Hangpa b*d* ka? Atau hangpa dibayaq RM50 soghang? Atau dibagi sehelai kain pelikat?

Harap-harap lepaih ni penduduk Masjid Tanah boleh berpikiaq la sikit pasai benda ni dan kalu boleh tukaq la ADUN parti lain plak, biaq depa ni bersungguh sikit perjuangkan nasib hangpa, pengusaha resort yang merana akibat penternakan babi 'haram' di Masjid Tanah.

Lepaih ni tak mau la dengaq oghang sebut, babi Masjid Tanah atau 'Tak kan hilang babi di Melaka'.

Thursday, October 11, 2007

Selamat Hari Raya Aidilfirtri

Salam Pekasam semua dan selamat hari raya, terawikh last-last jangan tinggai,

Sempena nak menyambut Hari Ghaya ni, aku nak mintak ampun dengan Allah dan mintak maaf dengan hangpa semua mana ada yang terkasaq, tersebut, terkata ka apa ka, bagi kosong kosong la no?

Lagi satu nak habaq/pesan; bagi yang nak jalan jauh tu, pi la servis keta hangpa, check bunga tayaq tu, dok ada lagi ka atau dah botak? Kalau botak tu baik la pi tukaq + buat aligment & balancing sekali. Tayaq ni kalau dah bukak bubuh lagi memang nak kena buat aligment & balancing. Make sure masa bawak tu stering tak gegaq.

Pastikan keta hangpa pi servis, check ayaq bateri, minyak hitam, minyak brek. Cakap pasai minyak brek ni, kalau dah lama sangat elok la pi tukaq. Kalau check minyak brek dah jadi macam ayaq teh tarik, memang nak kena tukaq kalau dak, memang nak kena tekan brek tu kuat-kuat sebab cengkaman dia dah tak dak, bahaya tu.

Kalau dah tukaq, cuba rasakan perbezaan brek hangpa, ada cengkam ka dak? Kalau tekan sikit pun dah cengkam, tu makna dia brek dah ok dan balik pada normal.

Bukan apa, brek ni salah satu benda penting dalam keta hangpa, takdak brek masuk hospital, dak pun masuk liang lahad.

Lagi satu nak pesan, masa ghaya nanti, jangan la pulun sangat makan tu, bagi perut kita rehat sama. Jangan dok pulun sampai tak hingat. Eloknya ghaya kedua, buat la posa enam.

Last but not least, sebelum bawak keta, bacalah doa naik kenderaan. Bank Islam ada dok bagi free sticker doa naik kenderaan, elok la amalkan. Jangan dok pasang lagu ghaya saja, bacalah doa dan zikir sama.

Akhir kata, ingatlah oghang yang tersayang.

*Aku balik Merbok ghaya ke-3.

Friday, October 5, 2007

Pelik Dak?

Salam Pekasam...
N3 ke-3 malam ni

Pelik dak bila tiap kali jumpa/terserempak dengan oghang yang sama, dia dok kerling kita tengok macam nak telan. Seolah macam dia memanggil kita secara halus supaya menegur dia dan berkenalan dengan dia serta mengayat dia.

Pelik dak kalau ada soghang lagi dok tunduk malu bila tiap kali terserempak dengan kita?

Oghang kata body language dia tu menunjukkan dia suka kita tengok dia atau dok usha dia.

Adakah nak teruih kerling/usha/riki oghang tu atau mulakan langkah?

Thursday, October 4, 2007

Macam Mana Kita Nak Tau?

Salam Pekasam, n3 kedua malam ni sebelum tidoq.

Macam mana kita nak tau oghang tu gelak atau senyum ikhlas tak ikhlas. Misalnya kita buat lawak, kita nampak dia senyum atau gelak, macam mana kita nak tau dia senyum atau gelak tu memang ikhlas sebab lawak kita menjadi.

Macam mana nak beza senyum pahit dengan senyum maneh?

Macam mana kita nak tau oghang tu ikhlas berkawan dengan kita?

Macam mana kita nak tau jiran sebelah ghumah kita suka berjiran dengan kita?

Macam mana kita nak tau oghang-oghang di kaunter tu suka panggil kita abang atau lebih suka panggil kita pak cik?

Macam mana kita nak tau Head Dept kita suka dengan kita?

Macam mana kita nak tau oghang tu mohong ka dak?

Etc etc etc

Bagaimana dan Macam Mana?

Salam Pekasam semua...selamat hari ghaya

Bagaimana dan macam manakah cara yang palinng lembut nak habaq kat manager kita yang benda dia buat tu tak betoi?

Kesnya macam ni, dia bagi si A buat keja dengan tempoh masa yang agak panjang tetapi si A takreti nak tapi tak tanya oghang. Lepaih tu bila dia tau keja tu memang tak siap sebab si A memang tak reti nak buat padahal itu keja dia, manager aku bagi pulak keja ni kat si B.

Bila bagi kat si B plak, keja yang si A dok kononnya buat, tapi tak siap-siap, dateline dia pendek plak. Nak kena siap dalam 3,4 hari!???? Kesian aku tengok si B. Dah la kena buat keja oghang yang tak buat, masa yang dibagi plak pendek!

Bagaimana dan macam mana nak habaq kat manager aku cara yang paling lembut supaya dia dapat perbetoi keadaan. Ka nak biaq ja? Pada aku manager aku ni lembut sangat dengan si A. Bukan pertama kali si A buat lagu ni, dah banyak kali dan manager aku masih lagi dok biaq buat tak tau.

Dekat nak ghaya ni malaih nak kecoh-kecoh. Kalau boleh biaq la dapat tegoq dengan cara sehikmah mungkin.

Adoi...penin kapla ada manager macam ni. Selalu sangat bagi muka kat si A. Dengan oghang lain bulih plak dia straight.

Wednesday, October 3, 2007

21 Ramadhan

Salam Pekasam semua...

Tak tau pasai apa 2,3 hari ni aku jadi rajin nak menulih. Rasa nak menulih tu mai tak henti-henti tapi tak tau apa nak tulih. Dok pikiaq-pikiaq tak dak 1 hapa pun nak tulih. Nasib semalam pi servis keta sembang dengan mekanik budak Kelantan tu mai idea nak tulih pasai bas lompat.

Mungkin N3 haqni aku tulih pasai diri aku kot. Pasal ehwal semasa diri aku. Memang la tak best mana pun, bukannya best pun tapi saja nak share. Tak mau baca pun takpa sebab aku tulih ni untuk suka-suka, sapa nak baca, baca, tak mau baca pun tulih la komen sikit.

Sebenaqnya sebulan dua aku sibuk sakan. Kena buat projek mega la jugak. Penin tu tak dak penin mana tapi dia (client) punya 'banyak songeh' tok sah ceghita la. Sekali meeting, tukaq design, 2 kali meeting/presentation, tukaq design, 3 kali meeting/presentation, tukaq design.

Nasib baik la kali ke-3 ja tukaq design kalau 4,5 kali mau aku muntah hijau. Web design ni keja bukan senang sebab nak kena buat ikut selera client. Anak-anak buah dia tu takdak la sangat tapi dia punya boss, pompan plak tu, punya la banyak songeh. Nasib baik tak cerewet sangat cuma dia banyak songeh ja.

Tapi ok la sebab dia ada bagi guideline nak ikut design sapa, so tak dak la penin kapla sangat nak pikiaq. 1st proposal aku memang kena reject bulat-bulat setelah 2,3 hari dok pulun.

Alhamdulillah design ke-2 tak dak la reject 100% tapi reject skit sebab ada banyak benda depa nak yang aku tak dan nak buat. Bagi gap nak siapkan design dengan next presentation memang pendek, 1 minggu tu ghasa macam 2 hari ja.

Design kalau setakat sikit, simple takpa lagi tapi kalau dah ada macam-macam mak nenek bapak datuk semua ada, memang penin nak settle. Mana nak buat rollover image, mana nak buat flash, mana nak buat animation, mana nak design itu ini, color background nak tukaq, tu dia aih, memang penin!

Alhamdulillah, projek mega tu dah 2 minggu habih. Programmer yang buat projek ni dengan aku ambik cuti 3 hari, rest kepala otak sebab dok pulun sakan gila masa buat projek mega nih. Kalau web design penin kapla, keja-keja programming lagi penin kapla. Kawan aku tu dah la pompan, keja programming dah la banyak, cerewet plak tu sampai dia sendiri demam buat programming.

Bila dah habih projek mega ni aku rasa macam malaih pulak nak buat keja-keja lain yang agak kecik sebab bagi aku depa punya projek ni sebenaqnya tak dak apa. Bukannya aku ni tak mau buat tapi aku rasa tahun depan depa ubah lagi, lepaih tu ubah lagi.

Depa sughuh buat ni pun sebab nak ikut selera depa. Depa punya produk, depa punya selera la. Tu yang bila pikiaq balik memang tak relevan kalau nak tukaq design sedangkan laman utama website langsung tak tukaq, buat apa nak tukaq design hang sedangkan, produk hang tu dalam page yang sama.

Kalau nak tukaq, kena la revamp balik the whole design baghu la bulih nak tukaq.

Tapi nak buat macam mana, dah oghang bagi keja, mau tak mau, kena la buat bagi siap. Satgi oghang kata aku ni pemalaih la pulak.

Ada 1 lagi projek ni pun sama, sat tukaq, sat bubuh, sat nak buang. Penin kapla sungguh. Gunanya sampai la ni pun aku ghasa tak guna langsung. Dok buat ubah design 2,3 kali dah. Adoi! Senang ja depa ni. Nak ubah, ubah, gunanya dak!

Aku ingat banyak jugak la projek yang aku pulun buat, separuh jalan. Buat cantik-cantik tapi at the end langsung tak guna atau tak jalan. Penat saja dapat!

Ada dulu aku pulun buat projek mega jugak, client semua dah suka, setuju tapi bila marketing bagi proposal sampai ratuih ribu, depa teruih sejuk pala lutut. Senyap sampai la. Melepaih!

Aku ada habaq jugak kat budak marketing tu, toksah la quote sampai macam tu sekali, buat slow-slow la tapi recurring charge supaya depa tak terkejut tengok total amount sampai ratuih riban. Dia setuju tapi tak buat. La ni depa senyap. Nak salah sapa? Aku dah habaq dah, dia pun dok ya ya ya tapi hampeh!

Minggu depan aku ingat nak cuti awal sikit la, kasi siap keja minggu ni, minggu depan cuti rabu khamis sambung jumaat sampai ghaya. Nak relax skit la. Penin tak habih lagi nih.

Bas Lompat

Salam Pekasam semua, pahabaq? Ada ok? Puasa amacam?

Tengok n3 kali ni mesti ramai pernah dan belum pernah dengaq pasai bas lompat ni kan? Kalau yang dah biasa dengaq tu, mungkin ada yang biasa buat masa student dulu dan mungkin ada buat masa mula-mula baghu keja, biasa la baghu keja mana ada keta atau moto. Masa tu pakai public transport orait lagi la.

Bas Lompat ni sebenaqnya fenomena biasa dibuat oleh oghang kerana tiket bas ekpress yang biasa dibeli habis dipasaran. Misalnya, oghang tu nak balik Kota Bharu, Kelantan dan masa tu dia dok Penang. Bas ekspres pulak habis tiket, jadi, terpaksa la naik bas lompat. Ambil bas biasa ke Grik dan juga bas biasa dari Grik ke Kota Bharu.

Contoh ni aku ambik sebab baghu semalam sembang dengan soghang mekanik dari Kelantan bila sembang pasai balik kampung dengan dia.

Itu pengalaman dia balik kampung naik bas lompat dari Penang ke KB dengan bas biasa semasa bulan puasa. Yang teruknya bas lompat ni, kalau bas penuh, kena la berdiri dari Penang ke Grik dan dari Grik ke KB.

Si mekanik ni habaq itu pengalaman dia paling teruk naik bas sebab kena berdiri hampir 6 jam dan terpaksa berbuka puasa kerana tidak tahan dengan keletihan yang dialami semasa berdiri dalam perjalanan dari Penang ke Grik. Masa tu dia naik bas lompat dengan 4 oghang lagi kawan dia.

Aku dulu pun masa student pernah jugak naik bas lompat ni. Biasa la dulu Shah Alam mana ada bas sangat, kalau ada pun setakat round seksyen-seksyen, pi KL atau Klang. Jadi, bila nak pi Seremban berbuka puasa ghamai-ghamai ni memang la susah.

Mula-mula kena naik bas pi KL dulu, masa tu bas 222, sampai bas stand Klang, lepas tu naik bas SKS KL-Seremban pulak. Takdak la penat sangat sebab masa tu oghang tak ghamai dan semua
(9 oghang) yang pi dapat tempat duduk dan kami lena sepanjang perjalanan.

Kami ada jugak pi beraya beberapa tahun sebelumnya di rumah kawan kami di Beranang. Naik bas pi KL dan di Puduraya naik bas ke Beranang.

Mungkin 2 perjalan tersebut diatas tidak memeritkan sangat kerana tidak perlu terkejaq sana sini sebab banyak masa dan tak kalut nak balik kampung.

Tapi bagi oghang yang tak sempat beli tiket ghaya dan ghaya makin menjelma mesti rasa risau dan bimbang takut tak dan sampai atau lebih tepat lagi lewat sampai ke kampung.

Kes bas lompat ni aku rasa jaghang berlaku di belah utara ni sebab bas di utara cukup banyak, begitu jugak selatan. Biasanya kes bas lompat ni berlaku di belah timur dimana perkhidmatan bas ekspress adalah terhad dan walaupun dibuat bas tambahan masih tidak mencukupi.

Bayangkan kalau oghang tu nak balik KB dari KL, macam mana rasanya bas lompat yang dia nak ambik? Mungkin perjalanan pertama dari KL ke Kuala Lipis, dari Kuala Lipis ke Gua Musang dan dari Gua Musang ke KB. Atau mungkin lebih banyak bas yang diambil? Dan bagaimana pula dengan masa yang diambil?

Kalau perjalanan biasa bas ekspress ke KB memakan masa 8 ke 9 jam, berapa pula masa akan diambil untuk perjalanan bas lompat ni? 1 hari? 2 hari?

Yang penting disini bukanlah masa yang diambil tetapi kegembiraan yang akan dikecapi apabila sempat menyambut Hari Raya bersama keluarga tercinta di kampung. Walau macam mana lama dan penat sekali pun menaiki bas lompat ni, ianya tidak dapat menandingi kegembiraan yang dikecapi apabila hajat untuk berghaya di kampung menjadi kenyataan.

Ada sapa-sapa nak cuba naik bas lompat dari KL ke KB? Buat macam perlancongan la, bawak backpack dan naik bas soghang-soghang ke KB. Kalau dapat duduk bulih la, kalau tak dapat? Tak kan nak duduk atas lantai bas kot?

Tapi kalau dah penat sangat, selamba ja la.

Thursday, September 27, 2007

Perihal Meniaga Larut Malam (MLM) Bhgn 2

Salam Pekasam semua....pahabaq?

Aku sebenaqnya bukannya nak sangat makan minum ni tapi salah satu cara nak pikat oghang dengan benda yang kita nak iklankan ni, ialah jamuan. Dalam jamuan tu la kita boleh pikat oghang, sambil makan depa dengaq kita ceghita, lambat bangat mesti sangkut punya. Itu kira salah satu dari strategi pemasaran yang berkesan. Nak pikat oghang, kena pikat perut depa dulu, insyaAllah bulih sangkut.

Tetapi, kalau benda macam tu tak bulih nak buat macam mana oghang nak percaya hangpa ni jutawan, macam mana oghang nak percaya hangpa bulih cek tiap bulan RM40, 50 ribu? Nak berniaga ni kena pandai pikat hati oghang dan dari situ kita bulih senang nak sembang. Macam mana oghang nak terpikat kalau duit minum ayaq pun oghang lain yang bayaq?

Aku mungkin paham, mungkin kawan aku tu nak hormat oghang lama MLM tu, sebab tu dia bayaq kot? Tapi kalau kita pikiaq balik, patut ka oghang susah macam kawan aku tu, baru masuk MLM, nak kenai oghang kena bayaq ayaq minum? Bukan masalah jumlah kecik ka besaq tapi nak impress oghang, kena la tunjuk sikit yang kita ni kaya kan? Bukannya niat aku nak sughuh dia menunjuk ka atau riak tapi sebagai soghang yang banyak duit, awat kedekut sangat nak huluq RM10!!????

Inilah bahananya kalau hidup berlandaskan duit. Kita jadi hamba duit sebab hari-hari dok sembang duit. Sini duit sana duit, kiri duit kanan duit, atas duit bawah duit, utara selatan timur barat semua duit! Bahaya sungguh.

Aku pernah dengaq satu ustaz bagi kuliah. Dia kata, oghang cinta duit atau hamba duit ni takut ceghita pasai mati sebab depa hidup kerana duit. Takut depa mati tak dan nak guna duit depa. Tak dan nak pi melancong, makan angin, beli ghumah besaq-besaq, keta besaq dan segala macam besaq. Bini pun nak tukaq mana yang *toot* kecik tu jadi besaq! Sampai tangga tu pun ada. Ingat Cina saja ka yang nak tengok bini dia ada *toot* besaq, melayu pun reti jugak apa?

Aku tak mau la jadi hamba duit ni, biaq la aku papa pun janji aku bulih settle hutang aku sikit-sikit. Lambat ka cepat ka, itu ikhtiar aku, ada rezeki lebih sikit, aku bayaq advance.

Pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian ni kena pakai sampai bila-bila. Buat hapa senang, kaya raya dalam sekelip mata tapi susah di kemudian hari dan alam barzakh? Yang penting rezeki tu biaq la halal!

Wednesday, September 26, 2007

Perihal Meniaga Larut Malam (MLM)

Salam Pekasam semua, pahabaq? Sihat no? Baguih laa...

Aku ada ceghita best nak kongsi dengan hangpa ni. Ceghita yang mungkin ramai antara kita biasa dok dengaq atau biasa didatangi (approach).

Mungkin semua sudah biasa mendengar MLM atau Multi Level Marketing ni dan mungkin ghamai antara kita yang pernah masuk dan mungkin ramai antara kita yang sudah berbelas kali masuk.

Bagi aku pulak, MLM ni memang aku zero, tatau apa, tak reti dan memang tak berapa minat sangat. Sebab aku tak minat tu, ada la sebabnya dan mungkin itu tak penting untuk aku habaq kat hangpa semua.

Kali ni, aku nak ceghita bab MLM yang cuba approach aku untuk menyertai depa punya Meniaga Larut Malam ni.

Benda ni budak office aku yang ajak. Tak jemu dia dok ajak aku sampai last sekali, dia tunjuk kat aku cek yang dia baghu dapat join MLM tu dalam sebulan. RM4,600++ jumlah cek yang dia tunjuk tu la. Aku ni pulak jenis takleh tengok cek, mula la gatai nak try pi dengaq. Plan punya plan, sabtu tak pi, selasa tak pi, selasa yang kedua, aku berjaya pi walaupun sampai agak lambat.

Talk depa pun dah start sebab aku sampai pun dalam 11.30 malam. Aku terawikh pun buat 8 ja, ingat takmau pi, dah lena dah tapi bila kawan aku telefon mai, dia kata dia tunggu. Aku pun bingkaih bangun, pi la.

Ringkas ceghita, aku dapat dengaq talk tu dalam 5-10 minit dan lepaih tu depa ajak aku lepak kat cafe dibawah dewan tu. Sesi nak racun aku supaya join depa dengan bawak tukang karut yang betoi-betoi kaya-raya dengan MLM depa nih.

Biasa la tu, strategi MLM mesti nak tunjuk oghang yang berjaya untuk pikat oghang-oghang baru kan? Datang la soghang kakak ni, bawak portfolio siap tunjuk cek lagi yang dia dapat beberapa tahun kebelakangan selepas join MLM ni 4 tahun yang lalu. yang aku nampak cek RM20, 30 40 dan 50 ribu dan beberapa keratan akhbar kejayaan dia laki bini join MLM ni. Berhenti kerja untuk buat MLM sepenuh masa laki bini. La ni duk rumah banglo.

Lepaih tu mai laki dia, laki dia la yang dok dengan aku dan perjelaih satu persatu macam mana nak jadi jutawan atau sekurang-kurangnya berjaya macam oghang lain.

Modal dia senang sahaja, aku kena beli produk depa sebanyak 10 bijik dan dalam masa sebulan aku akan dapat RM4,600++ macam kawan aku dapat tu la. Bila beli produk tu, kira macam kita dapat point la dan of course la, kena caghi oghang bawah kita untuk naikkan value dan point kita sebagai uptrend dibawah kita.

Semua yang aku dengaq setakat tu boleh la lagi tapi bila dapat tahu produk yang aku kena beli tu harga dia RM2,000++ sebijik, teruih aku padam. Teruih dalam hati pikiaq, gila mahai, buat hapa nak beli sampai 10 bijik? Sebijik dulu tak boleh ka? Dah la sebijik harga RM2,000++, nak kena beli 10 bijik!!!! Lagi gila. Mana nak cekau RM20,000++ ni?

Tu takpa lagi tapi bila dengaq sampai bab nak kena buat loan semata-mata nak join MLM ni, aku teruih tawaq! Dalam tawaq tapi kat luaq boleh la manis lagi.

Gila ka apa?!!! La ni pun hutang keliling pinggang, nak tambah hutang lagi? Lepaih tu nak kena caghi mangsa seterusnya. Kalau dapat takpa la jugak tapi kalau tak dapat, macam mana? Mati aku nak kena simpan benda tu kat ghumah buat saghang tikus? Gila!!

Bila dengaq nak kena buat personal loan, aku teruih pikiaq dalam hati, buat kejadah apa la aku nak buat loan untuk join MLM sedangkan aku boleh buat loan RM50, 60 ribu untuk settle hutang aku yang ada la ni. Hutang keta pun tahun depan dah nak habis. Banyak boleh save kalau loan keta habis tahun depan, buat apa nak tambah hutang, betoi dak?

Aku tatau la hangpa tapi bagi aku, buat apa nak menyusahkan diri sampai macam tu sekali sedangkan kita boleh, kalau terdesak sangat nak settle hutang, buat la personal loan untuk settlekan hutang, kalau dah terdesak la bagi aku. Tapi kalau dah masa ni kita selesa, bulan-bulan tak miss bayaq hutang, bil telefon, bil kad krecit, loan ghumah, loan keta, bil api ayaq semua tak miss, buat hapa nak tambah hutang? Lepak la, bayaq la hutang ikut jadual, lambat pun takpa la janji bayaq.

Dari dok tambah hutang join MLM lepaih tu lingkup sebab tak dapat nak caghi downline kita, tak ka naya? Tak ka mati nak kena bayaq balik hutang baghu?

Pastu pulak aku terpikiaq. Kalau betoi la depa ni kaya raya takkan la takleh buat jamuan sikit untuk oghang yang baghu mai ni, untuk oghang yang nak join. Kata jutawan, banyak duit, cek ribu riban tapi nak buat jamuan pun tak boleh nak handle? Tunjuk gambaq oghang tu oghang ni pakai keta Mercedes la, Estima la tapi nak bayaq catering untuk jamuan takleh nak handle?

Duit minum kat cafe pun oghang lain yang bayaq? Jutawan hapa???!!!! Kata nak buat amal jariah, masa bulan puasa ni la nak buat amal jariah, buat makan-makan untuk oghang baghu mai dengaq talk ka, untuk anak-anak yatim ka, sedekah kat anak yatim ka, madrasah tahfiz di Myanmar ka, madrasah tahfiz di Malaysia sendiri ka, tak kan tak dak kot? Balik-balik pi trip ke Gold Coast, Korea, Perth sana sini untuk diri sendiri. Amal jariah hapa!!!!! Amal jariah diri sendir?

Kalau dah kaya, buat la open table, tempah satay Samuri ka, beriani gam Putrajaya ka tapi duit minum ayaq pun kawan aku yang bayaq!??? Tak sampai RM10 pun aih! Takkan takleh huluq dalam poket kot?

Bab ni la yang aku tak suka sangat MLM ni. Menampakkan depa-depa ni HAMBA DUIT. Bangun pagi duit, sana sini duit, bukak mata duit, pendek kata, depan mata depa tu nampak note RM berterbangan. Takleh hidup tanpa duit. Duit duit duit. Aku takmau jadi macam depa tu, duit banyak tapi kedekut pahit! Kedekut taik hidung masin kata sepupu aku suatu ketika dahulu.

Kalau dah banyak duit, kasi la pinjam duit hang tu kat oghang baghu untuk tunjukkan kesungguhan. Alaaaa, RM20 ribu bukannya banyak pun kalau dah setiap bulan dapat RM20,30, 40 dan 50 ribu??!!!! Kasi la pinjam. Apa nak takut, mesti dapat pulangan kan? Mesti kaya raya kan? Rasanya takdak la masalah nak bayaq balik hutang hangpa kan? Tapi, kalau dah bangsa hamba duit, mesti sayang duit punya la! Mana boleh nak kasi oghang kan?

Macam mana pendapat hangpa? Ada pernah masuk MLM ni dak? Ceghita skit, kongsi la sama pengalaman hangpa. Mungkin berguna untuk mereka-mereka yang baghu supaya tidak terjebak.

Sunday, September 23, 2007

Al-Fatihah Buat Adik Nurin Jazlin Jazimin

Salam Pekasam buat semua, semoga puasa hendaknya.

Hanya surah al-Fatihah sahaja yang dapat mengiringi jenazah adik ke liang lahad. Sesungguhnya syurga menantimu di sana. Amin.

Dan kepada manusia durjana yang melakukan perbuatan terkutuk dan terkeji ini, sejauh mana engkau hendak lari? Allah Maha Hebat dan engkau PASTI menerima azabNya kelak!

Kepada keluarga Jazimin Abd Jalil, bersabarlah kerana kalian akan bertemu dengan Nurin Jazlin di syurga nanti.

Kepada polis Malaysia, TAHNIAH! Tahniah kerana hangpa semua tidoq! Tak buat hapa! Kata dah ada suspek tapi tak tangkap-tangkap lagi? Apa ceghita?

Kepada KPN, Musa Hassan, cuba fikir perkara sebegini terjadi kepada diri sendiri. Just imagine people will say that they can prosecute you for being careless? Cuba fikir kalau kena batang hidung sendiri. Apa nak jawab?

Kepada TV3 & KOSMO! yang tuduh bapa Nurin Jazlin terlibat dengan along, makanlah duit haram dari berita palsu yang hangpa jual tu! Sikit pun Allah tak terima amal hangpa yang makan duit haram!

Aku harap TV dan surathabaq dapat siarkan muka orang yang dituduh terlibat dengan pembunuhan ini. Jangan sembunyi-sembunyi, paparkan seluasnya!

Friday, September 14, 2007

Selamat Berpuasa

Salam Pekasam kepada semua pembaca Pekasam.

Dibulan baik dan mulia ini, chek nak ucap selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua semoga puasa hangpa penuh dan berkat dengan amalan-amalan yang lain. Kepada yang tak penuh tu, takpa, chek faham.

Dikesempatan ini chek nak mintak maaf kepada sesiapa sahaja diluar sana yang sekiranya ada, chek tertulih apa-apa yang menyinggung perasaan hangpa.

Selamat berpuasa dan berjimatlah dibulan puasa. Makan ikut mulut bukan ikut mata. Jangan ikut sangat nafsu mata, kalau ikut nafsu mata ni, sebijik ghumah dia nak telan.

Thursday, September 6, 2007

50 Tahun Merdeka

Salam Pekasam semua semoga berada dalam lindungan Allah selalu.

Sedaq tak sedaq, kita baghu saja merayakan kemerdekaan negara kita yang ke-50, jubli perak ka jubli emas? Bukan jubli Emas tu 100 tahun ka? Jubli Perak tu 50 tahun ka? Betoi tak betoi, tak tau. Lantak pi.

Bila dok check balik apa aku buat sebelum 31 Ogos untuk menunjukkan aku menanti saat-saat 31 Ogos tu. Mula-mula, aku memang malaih dah nak beli bendera pacak ataih cermin keta sebab, memang selalu tercabut. Kualiti kain yang digunakan tiada nilainya dengan bendera yang nak aku pacakkan ataih cermin keta aku. Satgi bila aku letak, bawak keta laju skit, kain bendera terkoyak, terbang tatau pi mana dan yang pastinya jatuh atas jalanraya dipijak dan digilis berpuluh malahan beribu tayar kenderaan.

Dari aku menghina bendera dengan perbuatan yang tak disedari, baik aku tak payah pacak bendera ataih cermin keta, letak ja dalam hati. Pacak dalam hati sampai bila pun tak tercabut.

Cuti 3 hari sempena merdeka pun aku tak pi mana. Relax serelax relaxnya sampai kepala naik pusin. Sabtu ja aku keluaq sat pi ghumah mak cik aku di Johan Setia Klang. Dia semelih sekoq lembu. Tu pun aku pi lambat sebab aku budget nak pi kemaih. Ada la jugak exercise dari dok pi awai melantak sakan.

Hikmah pi lambat ni, makanan memang ada banyak lagi sebab bukan kenduri kawin, kenduri doa selamat ja, jadi, nasik, lauk termasuk ayaq teh dengan jus mangga pun ada banyak lagi. Itu kelebihan majlis doa selamat ni.

Hari sebelumnya jumaat, memang tak pi mana, bangkit, tunggu jumaat, lepaih tu balun tengok TV, melayari internet sampai kepala pusin.

AKu stay sampai malam ghumah mak cik aku, tolong dia kemaih bersama dengan soghang lagi mak cik aku. Kira baguih jugakla aku pi lambat, bulih jugakla ringankan beban mak cik aku walaupun tak dihargai sangat. Biasala mak cik aku tu. Bagi dia, aku ni tiada kepentingan, buat apa hargai sangat. Oghang lain takpa la, sebab ada kepentingan. Biaq pi, benda kecik.

Ahad, pun tak pi mana. Duk ghumah.

Bila pikiaq balik, baguih sebenaqnya duk ghumah dari duk pi keluaq berjalan sana sini time cuti merdeka ni. Dah la KL dipenuhi bangla, pakistani, india hey, nepal, indon dan macam-macam lagi PATI. Duk ghumah tak penin kepala sangat dok layan bau haprak depa dan boleh tengok TV atau baca buku.

Terpikiaq jugak, 50 tahun merdeka apa yang kita semua dapat? Cukup ka kemerdekaan dengan saudara kita di Melaka diancam pengusaha babi haram kuasa dua. Sebab apa kuasa dua? Sebab babi tu memang haram, tambah pulak dengan ladang ternakan depa tu pun, ladang haram, jadi la babi haram kuasa dua. Apa la nasib depa. Sampai la ni, tak settle-settle lagi.

Mangsa Tsunami yang sudah berapa tahun duk di ghumah sementara yang tak nampak macam rumah sementara walaupun flat depa dah lama siap. Oghang tak masuk lagi, nyamuk dah 10 keturunan duk berleluasa kat flat tu. Apa la nasib depa.

Kes bunuh, rogol berleluasa sampaikan aku baca pun naik takut. Memang la tak dak sapa nak rogol aku tapi kesian la dengan mangsa-mangsa rogol tu. Apa nasib depa? Masa depan depa.

Ketegangan antara kaum memuncak walaupun dinafikan kerajaan. Tak percaya? Cuba tengok kes babi haram kuasa dua di Melaka tu. Pengusahanya kaum mana? Yang buat komplen kaum mana? Masa pihak berkuasa nak pi lupus babi tu pun pengusaha babi haram kuasa dua pi halang depa dengan sangkaq bekaih babi. Yang buat tu cina, yang kena buat tu ada melayu, ada india. Cuba pikiaq apa perasaan oghang melayu di sana? Tak tegang ka lagu tu? Bukannya baghu 2,3 tahun berlaku, dah 50 tahun berlaku dah benda ni.

Yang peliknya, nak kurang lagi sampai 48K babi? Nak kurang pejadah hapa kalau ladang depa tu ladang haram? Lupus semua ja la! Simpan buat hapa kalau dah betoi depa tu pengusaha ladang haram. Pasai apa dok bagi muka?

50 tahun merdeka ni bila pikiaq balik, kat negara kita ni ada 2 benda haram disisi Islam iaitu arak dan babi merupakan yang terbesar di Asia Tenggara. Kilang Carlsberg + Guiness dan ladang babi haram terbesar di rantau Asia.

Syabas Malaysia!

p/s: Ceghita Langkawi trip sambung kemudian, ada sikit lagi.

Tuesday, August 28, 2007

Bercuti Ke Langkawi - Siri 2

Salam Pekasam semua, harap berada dalam kandungan sihat dan berwaspada selalu bila menaiki bas ekspres.

-Pagi-
Hari pertama cahaya matahari menyinari bumi Langkawi, plan aku nak pi naik keta cable. Check peta yang company keta sewa tu bagi, tak jauh dari tempat kami duduk. Kalau duduk di Kuah lagi jauh, tambah lagi dalam 15-20 minit nak sampai tempat keta cable tu.

Sampai di tempat tu dalam pukul 9.45 pagi tapi tempat tu macam dah penuh, ghamai sungguh oghang mai, musim cuti sekolah, biasa la.

Dengan penuh sabaq dan sebotol ayaq mineral, dapat la naik keta cable. Masuk plak sekali dengan tourist dari Greece, 3 beranak tapi yang penting bini dia duduk mengadap aku. Bukan apa, terpegun tengok kecantikkan dia. Macam dok tengok dalam ceghita Mexico, ceghita Sepanyol. Mata hijau, hidung mancung sebijik dalam TV yg kita dok tengok tu la.
Sempat la sembang dengan depa 3 beranak tu sepatah dua. Depa pun peramah la jugak tapi jenis tanya sepatah jawab sepatah, mungkin depa jenis tak berapa reti cakap English kot. Tatau la kat depa, biaq pi, janji suka hati naik keta cable. Keta cable ni 1 tiket dewasa dalam RM26 tapi aku ambik package kat hotel aku duduk, dapat la mughah RM2. Budak-budak ghasanya dalam RM24, discount dapat la RM22.

Aku tak turun pun kat atas tu sebab kabus tebal, kalau turun pun bukannya nampak apa. Duduk la dalam keta cable tu sampai turun, Perasan gak bini mat Greece ni dok kerling kat aku. Terkejut jugak la tapi dia memang pandai kerling sebab bila aku nak kerling balik, dia sempat kalih kerling tempat lain. Hahaha.

Lepas habis satu tempat keta cable aku pusing, naik keta pi Telaga Tujuh pulak. Tempat ni kalau nak mandi memang best la sebab ayaq sejuk tapi aku tak naik atas sebab kaki dah penat sangat berdiri lama beratur nak naik keta cable tadi. lagipun banyak sangat beruk yang berkeliaran, ada dalam 40-50 ekoq. Malaih nak gaduh dengan depa.

Lepak kat bawah, pekena nasi makan tengahari dan balik ke hotel. Sampai hotel, tidoq tak ingat apa, penat gila bawak keta. Petang sedaq, siap nak pi caghi kedai makan malam la pulak.

-Malam-
Pusing punya pusing, terasa nak try satu kedai yang dekat airport tu, sebelah roundabout. Tengok kedai ghamai oghang, keta banyak, bas pun 2,3 bijik berenti. Pikiaq dalam hati, mesti kedai ni sedap. Hujan masa tu bukan main lebat. Nak tak nak terpaksa la turun sebab perut lapaq gila.

Satu nak pesan, oghang ghamai tu tak semestinya kedai tu masak sedap. TAK SEDAP! Menyesai singgah kedai tu. Punyala sakit hati. Nasib baik ada nasik lemak. Terubat la jugak. Makan tomyam dengan sup tulang, kaler kuah dia tu sama ja, kelabu asap. Pelik sungguh tomyam dan sup tulang kuah sama. Sedap tak sedap, nasik habis la jugak. Tu pun kena cover dengan 2 bungkuih nasik lemak sebab nasi putih depa tak sedap. Pakai beras mughah kot.

Balik hotel, lepak layan tengok tv series kat laptop sambil layan hujan turun dengan lebatnya.

*Atas permintaan ghamai, (bukan ghamai pun, 2 oghang jaaa), letak jugak la gambaq bini greek tu. Cuba
tengok tang hidung, mancung dak? Tu belum tengok mata hijau dia lagi tu. Kalau tengok baju dia pakai, lagi juling mata. Hahahaha

Tamat bahagian kedua.







































Nota: Nak kena masuk lab CSI la kalau nak muka penuh ni

Thursday, August 23, 2007

Bercuti Ke Langkawi - Siri 1

Salam Pekasam semua, harap berada dalam kandungan sihat dan berwaspada selalu bila menaiki bas ekspres.

Punya lama dok plan nak pi Langkawi, beli tiket secara online melalui Air Asia 2 bulan lepaih dan 18hb hari tu masa untuk terbang ke Langkawi.

Punya excited nak pi siap beli beg galas baru semata-mata kononnya, backpack travel la ni. Plan balik dengan feri dan ambik bas di Aloq Staq.

Hari jumaat, dapat SMS dari Air Asia, flight delay 2 jam dari pukoi 6.50pm ka 8.05pm. Takpa la lagi tapi rugi la sebab dah book hotel 18hb sampai 21hb. Rugi la skit sbb sampai malam tapi takpa la sebab tiket murah, RM9.95 sahaja.

-Malam-
First time pi LCCT, check in semua tunggu nak masuk, pi makan di McD sat sementara tunggu.

Masuk ja dalam, tengok oghang dah beratuq nak naik flight. Kena tunggu lagi beratuq dalam 10 minit. Masa naik naik tu pakat dok berlari anak la sebab ghamai, pastu plak pakat dok pulun nak naik guna tangga depan. Nampak tangga belakang kosong, dok usha baik, lepaih tu nampak ja staff airport kasi naik, teruih berlari anak ka tangga belakang.

Dengan backpack, lari naik tangga belakang. Bayangkan. Penat. Dapat duduk seat area belakang, lega.

Dalam flight, semuanya berjalan dengan lancar, berlepas pun dalam pukoi 8.00pm. Semasa perjalanan ada sekali bertembung dengan cuaca buruk. Masa tu la baru terpikiaq yang delay sampai 2 jam tu mungkin disebabkan ramalan keadaan cuaca kot. Dalam hati punya lega dok pikiaq.

Sampai di Langkawi International Airport dalam pukoi 9.00pm, sampai ja di airport, telefon Pak Din keta sewa. Sebelum ni pun dah lama dah dok confirm dengan dia pasai keta. Sampai tu ja, dia mai sambut kat airport dengan keta Gen 2 auto. Mahai tak mahai dalam RM100 sehari. Booked untuk 3 hari, kena la RM300.

Sampai di resort yang dah booked tu, receptionist tutup tapi nasib baik kunci bilik dia ada bagi kat guard. Selamat, dapat la tidoq dalam bilik malam tu.

Tamat Bahagian Pertama.

Gambaq sebelah adalah Pantai Pasir Hitam. Perasan dak pasiaq pantai tu, hitam legam. Haluih pulak tu. Perlu diingat, gambar disebelah dirakan bukan menggunakan kesan khas. Semuanya adalah benar belaka. Gambaq ori.






Wednesday, August 15, 2007

Nasib Tak Baik

Salam Pekasam semua, lama tak masuk entri nih, bizi sakan, keja banyak...

Ceghita pasai nasib tak baik sebenaqnya berlambak. Berdozen ceghita nasib tak baik ni. Jadi kali ni aku nak ceghita skit la pasai nasib tak baik aku dengan soghang pulis ni.

Kisahnya disatu pagi, masa tu nak pi opis, nak masuk opis kena u-turn kat satu traffic light. Masa dekat nak sampai tu, tengok lampu kunin lagi, tekan minyak skit, lepaih la lampu tu, kuning, bila lepaih ja lampu tu, dia tukaq meghah.

Kebetulan nampak la kat belakang 4 oghang pulis naik moto, 2 laki 2 pompan.

Yang soghang ni apa lagi, nampak aku langgaq lampu meghah (dia kata) ni, dia ligan la. Pin! pin! pin! Belakang keta aku dok ligan baguih punya. Dia sughuh berenti, aku bagi signal sat, sebab nak masuk parking.

Berenti di parking, aku tanya dia, salah apa? Dia teruih mintak lesen dengan IC. Aku tanya lagi sekali apa salah? Dia kata cik langgaq lampu meghah.

Aku kata kat dia, masa lepaih lampu tu kunin lagi. Tapi dia kata plak, aku langgaq lampu meghah. Duk kata lagu tu la, dia dengan aku, punya panaih telinga.

Kawan dia yang soghang antara 3 oghang tu tenangkan aku, sughuh aku bagi dulu lesen dan IC, dia kata tak saman cuba nak masuk dalam buku sebagai amaran sahaja. Aku dengaq lagu tu, teruih bagi lesen tu. Masa dia dok tulih tu aku tak puaih hati lagi la, argue lagi sebab aku rasa lepaih lampu tu, kunin lagi. Dia pun dok tegak benang basah jugak yang dia kata aku langgaq lampu meghah.

Aku punya hangin, ambik balik lesen dengan IC aku, dia nampak gabra tapi control macho sambil dok mintak lesen dengan IC aku. Aku sambung argue dengan dia.

Kawan dia tenangkan aku lagi. Aku bagi balik lesen dengan IC.

Lepaih dia tulih tu, aku senyum kambing la sebab tak pasai pagi-pagi buta nak kena gaduh pasai lampu kunin atau meghah. Masa tu jugak pulis yang dok argue dengan aku tadi dan lagi perli aku, sengih la sengih, kalau buat lagi saya saman dia kata.

Aku dengaq tu hangin 1 badan, muka dia aku nampak kecik, rasa nak timbuk time tu jugak. Pikiaq dia pakai baju pulis ja, kalau dak, memang timbuk!

Lepaih pada hari tu, di traffic light yang sama aku tengok, beberapa bijik moto keta langgaq lampu meghah dengan selamba. Sekoq pulis pun tak dak.

Pikiaq jugak dalam hati, tak kan empat-empat pulis yang nampak aku buat (tak buat sebenaqnya) salah haghi tu mana pi?

Nasib depa memang baik, nasib aku dak haghi tu. Hahaha!

Saturday, August 4, 2007

Merdekakah Kita?

Salam Pekasam semua,

Diam tak diam, kita dah masuk bulan 8, bermakna tahun 2007 sudah sebulan memasuki pertengahan tahun dan dalam beberapa minggu lagi kita akan menyambut kemerdekaan yang ka 50.

Sebut pasai merdeka ni, sebenaqnya banyak benda kita boleh kaitkan. Macam oghang yang merokok la (mintak maaf no), kalau dia dapat berhenti tu kira merdeka la tu. Merdeka ni banyak istilah yang kita boleh pakai. Macam-macam perkara kita boleh jumpa dan ada kena mengena dengan kemerdekaan.

Merdeka bukan hanya dok pi laung merdeka merdeka sampai runtuh tembok China ka apa, merdeka ni luas. Bukan sahaja negara kita yang bebas dari kuasa penjajahan malah yang penting di sini, diri kita sendiri.

Apa guna negara yang bebas kalau minda kita masih dibelenggu penjajah.Apa guna negara merdeka kalau tingkahlaku kita masih dibelenggu penjajah.Memang takleh nak nafi yang benda tu semua hak individu masing-masing tetapi pernahkah kita pikiaq kita hidup ataih dunia ni apa tujuan?

Kita percaya syurga neraka tetapi pada masa yang sama tak dak buat apa-apa. Kita tau kita nak masuk syurga tapi kita tak dak usaha ke arah tu. Begitu jugak kita tau kita takut api, tak mau masuk neraka tapi dok pulun ikut perangai kapiaq! Benda basic yang kita kena buat 5 kali saghi pun kantoi!

Aku suka dengaq khutbah jumaat kat MMU semalam, ringkas dan padat. Khatib dia seorang mualaf dari UK, pakaian sempoi, lengan pendek, seluaq denim naik baca khutbah.

Dia ceghita pasai surah wal-asr. Berpesan-pesan dengan hak dan berpesan-pesan dengan kesabaran. Dia ada sebut pasai adat dan agama, mana nak pegang dulu? Dia ambik contoh pasai adat bersanding. Kita semua tau, bersanding tu adat hindu tapi dok buat jugak. Pasai apa? Kita ni nak letak Islam kat depan ka atau nak letak adat di depan?

Banyak perkara yang dia sebut berkenaan dengan sebab dan akibat sesatu masalah akhlak orang Islam. Cause and symptoms.

Yang aku nampak la ni, kita masih lagi dibelenggu oleh pemikiran atau adat yang tidak berlandaskan Islam. Yang tu kita dok pulun tapi yang berlandaskan Islam kita letak nomboq 2 nomboq 3.

Merdekakah kita?

Monday, July 23, 2007

Apa Nak Buat? Tolong!!

Salam Pekasam semua...

Baghu la ni aku dapat tau yang ada soghang awek ni, la ni dia dah kawin la, anak satu, dulu masa bujang dia ada hati kat aku. Selama ni pun aku ada dok pikiaq pasai ni tapi malaih nak tanya, malaih nak kata apa. Tiba-tiba hari ni semacam boleh baca pulak.

Pagi tadi dok sembang dengan member ni kat cubical dia, lepaih tu awek ni mai la nak jumpa kawan ni, muka dia nampak terkejut bila nampak aku, aku buat tak nampak, tak tengok muka dia. Yang kawan ni pulak dok usik, hang ni N, mai la lepak sini, dulu masa bujang dok bercinta bukan main. La ni segan la pulak.

Yang awek ni malu la, dia tanya member tu kerja yang dia nak tu dah siap ka belum dan teruih pi. Yang aku ni pulak dok terpikiaq, betoi ka apa yang kawan aku dok kata tu. Aku segan nak tanya kawan aku ni sebab nanti dia kata aku perasan plak, so aku biaq.

Bila aku biaq, pikiran aku dok kacau. Dari pagi tadi sampai petang, malam ni, aku tak boleh nak fokus. Dok teringat masa kami baghu kerja dulu la. Kami dulu satu department. Kami rapat, boleh bergurau dan time dia telefon mak dia pun aku sempat bergurau habaq kat dia suruh kirim salam kat mak. Padahai mak awek ni tapi aku dengan selamba, anggap macam mak sendiri.

Aku ada jugak dok pikiaq, betoi ka dia ada hati kat aku tapi aku takmo tanya dia takut dia kata aku perasan pulak.

Masa kami rapat dulu, aku anggap dia kawan, betoi-betoi kawan. Time tu aku dok bercinta dengan oghang lain. Dia jugak yang hantaq aku ke bus stand masa aku nak naik bas pi ghumah awek yang aku dok bercinta masa tu.

Lepaih aku bercinta dengan awek lain pun, dia ada nasihat aku, jangan dok pi ghumah oghang kalau hang tak serius. Banyak jugak la dia nasihat tapi boleh kata semua aku buat pekak.

Setelah 10 tahun ni aku baghu terpikiaq balik. Ada jugak nak tanya kawan baik 2,3 oghang tapi segan la pulak. Takut aku ni yang terlebih perasan. Perlu ka aku tanya kawan baik aku yang mungkin tau pasai benda ni?

Fikiran aku kacau hari ni, kerja takleh nak fokus tapi Alhamdulillah kerja siap.

Dan kalau apa yang aki pikiaq ni betoi, aku nak betoi-betoi mintak maaf kat awek ni sebab aku dah melukakan hati dia.

Ya, tuhan apa patut aku buat?

OR JUST FORGET IT! GET A LIFE!! She's married already!

Thursday, July 19, 2007

Hang Rimaih Dak?

Salam Pekasam semua...

Semalam sebelum balik try la tanya member office ni, perempuan, bini oghang, baghu kawin tahun lepaih. Aura anak dara masih kuat. Oghang Penang. Anak mami. Lawa.

"Hang rimaih dak kalau hang pi mana-mana, laki hang takdak la, bila duduk pi makan misalnya, oghang dok tengok hang. Dia perati hang ataih bawah ataih bawah. Hang bangkit, hang duduk, hang bangkit, hang duduk, oghang tu perati hang macam nak tercabut bijik mata."

"Hang berjalan pun, dia dok perati. Pendek kata, sapa-sapa yang selisih dengan hang mesti tak lepaih peluang perati hang, tengok ataih bawah. Hang rimaih dak?" Aku tanya.

"Dah memang aku cantik, sebab tu la oghang tengok aku kot." Dia jawab.

"Laki hang dak jeles ka kalau dia ada sama tengok oghang dok perati hang ataih bawah?" Aku tanya lagi.

"Ada gak la. Ada sekali tu dia tegoq. Tengok apa?" Dia jawab lagi.

"Kalu hang perasan oghang tu tengok hang macam nak telan, hang rimaih dak?" Aku tanya lagi.

"Rimaih la, mana dak rimaih kalau oghang tengok sampai macam tu." Dia jawab.

"Hang tau dak oghang tengok hang, perati hang ni bukan sebab hang ni cantik saja."

"Pasai apa lagi?" Dia tanya dengan dahi berkerut.

"Pasai hang ni suka pakai seksi kot." Aku jawab.

"Uish! Dak aih! Aku pakai biasa la, macam ni la, macam aku pakai pi office ni la, seksi ka?" Dia tanya aku balik.

"Seksi la bagi aku sebab aku pun duk perati hang macam nak telan." Aku jawab balik.

"Ishhh...hang ni!" Sora macam nak maghah.

Dia kalih pungkok teruih mengadap PC dia.

Pelik gak aku, oghang pompan ni pakai seksi untuk sapa sebenaqnya? Laki dia bukannya ada di office nak tengok. Yang laki ni pulak, biaq ja bini pakai lagu tu.

Dia rimaih, tak suka kalau oghang dok perati dia macam nak tercabut bijik mata tapi dok pakai seksi jugak. Kalau tak suka oghang perati hang, tok sah la pakai seksi. Mata aku tak seksa nak perati hang. Haha.

Monday, July 16, 2007

Rabak Poket!

Salam Pekasam semua,

Punya la semangat nak balik tadi, ingat nak masak buat bukak posa, sekali tekan remote alarm keta, tak idop-idop. Try bukak dengan kunci, mestila alarm bunyi, punyala hingark. Satu Cyberjaya dengaq!

Try telefon kawan ex-mekanik KIA, tanya tu tanya ni, semua tak jalan, siren alarm dok mekik sampai bengang kepala. Dok syak bateri la sebab bateri baghu tukaq hari tu. Ingat bateri dah kong!

Cabut bateri, bawak pi kedai bateri (nasib baik ada opismate tolong), mekanik kedai bateri test bateri ok, bawak mekanik kedai bateri ke Cyberjaya, test keta, alarm pulak bungkuih! Adoi! Dah la bateri baghu tukaq, tayar plan nak tukaq tapi sebab alarm punya hal, kena tukaq alarm dulu la, hampeh! Sabaq je la.

Rabak poket lagi dalam RM120 tukaq alarm chap ayam. Janji alarm.

Friday, July 13, 2007

Pasai Apa Letak Gambaq Oghang Lain?

Salam Pekasam semua, pahabaq?

Pagi tadi masa dok lepak lepaih semayang Jumaat, ada soghang member habaq, bini dia maghah dia pasai dok letak gambaq artis Korea sebagai wallpaper kat laptop di ghumah. Kebetulan artis Korea tu bini dia pun suka tengok drama dia. Bini dia siap beli DVD lagi. Member ni habaq, dia kenai artis Korea ni pun sebab bini dia yang sughuh dia tengok drama Korea tu.

Dia kata bini dia jeles kot, tu yang merajuk sakan sampai malam tu dia peluk bantai, malam jumaat plak tu, kata member tu.

Dia ada gak la try pujuk bini dia:

"Nasib baik saya letak gambaq artis Korea perempuan, kalau saya letak gambaq artis lelaki, awak tak risau ka? Nanti awak fikir saya gay pulak kalau letak gambaq artis lelaki."

Bini dia sambung: "Letak la gambaq saya."

" Gambaq awak saya tak letak kat laptop sebagai wallpaper, saya letak kat sini dan di sini." Sambil dia tunjuk kat kepala dan dada dia. Bini dia senyap tapi merajuk susah nak pujuk. Tarik muncung panjang, lepaih tu member tidoq peluk bantai.

Bila aku pikiaq balik, betoi jugak pujukan member tu sebab gambaq oghang yang kita sayang bukan untuk tayangan sapa-sapa tapi untuk diri kita soghang la kan? Letak kat kepala dan hati supaya ingat setiap masa, sedangkan artis korea tu letak kat laptop, ingat pun masa bukak laptop. Bila laptop tutup mana nak ingat pun. Sebut nama artis Korea tu pun susah.

Pelik jugak perempuan ni kan? Gambaq artis Korea, apa nak susah hati? Bukannya laki hangpa nak kawin dengan artis Korea tu kan? Just sebagai hiasan dan hangpa patut berbangga sebab hangpa jadi hiasan abadi laki hangpa dalam kepala dan hati dia. Tempat yang paling baik dalam badan manusia kan? Bangga la!

Macam dulu satu kes, ada soghang member kata, bini dia habaq, "Kalau nak kawin dua boleh tapi madu saya tu saya tak nak oghang lain, saya nak Siti Nurhaliza ja sebagai madu saya."

Tu dia aih! Terkejut gak aku dengaq, lawak pun ada.

Lepaih tu soghang lagi habaq, bini dia bagi dia lesen kawin 2 tapi dengan syarat bini no 2 takleh lawa dari dia. Aku gelak ja la dengaq.

Thursday, July 12, 2007

Macam Mana?

Assalamualaikum semua, pahabaq?

Lama sungguh tak menulis ni, sibuk la minggu lepas minggu ni dok siapkan kerja di office nih. Tadi baghu submit satu competition kat Cyberjaya. Penat jugak la sebab nak kena pi 2 kali, tercicir sikit punya file yang patutnya kena submit, nasib baik dan hantaq.

Aku ada 1 kemusykilan. Dari dulu sampai la aku dok pikiaq oghang kata kat aku la, muka hang ni kalau sekali tengok macam bonzer, macam oghang jahat pun ada tapi bila kenai hati, hang baik, suka menolong (bukan promote aaa) dan macam-macam lagi.

Tapi bila tengok muka hang kalau oghang tak kenai mesti takut nak dekat. Bak kata oghang, 1st impression. Ada gak yang kata muka aku ni macam muka penjahat.

Itulah antara kata-kata kawan aku yang aku ingat sampai la ni masa aku mula-mula masuk ITM dulu.

Memang betoi kata kawan aku tu, bila aku dok perati muka aku lepaih mandi tadi, muka aku memang nampak garang, nampak bengis macam bonzer. Tu yang aku nak tanya hangpa semua, macam mana nak buat oghang suka kat aku bila 1st time tengok muka aku?

Pendek kata, macam mana nak buat oghang suka kat aku? Ataupun oghang senyum bila tengok aku, bukannya tarik muka masam.

Monday, July 2, 2007

Talam Dua Muka

Ini talam bukan sebarang talam. Bukan Talam Holdings yang tak gheti buat rumah tu. Bukan nama dia talam bin sekian-sekian. Ini talam tarak elok punya talam. Kalau tanya sama itu Samy Vellu pun, dia tarak tau sapa. Ini talam bukan untuk makan punya talam atau untuk bawaq ayaq minuman. Ini talam sangat bahaya wooOOOOo.

Dalam dunia sekarang ini bermacam-macam ragam manusia ada. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercayai. Ada yang hitam ada yang putih. Ada yang wangi dan ada yang busuk. Ada yang boleh diharap dan ada yang tidak boleh diharap. Ada yang tidak suka tikam belakang, ada yang suka tikam belakang. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercayai.

Manusia talam dua muka ini memang manusia yang amat-amat merbahaya. Pasai aku kata merbahaya? Satu yang paling ketara tentang talam dua muka ini ialah, mereka pandai bermuka-muka. Manusia yang mempunyai banyak muka. Bukan satu bukan dua malah beribu. Di depan kita dia baik, tetapi dalam masa yang sama di depan kita juga, dia boleh bertukar menjadi seperti manusia yang tidak pernah kita kenali.

Ada juga yang apabila di depan kita dia baik tetapi di belakang kita, dia akan memfitnah kita seburuk mungkin. Jenaih yang begini memang banyak dalam dunia sekarang ini. Jenis yang bermuka-muka dan tidak ikhlas apabila berkawan. Pernahkah kita menghadapi atau berjumpa dengan manusia yang sebegini? Atau adakah kita sendiri berperangai sebegini tanpa kita sedari.

Manusia talam dua muka ini sebenaqnya bukan boleh dipercayai kerana di depan kita bukan main baik lagi tetapi di belakang kita, habis satu dunia dia fitnahkan kita. Talam dua ini seperti juga manusia hipokrit, suka berbohong untuk menutup pekung di dada. Dalam Islam, orang sebegini boleh dianggap sebagai munafik. Pandai membuat janji tetapi tidak pandai menetapi janji.

Talam muka pula amat pandai memberi pujian tetapi pada masa yang sama boleh bertukar menjadi seperti musuh apabila duduk bersama orang yang lebih tinggi darinya. Niatnya hanyalah satu, untuk membeli jiwa orang diatasnya supaya menjadi sahabat barunya. Sahabat lama, dilupai dan dijatuhkan tanpa perasaan belas!

Menderum Keluar?

Salam Pekasam semua!

Masuk hari ni dah 3 kali aku tengok Transformers. Hari khamis 28hb aku pi Summit USJ dengan opismate tengok show pukoi 12.15PM. Hari jumaat malam sabtu aku pi tengok lagi di Midvalley show pukoi 9.30PM soghang-soghang.

Hari ahad, aku pi tengok lagi dengan relatives di IOI Mall show pukoi 12.45PM.

Betoi-betoi mengalahkan budak, bila mai bab Transformers ni. Memang takleh nak kata apa sebab kartun Transformers memang kartun favourite aku masa kecik. Walaupun aku jarang follow kartun dia kat TV tambah plak masa tu RTM manjang miss slot Transformers ni, aku slow skit la nak follow.

Bila dah tua ni aku try nak follow balik dengan beli buku Transformers: The Ultimate Guide tahun 2005. Diikuti dengan aku beli 1 set VCD Transformers Energon versi Jepun.

Bila tengok filem ni keluaq tahun ni, mula-mula sekali aku tak setuju pasai Michael Bay tukaq habih design Autobots dan Decepticons ni terutama Megatron, lain teruih, tak sama langsung.

Tetapi bila aku tengok filem ni, aku teruih chop filem ni filem terbaik abad ini! Spiderman 1,2,3 pun kena kentut la dengan Transformers ni! Tak keterlaluan kalau aku kata filem trilogi Lord of The Rings pun kalah!

Bayangkan Transformer akan keluaq lagi movie ke-2 dia dan kita akan mendengaq lagi Optimus Prime berkata: "Autobots, menderum keluar!"*
Disambut autobots-autobots lain; "Kami menderum keluar!"*

*Autobots, roll out! We roll out!

Tuesday, June 26, 2007

Betul Ke?

Salam Pekasam semua,

Betul ke melayu kita ni bila dah naik/senang/berjaya/kaya-raya/etc etc jadi lupa diri/berlagak/sombong/etc etc?

Monday, June 25, 2007

Ini Ada Satu Ceghita

Salam Pekasam semua, pahabaq?

Pagi semalam aku sempat makan bersama seorang kenalan lama yang rapat semasa di UiTM, satu kolej Jati, bersarapan di Hassan Cafe.

Aku bagi singkatan H la, satgi nak guna senang skit. Si H ni ada tanya aku pasai satu permasalahan keluarga dia. Buat pengetahuan hangpa semua, si H ni anak ke-3 dalam family dia yang ada 5 beradik (2 perempuan 3 lelaki). Dia ada 2 kakak dan 2 adik lelaki. Umoq H ni baya aku la, lahir tahun 1972, dah kawin anak soghang, perempuan.

H habaq kat aku, dia dah lama tak balik kampung sebab konfrontasi skit dengan mak dia. Aku terkejut jugak la mula-mula tu sebab bab-bab mak ni aku habaq awai-awai, jangan buat main. Syurga bawah tapak kaki mak hang, aku habaq kat dia.

Dia habaq kat aku, hang kena dengaq dulu ceghita aku ni lepaih tu hang kata la apa pun nak kata tapi dengaq dulu my side of story kata H mengasam kan bahasa utagha dan mat salleh.

H ada mak ada ayah lagi. Kakak dia 2 oghang dah pun kawin, yang sulung ada 4 oghang anak, kakak dia nombor 2 pun dah kawin, ada anak 3. Adik lelaki yang bawah dia pun dah kawin, anak 2 dan adik bongsu dia tak kawin dan tak keja lagi tapi umoq dah dekat 28.

Sebenaqnya H habaq kat aku dia memang dah lama simpan hati kat mak dia. Tak puas hati la sebab dia macam rasa tersisih sedangkan adik-beradik dia dapat apa yang depa nak. Dia ada bagi banyak contoh, antaranya;

i) Masa dia sekolah menengah, dia ada mintak mak dia belikan motor kapcai 2nd hand untuk ulang alik pi sekolah sebab H habaq dia memang aktif kat sekolah. Pagi petang nak kena pi ulang alik. Pagi belajaq petang dia berlatih hoki untuk sekolah. Motor kapcai masa tu busuk-busuk pun dia kata dalam RM500 boleh dapat, tahun 80an tapi mak dia buat sengap. Sikit pun tak kata apa tambah lagi ligan dia 1 rumah sebab mintak lebih-lebih.

ii) Yang jadi dia tak puaih hati ni sebab bila kakak dia yang sulung tu mintak mak dia beli keta, masa tu proton saga aeroback, mak dia sanggup berhutang RM10K untuk belikan keta baghu kat kakak sulung dia yang bakal jadi doktor. Kes ni jadi dulu, baru la lepaih tu H mintak mak dia belikan motor.

iii) Kes yang ke-3 ni kira berat sebelah jugak la. Mak H ni memang susah nak mai rumah dia di KL ni, sedangkan rumah 2 oghang kakak dia di Manjung dan Selama Kedah mak dia selalu pi terutama kakak dia yang sulung tu. Laki kakak dia yg sulung tu keja navy, selalu outstation, so, selalu la mak dia pi Manjung.
Kira sepanjang H duk KL ni lebih 6 tahun ada rumah sendiri, baghu 2 kali mak dia mai melawat dia. Ayah dia memang tak mai melawat la sebab kena jaga ghumah.

Yang lebih H terasa bila bini H bersalin, mak dia tak mai pun melawat menantu dia yang baghu bersalin sedangkan bila kakak-kakak H bersalin, mak dia pi atau jaga di kampung. Kampung H di negeri budu campuq asam memang sedap. Kelantan.

Sampaikan bini adik lelaki H bersalin pun mak dia pi, adik lelaki dia pi kursus pun mak dia pi, jaga menantu. Padahal masa tu bini adik lelaki H, mak dia memang tak suka. Tak suka sebab perangai menantu dia la yang teruk bukan pasai mak H teruk ka apa.

Alasannya mak H kata, adik lelaki dia mintak jaga dan H tak mintak jaga padahal H habaq kat aku, masa bini dia lepaih bersalin tu, dia telefon mak dia habaq dapat cucu baru tapi mak dia tak kata pun nak mai ka apa. Dah la masa bersalin tu H handle soghang-soghang tu yang buat dia terasa.

iv) H tambah lagi setiap kali dia balik, mak dia selalu dok ceghita buruk pasai ayah dia, ni tak kena tu tak kena, pendek kata serba serbi tak kena. Sampaikan H meluat nak dengaq pasal ceghita mak dia tu.

Nak jadikan ceghita besaq pulak, adik lelaki dia yang bongsu tu dah la tak keja, nak beli keta Satria GTi 2nd hand la pulak. Tang ni lagi H tak setuju sebab dah la tak keja, duit tak tau mai kot mana, nak buat loan pakai nama kakak H yang no 2 tu. Yang kakak H ni pulak bagi.

Disebabkan H ni kerja bank, dia tau la pasal loan keta ni. Memang banyak sangat la berlaku pasal adik beradik apply loan keta lepaih tu tak bayaq sampai adik-beradik tak tegoq sapa. Pasai bil handphone pun boleh gaduh apa lagi loan keta. H ni mati-matian la mintak kakak dia kensel loan tu tapi kakak dia selamba ja bagi. Bila H cuba cakap dengan mak dia, mak dia lagi la sengap. Jenih biaq pi la dia nak buat apa.

Adik bongsu si H ni satu masalah jugak. Dah la jenih tak semayang. Sampai hari jumaat pun duduk sengap ja dalam bilik. H habaq lagi, kalau dia balik, dia kejut la adik dia bangkit pi jumaat tapi dia tanya aku, bayangkan kalau dia tak balik kampung, berapa jumaat adik dia tak pi?

Adik H ni, H sendiri pun tak tau apa dia keja. Mak H habaq, adik bongsu dia, keja tolong kawan meniaga bundle dan ada saham sikit dalam kerja kontrak tapi malam keluaq dan tidoq bila nak masuk subuh. Tu yg tidoq sampai 2,3 petang tu kalau oghang tak kejut.

Nak jadikan ceghita, H telepon la ayah dia. Masa tu la ayah dia story habis pasai apa la ni ayah dengan mak dia renggang dan dengan adik bongsu dia pun ayah dia tak bercakap. Rupanya ayah dia terasa hati pasai masa adik bongsu dia nak beli motor, mak dia pinjam duit kakak dia yang sulung, beli motor, bukan kapcai, EX5 ka apa tapi RXZ. Kes ni pun H terasa sebab time dia dulu nak mintak beli motor 2nd hand pun sampai kena ligan.

Masa nak beli tu mak H tak bincang apa dengan ayah dia macam ayah dia tu tak wujud, buat tak tau. Sampaikan la ni pun mak dia tak pernah buat ayaq atau sarapan kat ayah dia kecuali bila ada anak cucu balik kampung. Kalau dak memang tak buat la.

Pasai apa jadi lagu tu H tak tau tapi yang H tau, ayah dia layan mak dia teruk sebab mak H buat ayah dia lagu tu dulu. Kiranya mak H la yang start perangai. Buat laki dia tu macam tak wujud dan tak dak control dalam keluarga.

Bila H tau pasai benda ni makin bertambah la terasa hati kat mak dia. Kes beli keta kakak dia, beli motor adik dia, pasai tak melawat bini dia dan yang paling dia terasa, layanan mak pada ayah dia.

Aku sengap ja la masa tu tapi tiba tang bab dia terasa tu, aku ada tanya dia, hang ada kira dak berapa kali mak hang terasa dengan hang? Dia kata ada, banyak tapi kalau dia rasa dia ada buat salah, dia mintak maaf cepat-cepat atau setiap kali dia telefon, dia akan mintak maaf sebelum hang up.

Aku pikiaq balik, aku pun tak dak buat lagu tu, H buat, baguih jugak sedangkan mak dia bila buat salah dengan dia, tak pernah pun nak mintak maaf atau slow talk atau pujuk balik. Ego mak kot no?

Banyak lagi la dia habaq tapi bila aku tanya balik dia jawap dan dia sentiasa ada hujah sampai aku takleh nak kata apa dah. Dia cakap semua betoi dan benda yang paling besaq dia habaq, dalam family dia la ni tak dak hormat.

Bini tak hormat laki, mak dia dengan ayah dia la. Anak tak hormat ayah, kes adik bongsu dengan ayah dia. Kes laki kakak sulung dia ada affair dengan perempuan lain. Kes bini adik lelaki dia yang tak hormat oghang tua dan macam-macam lagi .

H kata lagi, dia bukan nak riak la yang family dia takdak masalah tapi so far H laki bini memang hidup harmoni tak dak affair dengan sapa-sapa. Semua family adik beradik dia ada masalah sedangkan dia tak dak. Betoi jugak aku kata tapi bila tengok layanan mak dia, aku pelik pasai apa mak H layan dia macam oghang asing?

Penat taip weh, hangpa bagi komen dulu la. Kalau tak paham aku sambung lain.

Friday, June 22, 2007

Apa Nak Jadi?

Assalamualaikum semua, pahabaq? Semua sihat la no?

Ni aku ada ceghita skit nak habaq. Ceghita biasa la di pejabat. Politik pejabat.

Ceghita dia macam ni. Satu hari, kira dalam bulan lepaih la, seorang senior di pejabat aku hantaq email kat semua oghang di department kami habaq pasai kambing hitam atau 'scapegoat'.

Apa yang dia ceghita dalam email tu pasai dia tak puas hati la sebab dia kena buat kerja oghang yang tak siap. Mangsa keadaan.

Ceghita dia macam ni, mai aku habaq bagi pejelaih skit.

Si A ni diberi tugasan oleh pengurus kami. Kerja tu memang senang sebab tak dak pakai banyak otak atau tenaga pun. Nak kena rajin lebih skit saja. Kerja dia, data cleaning. dan Search, cut, copypaste dalam folder lain. Senang saja kalau nak buat tu dari apa yang aku tengok.

Malangnya si A ni pulak, seperti dakwaan senior kami tu, aku pakai Si S la senang no, kata si A ni malaih buat kerja. Si S kata, Si A dah dibagi kerja dari minggu sebelumnya, 5 hari bekerja tetapi cukup sampai minggu depan data cleaning dia memang tak siap dan data yang dia dapat kumpul hanya dalam 500++ sahaja. Dan bila kerja ni tak siap, pengurus kami terpaksa la sub-con kan kepada oghang lain di department kami. Maka si S ni merupakan salah seorang mangsanya.

Memang dia tak puas hati la sebab dia dok tengok Si A ni main-main dengan kerja, bergayut, lepaih tu buat kerja tak bersungguh. Si S ni bengang la sebab dia nak kena buat kerja oghang yang malas, yang patutnya boleh siap dalam seminggu.

Untuk makluman hangpa, data entry tu ada la dalam 5,000 data yang hendak dikemaskini dan patutnya kalau buat 1,000 data satu hari, dalam masa 5 hari boleh siap la. Sebabnya, bila kerja tu di sub-con kepada 5 oghang lain 1,000 soghang, 2 oghang daripada depa tu sempat siap 1,000 data dalam masa 24 jam! Tu yang buat si S ni bengang gila.

Si S ni habaq la dalam email dia kata, budaya scapegoat atau pak sanggup atau mangsa keadaan ni tak patut wujud dan tidak sepatutnya berlaku sebab kerja data tu sepatutnya boleh siap dalam masa 5 hari bekerja. Sebenaqnya email tu panjang lagi tapi aku bagi secara ringkas la supaya hangpa senang faham.

Malangnya, pengurus kami kata, dia sub-con kerja tu kat oghang lain sama sebab si A kata komputer dia slow, ada virus nak kena format. Tu yang buat si S ni makin hangin sebab kata S, pasai apa bila kerja tak siap baghu nak habaq PC hang slow, PC hang ada virus atau PC hang nak kena format? Awat tak habaq awai-awai sebab si S ni memang ada laptop yang boleh dipinjam. Dalam department kami pun memang ada 2,3 biji laptop yang kami selalu dok kalau ada sharepresentation ka apa.

Lupa nak habaq, Si A ni perempuan dan Si S ni lelaki. Pengurus kami lelaki dan AGM kami pun lelaki. Email S ni sampai kat kami semua dalam department termasuklah AGM kami tu. Yang peliknya, si A hanya mintak maaf, pengurus kami pula dok backing dia nak AGM kami, diam tak kata apa.

Bila pengurus kami jawap macam backing si A ni, si S bengang la sebab benda macam ni tak sepatutnya berlaku pasai masalah tu boleh diselesaikan dari awal. Kata S lagi, kita kerja ni selesai masalah bukan reka cipta alasan. Kalau betul PC ada problem, awat tak habaq kat pengurus awai-awai supaya dia boleh bagi pinjam laptop ka apa.

Bila saya tanya sendiri member yang depan si A ni, memang betoi apa S tu kata. Si A ni memang malas, kuat bergayut dan buat kerja main-main. Dia siap kata lagi PC depa dua-dua memang nak kena format tapi dia format awai-awai sebab takut makin merebak dan dia tengok si A memang tak buat apa-apa pun kat PC dia. Dia biaq ja PC dia makin slow. Bila dia tanya kat A pasai apa tak format, si A ni jawab malas, nantilah dulu.

Bila saya pikiaq balik memang betoi la apa S kata tu. Hang ada masalah dengan PC hang, awat tak format? Kalau betoi tak selesai jugak masalah PC hang, awat tak pikiaq nak pinjam ka apa ka. Tanya pengurus kami atau AGM sendiri. Dah kata ada laptoplaptop lebih pasai apa tak mintak? Dah memang laptop tu untuk pool kan? semua oghang boleh pinjam.

Banyak jugak la si S tu cakap dalam email dan banyak jugak la yang dia sentuh memandangkan dia senior dalam department kami. Pada aku, apa yang dia habaq tu betoi, memang tak dak salahnya tapi yang tak sedapnya pengurus kami tu macam dok backing pulak si A tu. Macam si A ni tak buat salah.

Aku ada jugak sembang dengan S pasai benda ni dan dia kata lagi banyak benda tak betoi lagi macam 2,3 oghang programmer kami di bagi workload yang amat banyak sedangkan si A, jugak programmer, tak dak keja langsung. Si S dan aku kerja buat web designing tapi S senior daripada aku la sebab dia ni memang terer. Programming pun dia boleh buat skit-skit.

S kata lagi, pengurus kami macam tak kisah nak bagi job kat si A sebab alasannya si A ni tak reti buat programming. Yang peliknya jawatan dia programming tapi tak reti buat programming? Pelik sungguh. Nak kata pengurus dengan si A tu ada affair tak jugak sebab bini pengurus pun 1 department dengan kami dan Si A tu bukannya lawa mana pun walaupun dia dak kawin lagi.

Untuk makluman hangpa, bini pengurus pun dapat siapkan data cleaning yang laki dia sub-con kan tu. Dalam masa 24 jam siap 1,000 data.

Apa nak jadi zaman la. Oghang tak buat kerja dibagi muka?